Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 30 Disember 2012

Gelisah............


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





 Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia. (HR: Abu Dawud) 


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan blogger semua.. Semoga di akhir-akhir tahun 2012 ni kita semua diberikan Allah kesihatan, keberkatan untuk meneruskan hidup mendatang.  Esok hari terakhir kita berada di tahun 2012.  Bertambah lagi usia kita.  Yang senja dah nak maghriblah pulak jadinya. Yang remaja mungkin dah merangkak ke alam dewasa dan begitulah seterusnya.

Jangan risau tengok tajuk N3 saya kali ni.  Biasalah kita manusia tak boleh lari dari perasaan risau. Begitulah juga saya. Cuma bagaimana cara kita menerima risau tu saja berbeza, Sebagai orang islam tentu kita ada cara-cara bagaimana nak mengendalikan kerisauan yang melanda kita.  Banyak bersabar dan ingatlah Allah sentiasa akan menolong kita. Antaranya amalkan doa di atas semoga Allah ringankan apa saja penangunggan kita yang mengelisahkan hati.

Mari kita cuba fahami apa itu kerisauan atau kegelisahan.

Gelisah ialah hati yang tidak tenteram, merasa khuatir, resah, tidak tenang. Kata Saidin Ali karramallahu wajhah: "cemas atau risau adalah lebih sukar dari kesabaran."

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu'd didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa.  Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu'd, "Saudara, berikanlah pada ku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwa ku tidak begitu tenteram, jiwa ku sentiasa gelisah, fikiran ku juga selalu kusut."

Ibnu Masu'd berkata, "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa mu, hendaklah kamu bawa hati mu mengunjungi 3 tempat ini:

Pertama - tempat orang membaca al-Quran sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Quran

Kedua - Majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah

Ketiga - carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas."


src: Tazkirah


8 ulasan:

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan dalam redha Allah SWT.

InsyaAllah kita amalkan doa ini ya Ani. Doanya mudah dihafal dan diamalkan. Di sana ada 8 perkara yang Nabi SAW suruh kita minta DIA lindungi kita daripada menghadapinya.

Kunang-Kunang berkata...


Waalaikumussalam Kak Werdah,

Alhamdulillah nampaknya sari dua ni ada ruang sikit untuk saya BW dan buat N3.

Betul tu, sebenarnya ramai yang mungkin menjadikannya wirid tapi kurang tahu khasiatnya,

Semoga akak sihat sentiasa.

Amie berkata...

Assalamualaikum KK,
memang kita nak ketenangan sepanjang masa, tapi rasa gelisah itu normal, sebab kita hanyalah insan biasa... tq for sharing!

Nor Salmi berkata...

Kita Sebagai manusia biasa, kita tak dapat lari drp perasaan gelisah ni. Yang penting adalah cara kita menanganinya. Janganlah hati yg gelisah dibawa berhibur dgn cara yg salah. Terima kash atas perkongsian ini..

aby berkata...

doa yg k hanim paparkan tu memang salah satu dari doa2 yg aby baca selepas solat.
memang doa tu adalah utk kita memohon kelapangan daripada kegelisahan ..

Kamariah Awang berkata...

Terima kasih berkongsi. Mudah2an doa ini dapat ma gunapakai.

nor laila berkata...

as salam singgah sini juga akhirnya...sungguh bagus sekali perkongsian ini...ALHAMDULILLAH.

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum my lovely kak Ani:)

Tksh kak..utk pengkongsian ilmu....
Andai sentiasa mendekatiNYa...ketenangan itu pasti ADA..
:)

Slmt Tahun Baru 2013 kak..
MOga dilimpahi keberkatanNya jua..Amin