Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 19 November 2012

Berbudi Pada Tanah


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Selamat berpuasa di bulan Muharam ni pada kawan-kawan yang berpuasa. Semoga kasih Allah sentiasa bersama kita.

Minggu lepas langsung tak masuk blog. Bukan sebab apa tapi sebab saya balik ke Dungun atas urusan keluarga. Selama berada di Dungun tak sehari yang rehat. Asyik ke sana kemari menguruskan perkara yang perlu diurus tu.

Dah rezeki kata orang, semasa nak balik ke sini, adik ipar berikan 3 biji mangga yang beratnya hampir 1 kilo gram untuk sebiji. Buahnya manis. Sayangnya dalam 3 biji adalah juga yang dah dirosakkan oleh perosak buah. Mungkin kerana buah ni tak dibalut sebab pokok ni dah tinggi kerana dah berusia.



Semoga Allah murahkan rezeki adik ipar saya dan pokok buah mangga ni terus berbuah dengan lebatnya. Beruntungnya orang berbudi pada tanah.


16 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..sedapnya mangga tu..terliur tengok kuningnya

Kakzakie berkata...

Pelam atau mangga ini favourite bapak kakak Kak Ani. Kalau balik kg kakak mesti beli. Kalau dapat macam ini mesti bapak kakak suka. Besarnya....

Ros Illiyyuun berkata...

salam...

Besar macam buah betik.

Amie berkata...

Alhamdulillah.... katanya buah mangga ni elok sangat dimakan oleh golongan darah O dan ibu mengandung....

❤Kamsiah❤ berkata...

org berbudi,kita berbahasa
org memberi,kita merasa...:)

saya suka mangga yg baru mengkal...makan dgn serbuk asam...

aby berkata...

salam k hanim ..
klu dipotong dan blend buat air juice manggo, mesti sedap ...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga kakak sihat hendaknya..

Memang suka buah ni kak..:)

sis intan berkata...

salam kak Ani, lama tak bertandang ke sini. Klu ada lebih buah mangga tu, "campak" la sikit ke Puchong :))

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Memang manis buahnya, Untungnya duduk di kampong, boleh bercucuk tanam. Paling tidak pokok manggalah kan.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Kata orang mangga ni kalau orang sedang demam memakannya, boleh bentan dan sakit urat. Wallahuwa'lam.

Kunang-Kunang berkata...

Ros,

Waalaikumussalam. Memang saiznya lebih kurang dengan buah betik. Tapi mungkin pokoknya dan tua, ada juga buah yang dah berulat.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Semoga Amie sihat yer.

Kenapa untuk orang golongan darah O yer.

Ini mesti kaya dengan vitamin C dan untuk orang diabites mungkin kurang baik sebab gulanya mesti tinggi kerana rasanya yang manis

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Buah ni macam mangga harum manis yang banyak ditanam di Perlis tu kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Rasamuanya begitulah. Sekarang ni banyak orang jual air mangga ni, sedap.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak,

Alhamdulillah kak ani sihat. Mudah2an Abd Razak pun begitu jugalah yer.

Kalau nak beli susah juga nak dapat di Shah Alam ni. Jarang jumpa.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Intan,
\Nak campak pun jauh ni. Mau hancur. He he

Semoga Intan sekeluarga sihat sejahtera dan salam Maal Hijrah.