Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 9 November 2012

Kangkong Celur Saingnya Ikan Bakar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Cuaca sejak akhir-akhir ni sejuk dan nyaman. Semoga hujan yang turun hampir setiap hari memberi rahmat pada semua insan.

Hujan-hujan ni perut sentiasa rasa laparkan. Begitulah juga saya dan suami. Memandangkan di siang hari hanya kami berdua di rumah yang nak makan tengahari jadi bila rajin saja saya masak. Kebetulan semalam kurang rajin sikit jadi kami ke restoran ikan bakar di TTDI Jaya di Shah Alam untuk makan tengahari.

Menu tengahari saya semalam simple saja. Lauk utama sayur-sayur, ikan bakar dan sambal tumis udang. Sambal tumis udang pedas melanguk. Sebenarnya saya nak makan ikan pari bakar dan celur pucuk betik, sayangnya semalam tak ada pulak celur pucuk betik dan pari bakar. Ikan lain tu adalah seperti keli, talapia, cengcaru, ayam bakar dan lain-lain ikan termasuk siakap.



Sesudah makan ketika nak keluar dari restoran tu saya terpandang, alamak ikan pari bakar dah ada. Tak aperlah bukan rezeki saya semalam. Lain kali masih ada lagi.





25 ulasan:

Ibu Lala berkata...

kak, nanti singgah blog saya...

Aishah Jahirah berkata...

sedap ikan pari bakar....saya pun suka..:)

Kakzakie berkata...

Ikan kembung bakar dan ikan caru bakar pun sedap Kak Ani. Ada tempat kakak nie ikan terubuk bakar susahnya nak makan sebab tulang berselirat.. tapi sedap tau Kak Ani.

Kunang-Kunang berkata...

Ibu Lala,

Akak dah singgah. Dah jamu mata dengan masakan Ibu Lala tu.

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Ikan pari bakar selalunya dia orang guna pari kecik kan atau ada orang panggil tuker.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Akak pun suka dengan ikan terobuk bakar. Selalunya bulan puasa baru senang dapat.

Akak selalu bakar sendiri. Itupun bakar atas kuali leper saja tak guna dapur arang, leceh. Akak selalu lawankan dengan pulut gaul kelapa.

ieja amieja berkata...

terliur dah tgk menu akk semalam..x pe lah kak..mungkin bukan rezki utk ari tu kot..menu yg akk pilih tu pun sedapp..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani..

Terliurnya..sedap iakn bakar.. kak sesekali ke gerai ikan bakar jalan bellamy dan di jalan kucing ataupun di keramat itupun jika ke hospital dan lambat selesainya..

Myra Jay berkata...

Fuhhh!! memang layan, kena plak musim hujan sekarang ni :D

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum kak.
Saya suka ikan bakar, dan yg paling sy suka ikan terubuk bakar... sedap walaupun byk tulang...

Zaitun berkata...

Sedapnya ikan bakar cicah dengan kicap limau.Selalu makan Kat Umbai,Melaka.

sal berkata...

sedapnya..
teste saya ni..
saya suka makan mKnan tak berminyak skrg

ckLah @xiiinam berkata...

Makanan sihat tu kak...

Ros berkata...

Assalamualaikum Kunang-Kunang,

Wah menu yang sihat nih....walaupun ringkas tapi sangat membukak selera kan kunang-kunang...

Kunang-Kunang berkata...

Tak aper panjang umur, Insyallah adalah rezeki tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,
Semoga akak sihat

Saya semenjak pencen ni lama sungguh tak makan di jalan Bellamy tu. Kat situ memang best dan banyak pilihan.




Kunang-Kunang berkata...

Myra.

Hujan2 ni dapat ubi kayu rebus sedap jugok kan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Terubuk bakar memang sedap tapi makannya kena berhatikan. aka.ani pun suka jugak terubuk bakar ni. kadang2 bakar sendiri di rumah.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Kak ani belum sampai lagi di Umbai tapi anak2 dah biasa ke sana. Kena pegi jugak ni.

Amie berkata...

Lazat dan menyihatkan menu tu...

insan marhaen berkata...

tak gemar sangat makan ikan bakar...

Ann Ishak berkata...

nampak kangkung celur dalam akak, lama dah tak makan ermmm

MulutPayau berkata...

sedapnya..pasangan yg serasi..kngkung celur dan ikan bakar..Kalau makan, tak cukup spnggan ni...

Temuk berkata...

As-salam
Semoga 1434H dan tahun-tahun seterusnya, bagi Kunang-Kunang dan keluarga, dicurahi rahmat dan kebahagiaan oleh Allah.

Kesihan, tak ada rezeki makan lauk bakar tu. Tak beli bawa balikkah yang siap lambat tu?

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Ani,

Aduh sedap2 semuanya... ikan bakar pari juga fav saya! kangkung juga! Pucuk betik pahitkan...tak larat rasa nak makan... tp bagus utk darah tinggi kan :)