Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 27 Disember 2012

Sebuah N3 Tanda Simpati



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Khabarnya banjir di Kuantan dah reda sikit tapi di Terengganu sedang marak. Kesian. Sama-samalah kita doa supaya musibah ini cepat berlalu.

Jom kita tengok salah satu insiden yang mencemaskan ketika banjir di Terengganu iaitu di daerah Penarik. Di sini saya tepekkan turutan gambar seorang pemuda Khairi Said yang sedang menunggang motosikal tiba-tiba ditarik arus deras ketika melalui Jalan Permaisuri untuk ke tempat kerja. Menurut sumber ini adalah di kawasan sawah terbiar dah bertukar menjadi lautan air.




Sayangnya usaha dia untuk menyelamatkan motorsikalnya gagal. Tak aperlah, harta benda boleh cari, janji nyawa sendiri selamat. Semoga Allah permudahkan mereka yang terlibat dan tabah dengan ujian Allah ni.

22 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani.

Semoga Ani sihat ya.

Ni menaip melalui hp..sambil baring..pinggang tak membolehkan duduk lama-lama.

memang kesihan kepada orang ini, nak keluar mebcari rezeki. Ya, sama-samalah kita doakan agar Allah gantikan dengan perkara-perkara yang lebih baik terjadap musibah yang dihadapinya.

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Allahu Akhbar...dugaan baginya. Allah akan gantikan yang terbaik buatnya..

abu muaz berkata...

air dari empangan ni, sebab tu laju.

Amie berkata...

Allah Maha Besar! Syukurlah selamat!

❤Kamsiah❤ berkata...

mak bapa tolong pantau,larang anak2 main banjir..

makchaq berkata...

Semoga Allah permudahkan bagi mereka.. teruk nampaknya banjir tahun ni.. banyak yang mengejut dan besar airnya

LYAfrina berkata...

lya ada baca berita ni.. tp mujurla orgnyer selamat..biarlah harta hilang..asalkn nyawa selamat. kt kemaman ni pon bnjir truk n luar biasa

MulutPayau berkata...

Semoga mereka semua tabah dan sabar....

QasehnyaRania berkata...

as-salam..
seriau je nengok dia berlawan arus tu..
harta benda boleh dicari..mungkin moto itu sgt bermakna buat hairi.sbb tu dia cuba sedaya upaya.tapi bukan rzeki dia

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga ketika ini akak dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Alhamdulillah dia selamat. Syukurlah panjang umurnya. Dapat rezeki belilah lagi motorsikal tu. Kesian.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Semoga Abd Razak dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Begitulah dugaan hidup kita yer. Diambil diberinya semula yang lebih baik. Mudah2an pemuda ini sedar yang Allah sentiasa sayang dan lindungi dia.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Betul tu Mie. Alhamdulillah nyawa tak ada galang ganti dengan harta benda.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Mudah2an janganlah ibubapa lega dengan anak-anak. Boleh dikatakan semua budak2 memang sukakan air, tak boleh lepa langsung.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Sama-samalah kita doakan Allah permudahkan segalanya kepada mereka dan mereka tabahlah dengan apa yang terjadi ni.

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Kak Ani terbaca juga tentang banjir di Kemaman tu antara yang teruk juga.

Semoga Kemaman dan penduduknya cepat pulih.

Kunang-Kunang berkata...

MP.

Mudah2an. Syukur kita diberikan Allah tidak mengalami semua itu.

Kunang-Kunang berkata...

Qaseh,

Terima kasih singgah dan salam kenal

Mungkin itu tindakan sepontan semua orang, mencuba dulu sedaya upaya, kalau dah tak terdaya, terserahlah pada kehendak takdir.

Kunang-Kunang berkata...

Abu Muaz,

Tulah agaknya mendadak jer air datang.

ibuintan berkata...

kesian budak tu... syukur dia selamat


betul kak Ani, harta benda boleh dicari, nyawa tiada gantinya... namun sedaya mungkin budak tu berusaha juga menyelamatkan hartanya kan, kalau ada yg membantu mungkin dapat diselamatkan tu

Kunang-Kunang berkata...

Ibu intan,

Adakah tukang yang ambik gambar ni jauh dari pemuda ni. Kalau dekat daripada dok ambik gambar, baiklah tolong dia tarik motosikal tu. Itulah muskilnya saya.

Dayana Bahar berkata...

Penunggang motosikal tu selamat kan kak?? huhu Banjir kali ni memang dahsyat.. pasti ada hikmah kejadian ni ...

Mak Wardah berkata...

Alhamdulillah dia selamat, motorsikal tu redhakan...