Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 27 September 2012

Sekadar Bercerita



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Hari ni agak lapang sedikit.

Pada hari Khamis minggu lepas walaupun tak berapa nak larat saya gagahkan juga hadir ke Pledge Professionalism Ceremony Sakinah dan rakan sekursusnya. Dengar sikit taklimat dari Pengerusi Persatuan Farmasi Malaysia dan juga dari Pegawai Lembaga Farmasi Malaysia, Kementerian Kesihatan. Semoga Allah berikan Sakinah kekuatan mental dan fizikal kerana pada masa ini hanya dia seorang pelajar melayu dalam kursus tu. Lain-lainnya terdiri dari india dan china.





Pada malam Sabtu lepas pula, saya menghadiri Majlis perkahwinan anak lelaki bekas bos saya. Beliau juga bekas seorang KSU di salah sebuah Kementerian. Ramai para jemputannya.


Inilah saja gambar yang dapat diambil.


Kebetulan di majlis berkenaan saya rupanya duduk semeja dengan seorang kawan lama. Kira-kira hampir 40 tahun kami tak bertemu selepas masing-masing mendapat pekerjaan. Menurut ceritanya, dia (lelaki) dah ada 2 orang cucu dan 5 orang anak yang semuanya dah berkahwin. Dia dan saya hampir-hampir tidak mengenali antara satu sama lain. Dah agak lama bercakap baru perasan. Maklumlah dulu masing-masing tampan dan cantik jelita. Sekarang masing-masing dah junjung uban.


Inilah pasangan suami isteri itu. Isterinya baru ni pertama kali saya kenal

13 ulasan:

makchaq berkata...

Bila sorang saja melayu dalam kelompok tu mesti dia akan berusaha lebih kuat dan InsyaAllah Sakinah akan berjaya cemerlang..

Doakan supaya tenaga pengajar tak pilih kasih.

sal berkata...

Moga langkah2 kaki sakinah akan terus berjaya sebaris dengan kaum lain..

seronok jumpa kawan2 lama...sekurang2nya mengingatkan nostalgia lama..

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..insyaallah sakinah akan berjaya mencapai cita2 nya

Ibuhani berkata...

Smoga sakinah mencapai kejayaan......gd luck, sakinah!

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Ani,

Tahniah kak dgn kejayaan anak spt Sakinah! :))

Bila bertemu dgn kwn lama mesti mcm2 nak cerita kan... wajah tentulah tak sama lagi selaras dgn peredaran waktu... :))

Mak Wardah berkata...

InsyaAllah sakinah akan berjaya...majlisnya pasti meriah

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Begitulah harapan kak ani. Semoga Sakinah boleh menerima pelajaran dengan baik.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kak Ani pun mengharapkan demikian. Terima kasih doakan kejayaan Sakinah.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Terima kasih Acik doakan Sakinah.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani.

Terima kasih atas doa Ibuhani pada Sakinah.

Kunang-Kunang berkata...

Marya,

Terima kasih doakan Sakinah,

Kunang-Kunang berkata...

Mak Wardah,

Terima kasih doakan kejayaan Sakinah. Kak ani juga sentiasa berdoa semoga dia boleh ikuti pelajarannya dengan baik.

Kakzakie berkata...

Menghadiri majlis macam tu seronok kak ani dapat menambah ilmu.

Bagus kak ani masih berhubung dgn ex-boss.