Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 19 September 2012

Dilema Pelajar IPTS



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Saya nak sambung sikit tentang N3 saya mengenai Cerita Kak Atie Dan Teh Nah semalam. Terima kasih atas ucapan selamat untuk Izati dan tahniah untuk Sakinah.

Antara ulasan-ulasan yang ditinggalkan saya amat tertarik dengan ulasan berikut:

Mak Wardah berkata... Salam Kak Ani, sekarang peluang berjaya di IPTA semakin sukar...Doa saya anak saya boleh belajar di IPTA sebab kualiti pendidikannya, kalau IPTS saya kurang yakin 18 September 2012 6:45 PTG

Catatan "Mak Wardah" ni sangat baik untuk kita timbangkan bersama. Sebagai seorang ibu saya juga mempunyai fikiran yang sama dengan "Mak Wardah". Apa lagi dengan pengalaman bekerja sebuah IPTA terulung di Lembah Klang selama 35 tahun sebelum memilih bersara atas pilihan sendiri pada tahun 2008, rasa kurang yakin memang sentiasa ada.

Tapi apakan daya saya dan abahnya bila Sakinah yang sedang belajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah menangis-nangis tak mahu meneruskan pelajarannya di situ dengan alasan dia ingin mengikuti kursus Farmasi. Dengan ujian bulanan dan keputusan semester 1 yang tidak berapa cemerlang, dia rasa jalan untuk dia mengikut kursus Farmasi adalah tersangat kabur.

Dengan berat hati saya terpaksa akur dengan kehendaknya, walaupun nasihat saya (sebagai seorang yang agak mahir dengan kemasukan di IPTA) tidak diterima oleh anak sendiri. Dia berkeras ingin masuk ke IPTS untuk mengikuti bidang Diploma Farmasi. Katanya dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang baik dengan Diplomanya supaya membolehkan dia sambung balik belajar di IPTA dalam bidang berkenaan.

Selepas 3 tahun belajar dia mendapat CGPA 3.9 dengan keputusan 4.0 dalam 4 semester. Sayangnya bila UPU mengeluar iklan kemasukan, semua IPTA kecuali USM menutup pintunya untuk pemegang Diploma menyambung ke peringkat negeri, termasuklan UiTM kerana dia hanya memberi peluang untuk produknya sahaja.

Dengan satu peluang yang ada, Sakinah duduk ujian USM. Sayang permohonanntya tidak berjaya. Maklumlah USM sebuah universiti Apex. Banyak pelajar-pelajar cemerlang yang memohon. Keputusannya, dengan linangan air mata Sakinah beritahu saya "nampaknya habislah harapan Inah nak belajar sehingga ke peringkat degree".

Sebagai ibubapa bayangkan perasaan kami. Sedangkan kakak, 2 abang nya dan seorang adiknya semua merupakan lepasan dan pelajar IPTA. Kerana impian nak jadi seorang ahli farmasi beliau tidak pandang lagi arah lain.

Kelayakan masuk untuk buat degree farmasi di IPTA dan IPTS mesti mendapat CGPA 3.8 keatas (kelayakan yang ditentukan oleh Persatuan Farmasi Malaysia). Di IPTS pelajar dikehendaki lulus MUET ban 4 sedangkan di IPTA MUET ban 3 sahaja. Yuran kita tak usah ceritalah. Semua mesti tahu berapa yuran IPTS terutama kursus perubatan, pergigian dan Farmasi. Demi anak kami korbankan segalanya.

Sakinah sebenarnya ditawarkan biasiswa dari IPTS yang dia belajar peringkat Diploma untuk sambut ke peringkat degree tapi bukan dalam bidang Farmasi, jadi dia tolak. Bidang Farmasi tak ada biasiswa di IPTS berkenaan. Mungkin kerana yurannya tinggi.

Dengan keputusan cemerlang pada peringkat diploma Farmasi IPTS, mereka boleh bekerja di hospital-hospital swasta dengan gaji pokok mencecah lebih kurang RM2.000.00 sebulan. Kalau masuk overtime boleh mencapai tahap RM3.000.00 sebulan. Peluang untuk bekerja di hospital kerajaan memang tertutup rapat kerana Kerajaan sendiri menghantar pelajar-pelajar tajaannya untuk mengikut kursus Diploma Farmasi di IPTS yang sama juga. Pelajar-pelajr ini diserapkan bekerja dengan Kerajaan secara automatik bila tamat belajar. Tapi mereka tidak boleh sambung belajar ke peringkat degree sehingga tamat kontrak yang sudah ditetapkan oleh Kerajaan.

Jadi kadang-kadang keadaan menentukan segala perjalanan hidup kita. Seperti abahnya selalu kata, tak semua orang bernasib baik boleh sampai ke sesuatu tempat yang dituju naik kapal terbang Ada juga yang terpaksa naik keretapi, matlamatnya jangan putus asa, janji kita sampai juga walaupun sukar dan lambat. Jangan hanya nampak satu jalan saja untuk menuju ke sesuatu destinasi.

Saya minta maaf andai catatan saya ini mengguriskan hati sesiapa. Saya sekadar menyatakan sesuatu kebenaran. Kadang-kadang apa yang kita rancang, tidak terjadi sebagaimana sepatutnya. Saya bukan nak menegakkan benang basah sekadar mengenangkan bahawa nasib dan perjalanan hidup kita bukan sahaja ditentukan pada pilihan kita tetapi juga kepada takdir yang dah diatur oleh Allah Subhanahuwataala.

8 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Semoga akhirnya nanti, Allah sediakan peluang lain untuk Sakinah...yang lebih bererti dalam hidupnya, yang kita belum tahu sekarang. Amin...

aby berkata...

salam k hanim ..
sedih juga baca tulisan k hanim ..
sebagai ibu, k hanim dah berusha ..
seterusnya kita serah kt allah swt ..
kita tk tau apa yg tersimpan utk sakinah ..

Acik Erna berkata...

Assalam kak Ani..yang penting sakinah dapat meneruskan pelajaran dalam bidang yang diminatinya.

Queenie berkata...

saya faham apa yg akak rasa...

anak keempat saya bercita2 nak jadi doktor tp dah terbantut bila dia didatangi oleh seorang doktor disekolahnya yg kononnya memberi motivasi pada pelajar tp dalama masa yg sama memomok2an pelajar dgn cerita2 yg tak berapa sehat ttg kerjaya seorang doktor....

anak ketiga saya mendpt tawaran melanjutkan pelajaran dlm bidang farmasi tp...dia minat ke animasi plak...nak taknak ikutkan jer la..

Kunang-Kunang berkata...

ckLah,

Terima kasih atas galakan yang ckLah berikan. Saya juga berharap cita-citanya tercapai.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Akak tau wak faham perasaan kak ani. Terima kasih wak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Betul tu. Sakinah ni jenis yang kata dia, kata dialah. lagi pun yang nak belajar dia. Ikut jerlah.

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

Itulah kita kan. Terpaksa akur dengan kehendak mereka sebab mereka yang nak belajar.

Kita berusaha dan iringi doa untuk mereka semoga mereka berjaya dunia dan akhirat.