Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 25 Disember 2012

Kait Rambutan di Slim River



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Nampaknya sekarang musim buah menjadi sungguh di tempat kita nikan. Di mana-mana saja kita nampak orang menjual durian, rambutan, manggis, langsat dan lain-lain yang sewaktu dengannya.


Hari Selasa lepas saya ke rumah adik di Kampong Seri Kledang di Slim River. Dah lama dia dok telefon suruh saya datang ke rumahnya sebab katanya durian sedang luruh dan rambutan sedang masak.

Tapi saya ni susah sikit nak berjalan jauh sekarang ni sebab teman hidup saya ni kurang sihat sikit nak memandu jauh. Tapi hari Selasa tu, barulah kami dapat ke sana. Lama jugak saya tidak ke sana. Selain kerana buah-buahan, datang ni pun lebih kepada nak jumpa adik saya suami isteri dan anak-anaknya.

Apa nak buat, kebetulan durian dah tak ada sangat. Dan rambutan pun dah tinggal yang tinggi-tinggi. Anak saudara saya Hakim yang berusia 14 tahun tulah dok mengaitnya. Nak panjat kerengga banyak, akhirnya dapat lebih kurang sebaldi ni. Cukuplah Kim.

Alhamdulillah dapat rasa buah ramburan segar dari pokok.




Akhirnya dah kenyang makan rambutan di bawah pokok, saya kumpul-kumpul baki rambutan yang dikait oleh Hakim, ini rambutan yang dibawa balik ke Shah Alam. Satu baldi besar jugalah.


Sekarang ni saya tak berapa boleh makan durian atau rambutan atau apa saya buah-buahan seperti langsat, duku dan yang sewaktu dengannya kerana bila saya makan buah-buah tu di siang hari, dimalam hari saya akan diserang krem kaki yang teruk dan sangat sakit rasanya bergilir-gilir dari kaki kiri ke kaki kanan dan begitulah sebaliknya sehingga menjelang subuh. Jadi sekarang ni kalau saya makan pun saya makan sekadarnya saja tak ikut selera lagi.

Jadi dengan tak ramai orang di rumah sekarang ni rambutan satu baldi tu berhari-hari jugalah nak menghabiskannya. Tunggu anak-anak balik.



29 ulasan:

insan marhaen berkata...

Wah.. Slim River tu tempat kelahiran IM juga - Kampung Pasir. Habitat penuh kenangan!

azi berkata...

Salam Kak Ani..
Sedap rambutan tu...mesti manis dan lekang..saya tengok pun tertarik ni..

abu muaz berkata...

Salam puan.
bagus makan buah buahan ni ... tapi kalau sat baldi tanpa anak-anak memang sukar nak dihabiskan.

❤Kamsiah❤ berkata...

salam
sama la kita...tak boleh makan ikut selera...kena berjaga2...

Ibuhani berkata...

As salam Kak Ani. Apa khabar? hehehe....lama x BW sini. Klu mkn rambutan minum air byk2 ye utk elakkn batuk.

Norzie hany berkata...

Suka makan rambutan tapi samalah saya pun tak boleh makan berlebihan.

makchaq berkata...

Salam Kak Ani

Memang sekarang musim buah, makchaq pun baru dapat rambutan dan cempedak dari sepupu pakchaq di Felda Sertik. Durian katanya dah habis.

Kita bila dah berumur ni makan apa pun dah tak boleh banyak kan kak Ani. Makan berlebih macam2 timbul..

aby berkata...

Salam k hanim
Begitu kehidupan. Bila umo meningkat naik bnyak nafsu makan yg kena kawal. Klu ikut selera, masaalah kesihatan menanti.
apu mesti sedap rmbutan tu

che mid berkata...

lama tak nampak kerengga..

Amie berkata...

Kenapa ye jadi krem malam-malam... agaknya kadar gula yang tinggi dalam buah-buahan bermusim tu kot...

Kunang-Kunang berkata...

kak ani bila ke slim river mesti singgah Tanjung Malim beli baju kaftan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Azi,

Memang manis dan lekang tapi memandangkan kak ani ni ada diabetes takut nak makan sangat. Takut gula tinggi dlm darah pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Abu Muaz,

Kalau ikut rasa memang terang rambutan tu saya kerjakan. Tapi takut2 berani sambil berjaga.

Kunang-Kunang berkata...

Waakaikumussalam Kam,

Tulah penyakit dah sedia menunggu dalam badan kenalah berjaga2 dalam bab pemakanan. Yang teruk kita jugak nanti.

gadisBunga™ berkata...

rambutan fresh. rangup. sedap!!!

Zulkbo zulkboCom berkata...

Salam Kak..
saya pun bercadang nak
balik Pahang hujung minggu
ni..harap ada lagi la rambutan
di sana :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ibuhani,

Kak ani pun sekarang jarang juga singgah di blog sendiri. Kesuntukan masa. Sesekali jer boleh buat N3 baru. Nak BW pun jarang boleh.

Kunang-Kunang berkata...

Norzie,

Terima kasih singgah. Kalau jumpa makanan yg kita suka kadang2 tu tak terkawal juga,lepas tu bila sakit, hehe mula menyesal makan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Makchaq,

Tulah kadang2 selera makan ni susah nak kawal walaupun kita tahu akibatnya. Tu yg susah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Yerlah semakin berusia kita semakin banyak nikmat yg Allah beri perlahan2 ditariknya balik. Kita jer selalu alpa.

Kunang-Kunang berkata...

Che mid,

Kerengga ada di mana2 terutama dipokok buah.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Kak ani rasa banyak gula dalam rambutan yg manis tu digigit simut.

Nor Salmi berkata...

Lumrah kehidupan, Kak Ani. makin lama makin banyak nikmat yg ditarik balik. Jika dulu makan ikut selera tapi sekarang semuanya kena kawal.

sal berkata...

Assalam kak Ani..
suka tengok rambutan tuh..
kat umah pun ada org bagi.
sama mcm akak ani, saya tk boleh mkn bnyk2 sb pening..durian tak pee..
so masih di atas meja langsat, pulasan dan rambutan..diusik sikit2 oleh anak2..selebihnya dibawa ke tempat keja, bgi kawan2..

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Memang sedap tapi kena ingat yg sedap ni ada mudharabnya jika diambil berlebihan waima ubat sekalipun jika diambik berlebihan akan meracuni kita

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikummusalam Zul,

Seronok yer dapat makan buah-buahan sendiri. Suasana tu yg menyeronokkan. Tak sama dgn yg kita beli.

Kampong Zul tak kena banjir ker. Musim sekolah dah nak bermula semula. Apapun semoga bahagia selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Nor salmi,

Terima kasih singgah.

Betul. Apa yg kita boleh makan dulu tak semestinya tetap kita boleh makan diusia senja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

Masa kerja seronok yer. Kawan2 sporting bawalah apa saja semua sedap.

Dayana Bahar berkata...

sedapnyer nampak isi rambutan tu.. nyummy