Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 17 September 2012

Happy Birthday Tokbah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Selamat hari Lahir Tokbah. Jumaat lalu pada 14 September 2012 genaplah usia Tokbah 59 tahun. Lagi setahun masuklah 60 tahun. Sayangnya baru sekarang Nekma dapat menulis tentang hari lahir Tokbah.

Nekma doakan Tokbah diberikan Allah kesihatan yang baik supaya kita dapat meneruskan hidup yang telah kita lalui bersama selama 35 tahun ini. Kita telah menempuh segala suka duka dalam membesarkan anak-anak kita sehingga mereka menjadi mereka hari ini. Terima kasih Tokbah kerana telah membahagia Nekma dan anak-anak tanpa mengeluh walau sedikit pun. Semoga Allah memberikan Tokbah ganjaran di akhirat kelak.



Dalam mengharungi hidup yang mencecah senja ini, Nekma perhatikan kesihatan Tokbah sering tidak stabil. Tiap kali Tokbah tak sihat Nekma rasa risau. Tapi Nekma kena menerimanya sebagai satu lumrah putaran hidup kita. Kita tidak sentiasa muda dan sihat. Semua itu telah meninggalkan kita sedikit demi sedikit tanpa kita perasan kehilangannya. Sama-samalah kita berusaha menjaga kesihatan kita.

Tokbah seorang datuk yang penyayang. Dalam keadaan tangan yang kadang-kadang tak berapa kuat akibat penyakit gout yang Tokbah hidapi, Tokbah tetap nak dukung kalau cucunya menangis walaupun kadang-kadang bila Tokbah dukung cucunya tetap menangis, Tokbah tak kisah, Tokbah tetap gelak ketawa juga melihat telatah cucu-cucu Tokbah.

Bila lama tak bertemu mereka, Tokbah akan sebok ajak Nekma jumpa mereka. Terutama cucu-cucu yang tinggal di Puncak Alam. Apa lagi bila mendengar mereka kurang sihat. Sekarang ni bila memandu Tokbah cepat mengantuk, jadi untuk sampai ketempat yang dituju terpaksalah Nekma sediakan gula-gula atau asam boi untuk menghilangkan ngantuk Tokbah.




Ini cucu-cucu Tokbah yang di Puncak Alam.


Di bawah ni pulak cucu-cucu yang sentiasa memeriahkan rumah Tokbah dan Nekma. Sentiasa mendengar gelak tawa dan rintih tangis mereka. Semua itu menjadikan Tokbah bahagia.





'Birthday' kali ini Tokbah ada bersungut, selain Sakinah dan Salam nampaknya anak-anak Tokbah yang lagi 2 orang tu  ter lupa hari birthday Tokbah. Ucapan selamat hari lahir pada Tokbah pun tak diucap. Dah lupa ker kamu semua birthday 'Abah'. Bukan hadiah yang Abah harapkan dari kamu semua anak-anaknya tapi ingatan dan kasih sayang.



Nekma ucapkan selamat hari lahir pada Tokbah. Nekma ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana Tokbah telah menjaga Nekma dengan baik sekali selama kita hidup bersama. Dari Nekma muda belia hinggalah dah mala sekarang ini.

Semoga kebahagian ini akan menjadi milik kita sehingga kita berpisah di dunia ini dan kita bersama lagi di sana nanti. InsyaAllah

19 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Semoga Tok Ba terus sihat dan berbahagia di samping Nek Ma....anak menantu dan cucu cucu. Amin.

azi berkata...

Selamat Ulang tahun buat Tok Bah..semoga terus sihat, dipanjang kan umur dan hidup bahagia bersama keluarga terutamanya isteri tercinta...Nek Ma..

Acik Erna berkata...

Selamat hali lahir tokbah semoga terus dirahmati dan sihat sentiasa untuk bersama nekma dan cucu2 tersayang

Kunang-Kunang berkata...

ckLah,

Amin. terima kasih atas doa ckLah untuk Tokbah.

Kunang-Kunang berkata...

Azi,

Terima kasih bagi pihak Tokbah

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Terima kasih atad doa Acik Erna untuk Tokbah.

makchaq berkata...

Selamat Hari Ulang Tahun untuk tok bah.. Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan dirahmati Allah selalu, begitu juga utk kak Ani... semoga kedua2 kak Ani & suami berbahagia selalu...

LYAfrina berkata...

selamat hari lahir buat tok ba.moga terus dikurniakan ksihatan y baik2..amin.. & semoga tok ba berbahagia di samping cucu2 y comel ni..

Temuk berkata...

السلام عليكم ورحمة الله وبركات
Tahniah dan Selamat Hari Lahir ke 59 kepada suami tersayang Kunang-Kunang. Alhamdulillah, lebih sepertiga abad tempoh bersamanya yang dilalui membahagiakan KK dan ahli keluarga besar. Semoga hari-hari mendatang bersamanya terus diberkati dan diredhai Allah.

inazamri berkata...

hepi bday tokbah.semoga sentiasa dirakmati.

Ibuhani berkata...

Smoga Tok Bah diberkati Allah SWT dunia akhirat.....

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Terima kasih atss doa Lya untuk Tokbah. Semoga keluarga Lya juga sentiasa mendapat berkatNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Temuk,

Alhamdulillah atas kurnia Allah kepada saya selama ini. Di hari-hari akhir ini tiada lain yang dicari selain mencari ketenangan dalam kehidupan di dua2 alam.

Didoakan semoga saudara Temuk sekeluarga begitu juga.

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Terima kasih bagi pihak Tokbah. Semoga Ina sekeluarga juga dikurniakan Allah segala kerahmatanNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Terima kasih atas doa Makchaq tu. Semoga Makchaq sekeluarga juga dikurniakan Allah kerahmatanNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Terima kasih atas doa Ibuhani pada Tokbah. Semoga Ibuhani dan anak-anak juga sentiasa mendapat kerahmatanNYA.

Cikli berkata...

Happy birthday, semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih CikLi

Mak Long a.k.a Kunang-kunang berkata...

Sedih baca N3 ni. Tok bah dah kembali kerahmatullah pada 28 september 2014 di hospital tengku ampuan rahimah, klang akibat komplikasi jantung dan buah pinggang. Al fatihah