Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 4 Oktober 2012

Berputik Antara Sayang Dan Kesian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Alhamdulillah setelah 2 hari internet terputus di rumah, hari ni dah okey nampaknya. Terima kasihlah pada kawan-kawan yang singgah bercerita tentang roti canai. Selalunya restoran atau kedai makan yang ada jual roti canai memang sentiasa penuh. Makanan 1 Malaysia katakan.

Kelmarin saya tergelak perhatikan gelagat kucing PATI yang dah berlagak macam penduduk tetap di rumah saya ni.

Kerjanya tidur jer, lapar mengiew .... minta diberikan makanan. Tengoklah relaknya dia tidur di atas bumbung kereta menantu saya. Elok jer dia jadi pemberat kepada kotak yang diletakkan untuk menjadi penutup sementara cermin tingkap kereta yang jem tu. He he kereta, kereta asyik mintak duit lagilah tu....


Cita-cita tu nak jadi model iklan untuk
minyak pelincir, tapi apa nak buat mengantuk sangat tertidur





Wah posing, perasan pulak tu bila orang snap gambar dia,
Eeeiks terus bangun nak lari ker nak bergaya ni



Ni pasal pulak, merajuk ker


Walaupun dia hanya PATI, bila dah lama tinggal serumah walaupun dia di luar rumah, sesekali jer curi-curi masuk dalam rumah, berputik juga rasa sayang campur kesian pulak pada dia. Beri makan tiap-tiap hari. Bila sakit bawak jumpa doktor... yerlah dia pun makhluk Allah juga.

14 ulasan:

Acik Erna berkata...

Assalam kak ani..boleh jadi kawan jugak tu..dah lama bagi makan mesti ada rasa sayang

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum KakAni..
Kakya suka kucing.. Boleh buat Kawan.tapi kucing kat rumah ni semua dah berpindah ke Melaka (rumah adik) sebab akhir2 ni gembala kucing jarang Ada di rumah. Rindu pada mereka. :)

Kella berkata...

saya teringat kat arwah cici.. itu kucing pertama dan terakhir dan paling terbaik.. sekarang dah pindah rumah atas.. susah nak bela2 kucing..

sis intan berkata...

salam Kak Ani, kat rumah mak ada lebih daripada 6 ekor kucing. Selalu jg org buang kucing kat dpn rumah mak tu. Tapi mak tak pernah benarkan kucing2 tu masuk rumah hehe..

Aishah Jahirah berkata...

kucing pun ada status PATI..heheh...kucing ni kita cepat kesian la....diakan manja..:)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kak pernah juga didatangi PATI seperti ini ambil masa yang agak lama juga menjinakknnya lalu akhirnya menjadi penduduk tetap serta penghibur kani sekeluarga.. namun setelah belasan tahun bersama kami, akhirnya dia menghilang entah ke mana..sedih pula bila mengenangkan dia..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Betul tu, bila dia hilang kita terkata2 - mana pulak kucing ni tak balik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakya,

Kak ani suka tengok kucing yang orang pelihara, tapi belum ada kekuatan untuk menjadikannya pet.

Memang comel kucing ni kalau dapat yang baka baik tu.

Kunang-Kunang berkata...

Kella,

Terima kasih singgah. Betul tu, pelihara kucing ni nak juga kena persekitarannya. Nanti tak pasal2 orang dok mengumpat kita pasal kucing kita.

Kunang-Kunang berkata...

Sis Intan,

Setakat berikan makan tu kita tak kisah sangat kan. Yang tak larat bila dia 'melepas' dalam rumah. Itu yang tak tahan tu.

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Tulah, dah dia datang tanpa dijemput. Nak suruh pegi, tak faham dia.

Jadi bila dah bising kelaparan, kita belikan dia makanan. Kira sedekahlah tu. He he, sedekah lepas tu ungkit2 tak dapat pahala tu...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Betul tu, kucing tu sendiri pun takut2 berani kata orang bila tengok kita.

Kalau dengan cucu saya langsung dia tak takut, bawa lidi sebatang pekik suruh kucing keluar "kucing kuar, kucing kuar", kucing tu buat tak tau jer. Tapi dengar suara saya, terjongkit2 lari.

Zaitun berkata...

Kak ani...dulu saya tak suka kucing tapi sekarang dah mula suka hehehe...

aby berkata...

salam k hanim ..
mula nak menyayangi kucing yer ...
kira ok la tu ..
nak tau tak..

klu ada kucing selalu bertandang ke rumah bermakna org kt rumah tu pemurah .. klu tk pemurah tk kan kucing2 ni nak buang masa bertandang disitu kan ..
satu petanda yg baik tu ..