Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 9 Oktober 2012

Syahid Sebelum Berperang




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Sejak akhir-alhir ni saya jarang-jarang dapat masuk ke blog sendiri apa lagi nak BW ke blog kawan-kawan. Internet ni kejap ada, kejap hilang. Tak taulah masalah berlaku di rumah saya saja atau orang lain pun mengalaminya juga. Nak siap N3 ni pun berapa kali terpaksa berhenti dan start balik.

Hari ni bermulalah peperiksaan PMR. Semoga anak-anak kita yang menduduki peperiksaan berkenaan mendapat kejayaan yang cemerlang. Mak bapak mesti tak putus-putus berdoa semoga anak-anak diterangkan hati oleh Allah untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

Bercerita tentang peperikssan, saya terkenang keadaan kelas bahasa arab yang sedang saya ikuti bersama rakan-rakan di salah sebuah masjid di Shah Alam. Kelas ni dah bermula 2 tahun lepas. Kiranya kalau pergi umrah dan lepaslah nak berkomunikasi dengan pak arab untuk beli barang dan bertanya arah. Sayangnya sejak akhir-akhir ni bilangan yang datang belajar makin berkurang dari minggu ke minggu.

Contohnya, hari Ahad lepas ketika masuk ke kelas, sedih rasa hati, yang datang belajar tak sampai 10 orang. Ketika baru-baru bermulanya kelas ni, ada kira-kira 40 orang pelajar yang datang. Sekarang ni agak menyedihkan. Ustaz yang mengajar adalah ustaz yang berpengalaman berkelayakan. Tapi yerlah nak buat macam manakan, kita orang dewasa ni susah sikit nak tetap hadir ke kelas. Macam-macam masalah yang timbul, masalah keluarga, anak-anak dan mungkin masalah diri sendiri. Semua ni menjadi penyebab untuk tidak dapat datang ke kelas. Jadi dah syahid sebelum berperanglah nampaknya.

Yang paling best tak ada orang nak marah atau nak berleter kalau tak ke kelas macam masa kita masih bersekolah dulu. Suka hati kitalah, kalau kita sedar betapa perlunya kita belajar, kita datanglah ke kelas dengan kerelaan hati, tanpa disuruh oleh sesiapa.

Saya pun tak kurang, cuma kuatkan semangat datang juga ke kelas walaupun 'buah palas' sentiada subur dihati. Baca buku jauh sekali. Beg belajar akan dicari semula bila hari Ahad tiba. Hari lain, tak dipedulikan langsung kat mana beg kelas bahasa arab.

Begitulah kita orang dewasa ni. Keinginan ada, tapi daya yang kurang.

15 ulasan:

Kakzakie berkata...

Bestnya Kak Ani ada peluang belajar bahasa Arab. Kakak nie anak-anak lagi pandai sebab mereka belajar di sekolah..

Aishah Jahirah berkata...

line internet demam kot...:)
makin berkurang yg hadir,sibuk urus hal lain kot...:)

Deru Ombak berkata...

Waalaikumsalam Puan..

Menjak dua menjak ni line tenet slow teramat. Mcm2 alasan yang di beri bila kita buat pertanyaan. Jawapan mereka antaranya ialah 'upgrading' . Asik upgrading manjang...

Saya teringin juga nak belajar bahasa arab, sepupu dah fasih.. Untungnya tidak payah lagi membaca tafsiran, kerana sudah faham.

Diri sendiri pun mungkin memonteng saja untuk ke kelas.

Lama kita tidak bertegur sapa, harap Puan sentiasa sehat dalam rahmat Dan redha Allah. :)

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Sebenarnya kak ani belajar bahasa arab ni dah lama jugak, lebih kurang 3-4 tahun. Tapi tulah, ingatan agak slow sikit dah usia begini, jadi dapatlah sikit2.

Tak aperlah kakzakie cubalah join kelas, kalau boleh kelas bahasa arab komukasi, akak rasa lagi cepat penerimaan yg kita dapat. Tak apalah kita tak faham nahu dan soroh arab dulu, kita fahamkan makna perkataannya dulu utk membina ayat, Insyallah semoga Allah terangkan hati kita.

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Dalam nencari ilmu memang banyak dugaannya. Mungkin kadang2 masa yg menghalang kita dan persekitaran juga.

Kunang-Kunang berkata...

Kakya,

Keslowan internet antara sebab kak ani lama tak BW blog kawan2 termasuk blog kakya. Blog saja tak singgah, di hati sentiasa ingat.

Tujuan kak ani join kelas b arab ni pun dgn hasrat nak memudahkan kita memahami ayat alquran. Dapat bercakap sikit2 pun alhamdulillah.

syiela berkata...

bestnya kak ada kesempatan tuk belajar bahasa arab...

Ibuhani berkata...

As salam, k.ani.....yelah...rajinnya k.ani gi klas bahasa arab...

Kella berkata...

dulu masa dapat belajar bahasa arab.. malas yang amat.. sekarangbila nak belajar dah terkebil kebil hummm...

Kunang-Kunang berkata...

Syiela,

Dah pencen ni banyak masa yg ada, jadi buatlah apa yg tak dapat dibuat semasa bekerja dulu dan semasa anak2 masih kecil.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Waalaikumussalam. He he memang kena paksarela juga tu oleh diri.

Kunang-Kunang berkata...

Kella,

Belajar cara org usia senja macam kak ani ni, kena paksakan diri.

Kamariah Awang berkata...

Hmmm...begitulah biasanya Ani.. Sesuatu yang baik itu memang banyak dugaan dan cabarabnya...

Temuk berkata...

Walau apa pun yang dilakukan, semoga KK memperolehi rasa kebahagiaan. Insya-Allah, apa juga yang membahagiakan itu adalah yang baik dan diredhai-Nya.

sal berkata...

Kak ani..begitulah selalu masa mula2 belajar,,ramai jee..tpi lama kelamaan makin kurang..
tempat saya pun begitu, tpi belajar tajwid..makin susut dari masa ke semasa....