Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 30 Oktober 2012

Keinginan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Dah lama sangat rasanya saya tidak singgah di rumah maya saya ni. Apa lagi membuat N3 baru.

Di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha pada kawan-kawan semua walaupun hari raya aidiladha dah 4 hari berlalu.

Di hari yang mulia ni, saya percaya ramai kawan-kawan yang melakukan korban. Mesti merasa puas dengan apa yang telah dibuatkan. Tahun ni saya dan suami tidak melakukan korban walaupun khabarnya adik-adik ipar saya di Dungun berpakat membeli 2 ekor lembu untuk ibadat korban. Sayangnya kami diberi tahu di saat-saat terakhir saja, jadi tak dapatlah nak ikut bersama. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih dan dipanjangkan umur di tahun mendatang mudah-mudahan dapatlah hendaknya kami sama-sama melakukam korban.

N3 kali ni tak ada apa yg istimewa. Cuma saya nak berkongsi tentang satu makanan yang begitu nostalgia dalam hidup saya. Tiba-tiba rasa teringin untuk menjamahnya semula.



Sebenarnya setiap kali saya melihat jagung yang dah terrelai isinya seperti dalam gambar di atas saya akan terkenang makan biji jagung rebus bersama kelapa parut yang dah dicampur garam dan gula. Rasa teringin tu datang bila terkenangkan zaman kanak-kanak dahulu dimana mak saya selalu merebus biji jagung ni berjam-jam lamanya dan bila biji jagung tu dah empok ia akan digaul dengan kelapa untuk kami adik beradik makan sebagai sarapan pagi.

Mak saya rebus biji jagung beri kami makan sebagai sarapan pagi ni bukan kerana kami miskin dan tak ada makanan, tapi memang di Terengganu makan isi jagung yang di rebus empuk ni perkara biasa. Hanya orang-orang yang rajin macam mak saya saja akan memasaknya sebab kerjanya sangat remeh dan memakan masa yang panjang. Saya rasa sekarang ni di Pasar Payang Kuala Terengganu mungkin masih ada yang menjualnya.

Untuk melepaskan rasa teringin tu, saya gaulkan jagung dari tin dengan kelapa parut yang dah di gaul dengan garam dan gula


Inilah biji jagung dalam tin yang dah
saya gaul dengan kelapa, garam dan gula


Rasanya tidaklah sama dengan apa yang mak saya masak. Makan biji jagung rebus mak saya ketika itu akan membuatkan saya kenyang sehingga habis tempoh sekolah. Indahnya saat tu...

Mengimbau nostalgia begini akan membuat saya rindu pada arwah mak dan ayah. Al fatihah untuk mereka berdua, semoga Allah masukkan mereka dalam golongan orang-orang yang solihin dan sodhigin. Amin...

16 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..ini jugak makanan kegemaran acik masa dikampung dulu dan acik masaih buatkan untuk anak2..acik rebuskan jagung..leraikan dan gaul dengan kelapa.garam dan gula..alhamdulillah anak2 suka makan

zila berkata...

Assalamualaikum kak ani...sy zila ni!!! hehehe..baru tau akak ada blog

ckLah @xiiinam berkata...

Apa khabar kak?
Saya pun dah semakin jarang berblog...selalu penat.

Baru borong jagung dari cameron, bolehlah buat macam ni ptg nanti....

Temuk berkata...

As-salam.
Saya yakin, juadah itu pasti sedap. Sesuatu yang baru bagi saya. Yang pernah saya makan, ubi rebus atau pisang rebus yang diurap dengan parutan kelapa.

KK kata, ibu KK merebusnya berjam-jam. Adakah masa itu yang digunakan leraian jagung tua (kering)? Nanti kita dengar cerita ckLah yang bakal sediakan juadah KK dengan jagung Cameronnya!

Kunang-Kunang berkata...

Salam Acik Erna,

Saya rasa penyediaan jagung rebus sekarang mungkin berbeza dengan cara mak saya dulukan.

Sekarang kita boleh rebus jagung dan ambil isinya. Sedangkan mak saya dulu rebus isi jagung kering yang dibeli di kedai. Ini kerana jagung yang beginilah yang lebih sedap sebab terasa isi jagungnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zila,

Terima kasih singgah dan follow, kak ani cuba cari url zila tapi tak ada. Kalau zila ada blog boleh kak ani singgah.

Kunang-Kunang berkata...

CkLah,

Kak Ani sihat, Alhamdulillah.

Jagung manis dari CH memang sedapkan. Selamat mencuba.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Temuk.

Cara penyediakan kelapa parutnya tu sama dengan kelapa parut yang nak dimakan dengan ubi kayu rebus.

Mak saya memasak biji2 jagung kering yang dijual dikedai bukannya dilerai dari buah jagung. Masa tu mana ada sweet corn dan sebagainya.

Kebetulan itulah pulak caranya. Isi jagung kering tu akan direndam dalam air dulu sehingga lembut. Lepas tu direbus, lama sangat rasanya. Bila isi jagung ni dah kembang, mak saya akan gunakan tempurung untuk buangkan kelopak biji jagung tu. Dengan cara ni barulah biji jagung tu boleh merekah dan empuk.

Itulah caranya, Memang remeh, Rasanya orang zaman sekarang tak akan membuatnya lagi melainkan orang2 yang menjual makanan tradisional seperti di Pasar Payang Kuala Terengganu tu.

gadisBunga™ berkata...

saya biasa makan jagung kukus dalam cawan tu je sekarang. stail yg macam ni tak penah cuba lagi. teringin nak cuba..

ainnoraini berkata...

hari tu anak no2 gi cameron highland ada beli jagung tapi maknye ni rebus jerr..

aby berkata...

salam k hanim ...
masa raya tu jengok juga blog k hanim utk wish raya tp tiada entri baru, tu yg tunggu entri baru utk belated wish raya ..
ingatan kpd arwah2 mengigatkan kita juga utk kesana bila sampai masanya ..

Kunang-Kunang berkata...

BG,

Rasa auntilah kalau GB nak rasa jagung gaul kelapa ni, GB beli jagung dalam cawan tu, beli kelapa parut minta yg putihlah, campur gula sikit, garam tak payah sebab jagung dalam cawan dah diletak garam, gaulkan, rasanya mesti sedap juga.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Tak aper lain kali boleh cuba

Kunang-Kunang berkata...

Wak,

Kebelakangan ni internet kurang baik dan kak ani pun agak sebok memenuhi tempahan semosa, jadi jaranglah masuk sini.

Tapi akak ada singgah di rumah maya Wak baca tentang wak ke pulau di Sabah tu. Seronok nampaknya.

zila berkata...

Salam kak ani..

akak leh ke http://akulovetravel.blogspot.com/
tak seberapapun blog sy ni..hehee

Kunang-Kunang berkata...

Zila, terima kasih. InsyaAllah nanti akak ke sana