Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 8 November 2012

Jiwa Nan Lara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Sejuk udara sekarang. Maklumlah tiap-tiap hari kita menerima hujan. Musim monsun dah nak bermula. Semoga mangsa-mangsa banjir di seluruh negara bersabar dengan ujian Allah ini.

Pagi rasa nak berpantun, saja suka-suka. Tak ada makna apa-apa.

Perahu kolek mudik ke hulu
Sarat bermuat kayu belati
Bila teringat kisah nak lalu
Terasa pedih di dalam hati

Kolek berlabuh di hujung muara
Belati dipunggah ke atas batu
Jangan diikut hati nan lara
Luka kan sembuh seiring waktu




20 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

jentayu tewas ditangan garuda
membelah awan hatinya pilu
mukanya senyum bibir tertawa
hati pedih siapa yg tahu

Kunang-Kunang berkata...

Kam,
Bunga belati bersalut duri
Berbau wabgu di pagi hari
Hati nan luka ditanggung sendiri
Hanya berserah ihsan Ilahi

al-lavendari berkata...

Belati dipunggah ke atas batu,
Tepi laut Selat Melaka;
Luka kan sembuh seiring waktu
Tetapi parut ternampak jua.

al-lavendari berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Tuan Haji Al,

Cantiknya Laut Selat Melaka
Ramai orang mengail tenggiri
Susah diubat hati yg luka
Mahu tak mahu tanggung sendiri











Aishah Jahirah berkata...

hujan ttp satu rahmat...wah dah lama tak berpantun...:)

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Salam sejahtera kata bermula
Moga kakak sihat hendaknya
Usah diingat kisah yang duka
Bimbang luka berdarah semula

Kunang-Kunang berkata...

Aisah.

Jom berpantun, suka-suka jer

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak
Sihat hendaknya yer

Ke Lipis sudah terus ke Melaka
Hendak membeli sarang tempua
Ku tepis sudah segala duka
Air mata ku tumpah jua

aby berkata...

bila berjalan memakai bedak
biar nampak sopan santun ..
entah kan sedap entah tidak ..
cuba2 utk berpantun

Kunang-Kunang berkata...

Wak,

buah cempedak dimasak sira
disira bersama si buah nangka
sedap ketidak apa dikira
kita berpantun hanya suka-suka

LYAfrina berkata...

masa merawat duka..

sal berkata...

Assalamualaikum KAK Ani..tak pandai berpantun2..
InsyaAllah ..insyaAllah..akan sembuh juga walau parutnya kadangkala tak 100% hilang...

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Pantun hanya suka2. Tapi yerlahkan tak kan selamanya kita hidup dalam suasana sukaria saja. Ada saat2 yang serabut datang memenuhi hati.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Hidup kita dipenuhi suka dan duka. Semoga kita pandai mengatasinya.

insan marhaen berkata...

memang betul. antara ubat yang mujarab bagi menyembuh luka adalah waktu...

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Terima kasih. Kita kena ingat selama ni pun kita banyak masalah tapi semua ada penyelesaian.

mselim3 berkata...

sedap sungguh sekacip pinang
untuk santapan si Raja Giri
barang lepas jangan dikenang
kalau di kenang merana diri

daripada mselim3

mselim3 berkata...

kalu ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
kalu ada silap dan salah
jangan di simpan di dalam hati

daripada mselim3

Ann Ishak berkata...

tuai padi antara nampak
esok jangan layu layuan
intai rumah (blog) akak antara nampak
esok pasti jadi rinduan