Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 31 Oktober 2012

Singgah Dan Lihatlah Yer

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Pagi ni tak dah berapa kali line internet putus. Tapi dek rindu nak berblog saya gagahkan juga. Singgah blog kawan-kawan mana yang terkejar, yang tak sempat singgah tu, InsyaAllah bila ada line, akak singgah nanti.

Lama akak tak cerita pasal orkid di rumah ni. Penyebabnya ialah kerana tuan punya diri tak berapa ambik kisah sangat dengan pasu-pasu orkid yang bergantungan kerana sebok buat semosa yang ditempah. Alhamdulillah nampaknya tempahan walaupun tak banyak adalah sentiasa. Jadi ini diutamakan dari pokok-pokok orkid kesayangan tu. Siram tetap juga siram.

Hari Ahad lepas, mata dah tak tahan tengok pokok-pokok yang bergantungan tu tak diberi makan, jadi pagi tu saya pun membajalah pokok-pokok tu. Masuk jer ke dalam taman senonek tu terpandang, rupanya ada orkid yang berbunga, nama entah dah lupa. Tapi tak aperlah kita nikmati jerlah kecantikan ciptaan Allah ni.





Alhamdulillah walaupun tak dijaga dan dibelai dengan baik, kehendak Allah menjadi juga. Bunga yang diatas tu saya tak ingat bila menanamnya.

11 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamaulaikum kak Ani. Kakak tahu Kak Ani jenis tangan sejuk - tak jaga rapi pun dia boleh berbunga. Pokok orkid kakak sekarang nie tinggal daun aje - belai bukan main. Langsung tak berbunga. Orkid yg atas tu cantik betullah Kak Ani. Kalau dekat nak kakak minta benih utk tanam.

Kunang-Kunang berkata...

kakzakie,

Sekarang ni bunga atas tu jenis vanda jadi batangnya sebarang saja, nanti kalau dia dah keluar cabang kak ani beritahu kakzakie.

Jauh tak jadi soal, senyap2 kita boleh pos, biasa buat tu.

inazamri berkata...

sampai skrg ina tak terbeli orkid lagi ni.geram tengok orkid tu cantik sgt

[PCL] berkata...

Assalamualaikum akak..

owh semosa ..kuih yg 3 segi tu eh?

penah ada minat dgn orkid tp entah hilang ke mana2.

ibundo berkata...

salam ani. Cantiknya oked yang tejurai panjang tu. Kakpah pun sama gak ni. Oked dan bunga lain dah lama dibengkalaikan..

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Cubalah tanam orkid. Beli yg dah berbunga. Lepas tu bila habis bunganya, sabar tunggu dia berbunga semula.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PCL,

Betul tu semosa yg tiga segi dari kulit popia. Tapi isinya sama ada kentang dengan daging atau kentang dengan ikan.

Yang inti ikan ramai orang suka, Jenis semosa ikan ni orang terengganu punya feveret.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Agaknya semua ni dibeli ketika mabuk orkid satu ketika dulu. Tapi bila dah tak ada bunga, dah lupa macam mana bungannya,

Dulu rajin letakkan tag nama pada setiap pokok, tapi sekarang tak buat dah walaupun kad tag tu masin.

JunAina berkata...

Cantik bunga tu kak ani. Orkid ni menjadi kegilaan mak Aina jugak. Orkid hutan lebih kuat baunya...

Nieda berkata...

bunga orkid yg atas tu nampak macam plastik sAja.
Cantik sungguh bila dipandang.

Ann Ishak berkata...

cantiknya kak, suka saya tengok bunga orkid akak ni :)