Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 1 November 2012

Zikir Semasa Bekerja


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan, tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Walaupun mudah tetapi ramai yang gagal melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian. Punca atau sebab selalu terlupa berzikir adalah kerana lalai dan kerana tidak dibiasakan amalan berzikir.

Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah amalan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah diucapkan.



Sumber: Tazkirah

17 ulasan:

Ibuhani berkata...

Terima kasih kak ani atas ingatan ini!

ieja amieja berkata...

betul tu kak..drp menyanyi x tentu hala kan bagus klu dpt berzikir..kat IKIM tu byk zikir2 yg dibaca dgn berlagu..

JunAina berkata...

Aina bila buat kerja lupa semua tapi bila start menunggang motor Aina akan berzikir apa2 yg telah menjadi kebiasaan...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Mari kita contohi nabi Idris as.. zikrullah amat mudah namun kita selalu kena diperingatkan.

Sham berkata...

Bukan kerja susah pun kan...tp asyik lalai jer la...

Cikli berkata...

Nak istiqomah yang payah. Moga berjaya.

Kakzakie berkata...

Begitu juga dikatakan bagaimana Fatimah As-Zahra sentiasa mengamalkan zikir ketika menguli gandum, membersihkan lantai sebab itulah disebut juga sebagai zikir saidatina Fatimah "suhhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar"

Wallahu'alam..

aby berkata...

salam k hanim ..
solat mendekatkan kita pd allah,
zikir pula mengingatkan kita pd allah .. berzikir la sebanyak banyaknya kpd allah swt kerana allah pasti akan mengingati org2 yg sentiasa mengingatinya kpdnya..

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

sama-sama

Kunang-Kunang berkata...

ieja,

Kadang-kadang bukan tak ingat bait-bait zikir ni, tapi sukar nak disebut selalu

Kunang-Kunang berkata...

Aina,

Itu satu amalan yang baik. Semoga Allah melindungi kita selalu kerana kita sentiasa mengingati DIA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah
Semoga Akak dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Brzikir memang patut diamalkan supaya kita tidak lalai.

Kunang-Kunang berkata...

Sham.

Terima kasih singgah. Zikir memang tak susah tapi sukar dijadikan amalan jika kita tak paksakan diri supaya menjadi biasa.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Melakukan sesuatu secara istiqamah memang satu sifat yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Betul tu, zikir yang diamalkan oleh Fatimah As-Zahra (anak Rasulullah) sangat bagus diamalkan kerana dikata jika kita membacanya sebelum kita tidor pada malamnya, keesokan harinya kita akan rasa segar dan bertenaga.

Kunang-Kunang berkata...

Wak,

Betul tu, kata orang bila kita ingat pada orang, orang ingat pada kita. Apa lagi dengan Allah yang tidak pernah melupai kita hanya kita yang terkadang lupa kepadaNYA.

mselim3 berkata...

Terima kasih peringatan yang baik nie...moga2 kita semua istiqamah dalam menuju ke jalan-Nya.

Amin...