Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 7 November 2012

10 Muharam - Banyak Peristiwa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Gambaran Laut terbelah peristiwa Nabi Musa dan Firaun

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Diam tak diam kita dah masuk tahun baru hijrah 1434. Semoga di tahun baru ini Allah terus memberi kita keberkatan dalam hidup dan memberikan kita kesihatan yang baik untuk kita terus beribadat kepadaNYA.

Bila tiba mula muharam saya selalu terkenang bubur asyura. Selalunya bubur ni kita masak beramai-ramai. Dah banyak tahun saya tak merasa bubur asyura ni. Kami di Terengganu lain sikit bentuk buburnya.

Tidak lama lagi kita kuga akan menyambut 10 muharram yang mana banyak berlaku peristiwa besar yang mengubah sejarah manusia.

Kita semua tahukan ada peristiwa besar yang berlaku pada hari 10 Muharram. Di sini saya turunkan untuk tatapan kita semua. Ianya sekadar mengulangtayang apa yang dah diketahui saja:

Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.

Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.

Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.

Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.

Allah menjadikan Siti Hawa.

Allah menjadikan Syurga.

Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.

Taubat Nabi Adam diterima Allah.

Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.

Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.

Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.

Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.

Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun. Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.

Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.

Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.

Inilah antara peristiwa besar pada 10 muharram yang telah berlaku, begitu juga dalam beberapa hadis riwayat Nu'aim bin Hammad menyatakan bahawa pembaihan Imam Mahdi juga berlaku dalam 10 Muharram!

KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".

12 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Puan Ani..
Antara hari yang di tunggu juga olih umat Islam.
Dulu2 tiba 10 Muharram saya selalu kerumah anak
Angkat di KB. Berpuasa Dan menyediakan suro ( bubur asyura) beramai2 di surau kampung.
Moga di panjangkan umur untuk bertemu 10 Muharram lagi. Insyaallah .. :)

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani.

Banyak peluang Allah beri untuk kita mendapat ganjaran, tapi saya masih selalu leka... :(

Kella berkata...

waaaahh... banyakknya kelebihannya!!
saya baru tahu...
syukur..
alhamdulillah..

terima kasih kak kongsi semua ni..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam DO,

Seronokkan. kami di terengganu selalunya akan ada sorang jadi ketua. Buat di rumah dialah, jira.2 akan datang menolong dan menyumbang barang utk dimasak. Selalunya mereka beri beras. Keperluan utama tuan rumah sediakan.

Bila hantar beras diletak dlm bekas seperti besin2 kecil. Bila bubur dah masak akan dimasukkan kedalam bekas2 tu dan diedarkan kepada empunya bekas.

Kunang-Kunang berkata...

waalsikumussalam kakcik,

Kak ani juga begitu. Susahnya nak didik hati supaya istigamah. Semoga Allah terima ibadat kita selama ini dan seterusnya.

Kunang-Kunang berkata...

Kella,

Sama2lah kita menghayatinya. Semoga Allah berkati ibadat kita semua.

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu 10 muharram dan diberikan kesihatan yang baik untuk berpuasa sunat 10 Muharram

~::Chenta::~ berkata...

Salam Kak ..

terima kasih kerana berkongsi

sal berkata...

terimakasih kak ani krna mengingatkan..bnyk rupanya peristiwa 10 muharram

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikummussalam Chenta,

Terima kasih singgah. Semoga Allah memberkati hidup kita semua di sini dan di sana.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Sama-sama, Semoga kita diberikan kekuatan untuk mendapat pahala dan rahmatnya di bulan yang berkat ini.

Lenggang Kangkung berkata...

sila baca di http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/12/hadis-palsu-tentang-hari-asyura.html