Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 20 Oktober 2012

Hari Yang Mengembirakan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Makin lama makin kurang saya singgah di sini. Apa lagi nak BW blog kawan-kawan. Maafkan saya. Semoga kawan-kawan masih sudi singgah di sini. Masa yang terhad menjadi waktu untuk ke sini makin jarang. Ditambah lagi dengan internet yang suka hati dia jer, kejap datang kejap pergi. Tapi seperti kata dalam lagu Tetty Kadir tu, benci tapi aku rindu. Jadi cuba jugalah walau pun kejap-kejap hilang dan terpaksa taip balik.

Kali ni saya nak catat tentang Majlis konvokesyen Nursakinah sebagai kenangan. Tal ada niat lain. Pada 18 Oktober baru-baru ni kami meraikan Majlis Konvokesyen Sakinah di PICC. Alhamdulillah segala-galanya berakhir dengan baik, Saya dan abahnya saja ke sana, adik-beradik yang lain tak ada kelapangan, kesian inah.


Dengan abah




Memandangkan giliran Sakinah disesi petang, jadi sementara tiba waktunya, kami duduk-duduk di 'indoor garden' PICC. Udaranya nyaman dan sejuk mata memandang dengan hutan buatan tu. Udara yang sejuk tu hasil dari air-cond yang dipasang.




Pemandangan kehijauan hutan di 'pndoor garden' PICC


PICC dari kejauhan


Beberapa gambar yang saya sempat rakamkan untuk kenangan suasana di dalam PICC semasa Majlis Konvokesyen Sakinah.






Gubahan2 bunga dan patung beruang yang cantik-cantik
dijual untuk dihadiahkan kepada para graduan


Saya yang sukakan bunga-bungaan ni memang teruja sangat melihat gubahan-gubahan hand banquet yang cantik-cantik ni. Rasa nak beli banyak-banyak untuk Sakinah tanda gembiranya saya pada hari ini.

17 ulasan:

Aine Ainun berkata...

Tahniah utk Sakinah

MulutPayau berkata...

tahniah utk Sakinah..kehadiran ibu bapa ketika konvo mmng cukup mnggmbirakan anak...

Deru Ombak berkata...

Tahniah buat Sakinah ye KA.. :)

inazamri berkata...

tahniah buat sakinah.

gadisBunga™ berkata...

mak ayah je yang hadir pun dah cukup menggembirakan. :)

Acik Erna berkata...

Tahniah Sakinah..juga tahniah buat ibu bapa sakinah.
acik ..ada la 3..4 kali dapat masuk ke PICC tu..masa dapat anugerah khidmat cemerlang..masa pereksa PTK dulu pun disna..sebelum pindah kerja di sini

ieja amieja berkata...

salam kak ani..tahniah buat sakinah dan akk sekeluarga..
4 org adk saya pun graduated kat sini..tp sy x berpeluang nak pegi..

sal berkata...

Assalamualaikum..tahniah untuk sakinah..tahniah juga untuk kak ani..krn di sebalik kejayaan anak , keluarganya yg bnyk memberi dorongan..moga berjaya juga dlm alam kerjaya..amin

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Tahniah untuk kakak dan anakanda..

aby berkata...

salam k hanim ..
tahniah utk k hanim dan anak ..
hari tu wak tunjuk anak wak konvo ..arini tengok konvo anak k hanim pula ...tahniah sekali lg

Aishah Jahirah berkata...

tahniah....tp blh tahan harga diaorg jual time konvo mcm tu kat picc...

Syimama berkata...

Salam kak.
Tahniah atas kejayaan anak, juga kejayaan ibubapa.
Semoga semuanya berbahagia dunia akhirat.

Marya Yusof berkata...

As salam kak ani,

Tahniah buat akak & suami juga buat Nursakinah!

Dulu kami selalu berulang-alik ke PICC... dok dlm taman tu dgn Iman & mil... tp masa tu kami je... xdok prg lain... masa tu hubby incharge Langkawi International Dialogue... Tak berubah rupanya... :)

Cikli berkata...

Negeri kita cukup indah untuk bergambar dan bermemori. Tahniah untuk NurSakinah.

shameel Iskandar berkata...

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kpd sakinah. Konvo yg diraikan bersama family amat bererti dan menjadi kenangan samapai bila.

salam Eidul Adha juga buat kak

ckLah @xiiinam berkata...

Selamat hari raya haji...

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih pada semua kawan-kawan yang singgah. Dan terima kasih bagi pihak Sakinah di atas ucapan tahniah kepadanya.