Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 5 September 2012

Membesar Bagai Johan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Diam tak diam hari ni dah 17 Syawal bermakna dah 17 hari kita menyambut raya.

Pada 16 Mac 2012, lahirlah cucu saya Muhammad Al Falah melalui pembedahan kerana keadaan bayi dalam kadungan ibunya bermasalah. Muhammad Al Falah lahir dengan berat hanya 1.7 kg. Saya pernah catatkan kisahnya Disini


Dulu


Sekarang Alhamdulillah Falah membesar dengan sihat. Demam dan batuk-batuk tu adalah juga. Ini gambar Falah setelah berusia hampir 6 bulan. Diambik ketika hari raya aidilfitri baru-baru ni.





32 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani... puas mama dia tengok baby macam ni. Lahir punyalah kecik masuk 6 bulan kalah baby normal. Montel betul. Ini bila dah jumpa lama tak balik mesti rindukan:)

Cikli berkata...

Muhammad Al Falah. Kejayaan yang terpuji.... Semoga sentiasa begitu si comel ini. Amin.

LYAfrina berkata...

alhamdulillah...
baby membesar dgn sihatnyer...

ank lya, asya dulu lahir x ckp bulan.. masa dlm kandungan 6bulan..doc hampir gugurkan dia utk selamatkan nyawa lya y kritikal..lya mgandung asya dlm keadaan koma.. tp keajaiban allah..menyelamatkan lya & asya..

**salam aidilfitri kak.
maaf zahir & batin

en_me berkata...

chomeyynyerr.. ehhee

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Tulah, syukur sangat dgn rahmat yg Allah kurniakan.

Kunang-Kunang berkata...

Cikli,

Amin. Terima kasih atas doa Cikli pada cucu kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Lya

Alhamdulillah atas apa yg Allah berikan pada Falah walaupun ketika dlm kandungan bermasalah.

Insaf bila tahu kisah Lya. Beratnya ujian Allah semasa mengandungkan Asya. Alhamdulillah segalanya selamat.

Kunang-Kunang berkata...

Selamat har raya En-me.

Lamanya kita tidak saling kunjung menjung. Saya kehilangan url blog kawan2 bila senarai blog kawan2 hilang dari blog saya tanpa sebab. Saya terpaksa mencari satu persatu semula.

inazamri berkata...

makin cute..besar nnt sure hensem abis ni.

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..alhamdulillah memang baby mebesar bagai johan..comel..tarikh yang sama dengan hero bungsu acik..16 mac

Kunang-Kunang berkata...

Selamat Hari Raya Ina dan keluarga,

Semoga Allah sentiasa kurnia kesihatan dan keberkatan kepadanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Kebetulah yer. Semoga mereka menjadi anak yang sholeh dan baik.

Zaitun berkata...

Comelnya Falah, badan pun dah semangat.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Selamat hari raya utk Zai sekeluarga.

Tulah yg orang selalu sebut 'membesar diluar.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat ya..

Alhamdulillah, Muhammad Al Falah membesar dengan sihat. Sekejap je kan dah nak masuk 6 bulan.

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum
Saya turut mendoakan semoga Falah sentiasa sihat dan membesar sebagai anak yang soleh. Amin!

Kamariah Awang berkata...

Amboooi... dah jadi handsome boy! Siap senyum lagi bergambar... hehe.. Kak Ani..., Ma mengaku jarang2 dapat ke blog kak Ani... sebab KR dah hilang dari list, tak tau camane nak buat. Nak masukkan semula pun jadi masaalah jugak... Itulah kesahnya orang ada 'diploma' IT ni...hehehe...

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya di sana..:)

Alhamdulillah...moga cucu kakak terus dalam rahmat kasih sayang Allah serta dibimbing~Nya ke jalan yang diredhai...aamiin

ieja amieja berkata...

salam kak ani..

syukur lah bby membesar dgn chat..teringat pengalaman adik ulang alik dr hospital sbb bby x ckup bulan..lahir dgn berat yg sama..bila berat naik 1.9 baru lah bby dpt kuar..kesian tgk bby dlm inkubator..

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Ani,

Booolatnya Al Falah... Tak sangka kak ani dah ada cucu... :))

shameel Iskandar berkata...

Salam Aidifitri kak.

moga Al-Falah berjaya mengapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Nama yang indah seindahnya maknanya..

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Alhamdulillah dia membesar seperti baby lain.

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kak werdah,

Begitulah cepatnya masa berlalu. Rasa bsru sangat dia lahi. Syukur atas kurnia Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Temuk,

Terima kasih doakan cucu saya.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Begitulah yg berlaku pada blog kak ani. Senarai url kawan2 hilang semua terpaksa kak ani cari dan masukan semula satu persatu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Abd Razak,

Akak sihat semoga Abd Razak pun dikurniakan Allah kesihatan yg baik juga.

Terima kasih atas doa Abd Razak kpd cucu kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ieja,

Begitulah juga dgn anak kak ani ni. Semasa baby dalam incubator, dia ulang aliklah ke hospital susukan baby.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Marya.

Kak ani ni dah boleh Marya panggil mak cik dah. Dah ada lima cucụ. Fala cucu kelima.

Kunang-Kunang berkata...

Selamat hari raya aidilfitri juga pada Shamdel.

Terima kasih doakan kebaikan kpd Falah

sal berkata...

alhamdulillah,nampak sihat dan bertenaga..
senyumannya menghiburkan hati apbila terlihat wajahnya..

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Itulah lkebahagiaan seorang nenek bila cucu senyum riang tapi bila start menangis mati akal nak memujuk.