Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 4 November 2012

Murtabak Roti Canai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga hari ni memberi kebahagian pada kita semua.

Breakfast apa hari ni. Kalau ikutkan orang-orang tahu bab pemakanan dan keperluan tubuh badan kita ni katanya walaupun kita nak diet kita jangan lupa ambik breakfast.

Baru-baru ni kawan-kawan di FB seronok bercerita mengenai Murtabak Singapore yang dijual di Bangi. Bila membacanya teringat yang saya juga sering bersarapan dengan murtabak singapore ni di sebuah restoran melayu orang Johor yang menjual antara makanannya ialah murtabak singapore dan roti canai. Kata orang roti canai goyang. Rasanya restoran ni dikunjungi ramai kerana roti canainya yang ala-ala zaman 70an punya roti canai. Susah nak dapat roti canai macam ni sekarang. Selalu kalau kita tak tahu kita ingat ini roti boom. Sebenarnya tak.

Kalau hari minggu dan cuti am, penuhlah restoran ni terutamanya oleh pelanggan melayu. Kalau nak bungkus pulak beratur panjang.



Inilah rupa murtabak singapore yang dijual di restoran tu, selain dilawan dengan kuah kari diberikan juga source cili yang dicampur dengan hirisan timun. Saya suka cicah murtabak ni dengan source yang rasa masam manis tu. Tak muak sangat.



Di atas tulah dinamakan roti canai goyang. Lawannya dengan kuah dal atau kari. Dulu-dulu memang roti canai beginilah rupanya. Sekarang roti canai petak.

11 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

kat kelantan ada murtabak raja...sebab raja pernah beli dan jadi peberet baginda...sebiji berbelas2 ringgit harganya...tp 4,5 org makan baru habis..

❤Kamsiah❤ berkata...

kat kelantan ada murtabak raja...sebab raja pernah beli dan jadi peberet baginda...sebiji berbelas2 ringgit harganya...tp 4,5 org makan baru habis..

inazamri berkata...

mlm ni nak pekena roti canai la kat mamak.Asik lapar je ujan2 ni

ieja amieja berkata...

baru balik dari gerai mamak kak pekena mee grg dan roti canai..hehe

insan marhaen berkata...

entri ini buat IM teringat roti canai jenis bulat dan pecah-pecah kat bandar slim village, slim river tahun 60 ~ 70an.

bebaru ni IM sengaja singgah kedai mamak itu tapi roti canainya dah jadi 4 segi.

Kunang-Kunang berkata...

pernah makan murtabak raja yg boss bawa balik setiap kali dia balik KB. Ini kira2 beberapa tahun dulu yg pada masa tu harga rm10 sebiji.

Baru2 ketika anak kat ani out station di KB dia ada beli, memang harga dah naik.

Kunang-Kunang berkata...

ina,

memang hujan sejuk buat kita rasa lapar kan.

Kunang-Kunang berkata...

Ieja,

Wah best tu.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Roti ni ala2 roti tahun 70anlah. Susah nak cari. Roti ni cerewet membuatnya berbanding roti petak.

aby berkata...

salam k hanim ..
roti petak atau bulat,
kedua dua aby makan ..
he..he...
psl pertanyaan rating tu ..
klu yg dimaksudkan kekerapan org masuk blog kita ..
kt dashboard ada jodol blog kita..
tepi dia ada gambar pencil utk buat post baru, tepi dia ada lambang anak panah , klik kat anak panah tu akan keluar senarai, klik kt Stat ..akan keluar statistik kekerapan penyunjung blog kita ...
minta maaf klu bukan tu info yg di minta ..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Dulu masa muda-muda rajin juga buat sendiri roti canai.. tapi kini dah jadi kenangan.. sesekali pekena juga.