Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 27 Disember 2012

Daun Pandan, Kadok dan Limau Purut



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ini sebahagian daripada pokok pandan yang saya tanam ditepi pagar rumah saya. Pokok ni dah melarat membiak. Semasa mencantas pokok bunga kertas tempoh hari saya cantas sekali pokok pandan yang subur di bawahnya, yang tinggal sikit2 nilah. Tak aperlah, InsyaAllah nanti dia membiak lagi terutama di musim hujan ni.


Syukur saya dengan tanah yang tak seberapa boleh jugaklah saya semai pokok-pokok yang saya selalu guna ni. Setiap kali saya terpandang orang membeli daun pandan sepokok yang entah berapa harganya, saya selalu rasa kesian, kalau duduk dekat rumah saya, datanglah ambik, saya beri percuma saja.




Begitu juga dengan daun limau purut ni. Kadang-kadang saya kesian tengok orang yang bermuka kecewa bila nak beli daun limau purut menjelang raya tapi daun limaunya dah habis. Ringan jer mulut saya nak beritahu yang dirumah saya ada pokok limau purut, ambiklah, saya selalu mencantasnya dan buang.



Inilah pokok limau purut saya. Ketinggiannya, tinggilah dari saya sikit. Ada berbuah, tapi bila buah dah sebesar ibu jari kaki jer, ia gugur. Tak sempat membesar, mungkin kerana saya tak pernah letak baja. Pokok ni saya tanam dalam kawasan rumah saya.



Ini pulak pokok kadok. Pokok ni sekarang membiak di sepanjang pagar rumah saya. Dulu saya tanam sebatang jer dalam pasu bunga. Tapi memandangkan tabiatnya yang suka menjalar tak dapatlah saya nak kawal.




Bentuk daun kadok sangat serupa dengan daun sirih. Bezanya daun kadok ni berbau wangi bila kita mengoyakkan sikit daunnya dan hidup baunya.

Saya tanam pokok kadok ni kerana setiap kali saya nak memasak bubur lambuk di bulan Ramadhan susahnya saya nak dapat daun kadok. Rasanya tak pernah pulak saya lihat dijual di pasar. Jadi saya tanamlah sendiri. Pucuk kadok ni kalau dicelur dan makan dicicah dengan sambal belacan, sedap.

Saya pernah tanam pokok kunyit, tapi selepas tak berapa lama biasanya pokok tu mati. InsyaAllah saya akan cuba lagi, Pokok tu mati agaknya kerana kerap sangat ambik daunnya. Merajuklah tu agaknya.

17 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

yg lain tu semua ada kat rumah saya,tanam dlm pasu...cuma pokok kaduk ja yg takde...
mmg kesian tgk sesetengah org beli kunyit,daun kunyit,daun limau,daun pandan...semua tu boleh ditanam dlm pasu walau dok kat kondo pun..

Kakcik Nur berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

di kawasan perumahan saya, pokok pandan hidup subur dan rimbun. Saya tak berani nak ambil sebab takut dengan ular dan juga tempat itu jadi kawasan rehat sang anjing...

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Kita pun ada tanam pokok pandan dan perlu dicangkas selalu kerana ianya cepat membiak.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Pokok pandan kak habis dipangkas bulan Januari yang lepas, kini menunggu yang baru ditanam, belum membiak lagi. Biasanya cepat membiak manakala kaduk kini menjalar dan menghijau. Pokok limau purut pula ada di depan rumah kepunyaan jiran sebelah, biasanya ambil je sebab jiran dah beri kebenaran boleh ambil bila2 masa.

kAk tak tahu pula boleh letak dalam bubur lambuk. Kalau begitu bolehlah cuba nanti..InsyaAllah.

Aishah Jahirah berkata...

kalau kat kampung semua ni ada, nak amek je...free. tapi kat sini nak kena beli.padahal nak guna sekali masak je.pucuk kaduk tu sedap wat ulam...

makchaq berkata...

Makchaq memang tanam pokok2 yang macam ni ja kak Ani.. bunga2 tak tanam..
Biasa lah jiran2 dtg ambik, makchaq pun yang tak de pi ambik kat rumah depa..
Hari tu konon memangkas serai kayu.. terover pangkas agaknya langsung merajuk.. kenit2 je daunnya yang baru..
Masa merimbun selalu jiran2 dtg ambik bila depa nak buat nasik ulam..

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Memang betul kami dibandar ni macam tulah.

Kadang2 tu bukan tak boleh tanam dalam pasu tapi kadang tak terjaga, turut pagi matahari belum naik balik matahari dah tenggelam.

Dah tak tersiram pokok2 yang ditanam.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Memang betul kalau dah rimbun sangat takut juga. Tulah yang selalu kak ani cantas tu, buat sendiri,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah akak sihat.

Kadang2 tu sayang jer bila kita beli benda2 ni, nak gunanya sikit saja, tapi terpaksa beli agak banyak sebagaimana yang diikat oleh penjual.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,
Semoga akak sihat yer.

Saya pun sebenarnya macam tu jugak kak. Dah wakafkan pada jiran-jiran. Yerlah nak makan kita sorang mana nak habis.

Buah mengkudu saya pulak orang indon yang menyapu tu yang selalu mintak. Saya tengok dia orang makan macam tu jer. Dia orang ambik yang muda.

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Tak semua kampong ada semua tu terutama kampong separa bandar yang duduk di rumah pemaju. Mereka ni jarang juga bercucuk tanam.

Mungkin masa menjadikan tak boleh bercucuk tanam.

Daun mengkudu memang sedap buat ulam terutama untuk orang bersalin.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Werdah, sambung

Saya lupa nak cakap, bubur lambok orang terengganu masukkan semua jenis daun-daun kayu ni. berbeza sikit dengan bubur lambuk yang biasa kita makan di sini.

Pada saya sedaplah sebab banyak sayur2an kampong di dalamnya.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Betul tu. nak sayangkan apakan, taklah membazir bila kita berkongsi dengan jiran.

Kak ani pun macam tu jugak. Dulu ada tanam pokok bunga kantan, dah jadi laksa baru tahu bunga kantan tu kita punyam he he. Sebab masa dia orang nak minta, kita tak ada kat rumah. Tapi dah halalkan siap2.

nor laila berkata...

as salam singgah sini

QasehnyaRania berkata...

ya ALLAH suburnya daun kaduk tu menjalar.

buat kerepek sedap tu :D
nak sikit daun kaduk tu, boleh ;D

Kunang-Kunang berkata...

Salam Qaseh,

Tak tau pulak daun kadok boleh buat kerepek.

Kalau dekat boleh saja.

Nor Salmi berkata...

Suka tengok pokok2 yang subur tu. Rajin Kak Ani. Saya dapat tanam dalam pasu je..