Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 5 Disember 2012

Berjurai-jurai lebatnya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga sentiasa di dalam keberkatan Allah.

Sekarang ni boleh dikatakan tiap-tiap hari kalau tak petang, pagi selalunya hujan dan kadang-kadang diikuti kilat dan guruh. Nampaknya banyak daerah dan kampong terutama di sebelah selatan semanjung mengalami banjir. Semoga mereka yang terlibat ni bersabar dan dikuatkan semangat oleh Allah.

Begitulah hujan. Bagi saya pula kebelakangan ini saya perhatikan orkid-orkid saya banyak yang berbunga. Mungkin kerana sebahagian dari pokok-pokok ni menjadi subur di musim hujan terutama orkid hutan.

Antara yang mengembirakan saya bila beberapa pasu orkid cymbidium finlay yang saya tanam dalam dua tiga pasu berbunga agak lebat. Daunnya pun hijau dan subur. Paling saya teruja dan seronok kerana antara yang berbunga tu ialah yang dibawah ni. Berjurai-jurai bunganya melebihi dari kebiasaan. Selalunya spike yang keluar maksimum pun 2 sahaja. Sehingga sekarang bunga-bunga ni masih segar.


Yang ini juga berbunga

close up bunga cymbidium finlay

Ada lagi orkid lain yang dah mula mengeluarkan spike. Mudah-mudahan spike-spike ni tahan tak busuk atau gugur bila ditimpa hujan.


13 ulasan:

anitaare berkata...

Kak Ani mmg suka bunga orkid ye..pagi ni alhamdulillah masih cerah..petang nanti tak tahulah lagi kan.. :)

Marina Monroe @Nanie berkata...

Salam,

cantik nye bunga orkid, saya tak reti bela orkid..huhuhuhu

Farid berkata...

...berbunga hati melihat bunga di taman

Zana Ariana berkata...

Cantiknya..rajin k.anie menjaga bunga2 ni..saya ni jenis yang ada mood..sebab tu malas nak menanam banyak2..tp orkid ni tak susah sgt nak jaga kan..

sal berkata...

suka tengok orkid kak ani...warna bunga dan daunnya menenangkn hati..

ibuintan berkata...

bunga oked cymbidium finlay sy dah habis gugur semuanya, kembang pertengahan November lepas... meriah bunganya kak Ani

Granny Hani berkata...

pernah tanam orkid tapi tak nak berbunga pun...huhuhhuhu

Cikli berkata...

Hidup ini ibarat orkid, terlebih baja jadi tak tentu kalu.

Zaitun berkata...

Salam kak ani...cantiknya...saya tak ada orkid jenis ini kena mencari juga nampaknya.

Amie berkata...

Seronokkan kalau tengok orkid kita berbunga sebab bukan selalu dia mengeluarkan bunga....

klcitizen cikgunormah berkata...

Oh, okid hutan nakkan hujan bila nak subur ya. Cantik2 bunga tu kak ani

LYAfrina berkata...

cantik bunga orkid kak ani.. byk koleksi bunga orkid k.ani..blh geng dgnmama lya

makchaq berkata...

Selalu jenguk kak ani pakai gadjet kecik susah nak komen, pakai desktop senang sikit..
Tentu seronok kan tengok pokok2 kita subur & berhasil... ada bunga/buah.. makchaq yg tanam pokok yg boleh makan saja pun happy bila pokok subur