Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 18 September 2012

Cerita Kak Atie & Teh Nah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Syawal dah meninggalkan kita. Zulkaedah pula datang bertemu kita. Jumaah haji kita pun dah mula membuat persiapan untuk menjadi tetamu Allah. Semoga mereka semua selamat pergi dan balik dan mendapat haji yang mabrur.

Begitulah hari terus beredar dengan cepatnya. Hari ini 18 September, genaplah usia Izati cucu sulung saya 9 tahun. Dah besar dia. Semoga Izati terus membesar dengan baik dan menjadi anak kebanggaan ibubapa kelak.



Hari ini juga merupakan hari baru untuk Sakinah. Pagi tadi abahnya dan saya menghantar Sakinah mendaftar sebagai pelajar baru di Segi University di Kota Damansara. Dengan berbekalkan Diploma dalam bidang Farmasi yang diperolehinya pada Januari lalu dia sambung belajar lagi untuk mendapat ijazah. Sempat juga dia bekerja selama 8 bulan selepas mendapat Diploma.



Walaupun gaji yang diterima agak menarik, dia ingin menyambung pelajarannya lagi. Dengan berbekalkan CGPA 3.9 dia memohon untuk sambung belajar di IPTA tapi tak berjaya, jadi mahu tak mahu kenalah mencari tapak di IPTS. Untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah dalam bidang Farmasi, Persatuan Farmasi Malaysia telah menetapkan minimum CGPA ialah 3.8 (diploma). Sekarang ramai pelajar-pelajar yang pandai dan mendapat CGPA 4.0.

Saya doakan dia berjaya dalam cita-citanya.

10 ulasan:

Kakzakie berkata...

Betul Kak Ani, semakin ramai budak pandai sekarang nie. CGPA 3.9 kira dah baik benar. Tak apa sambung ke IPTS kalau ada fulus boleh aje...

Happy birthday juga buat Izzati cucu Kak Ani. Sama umur dgn anak bungsu kakak..

sarah berkata...

pandai dia dapat pointer tinggi..sikit lagi nak dapat 4.0..semoga berjaya...

[PCL] berkata...

Assalam akak, bertuahnya kalau anak2 mahu terus belajar utk menambah ilmu ..semoga ank2 sy pon macam tu jgk hendaknya..amin.

kakcik berkata...

Saya tumpang gembira melihat anak2 kawan2 yang berjaya. :)

Mak Wardah berkata...

Salam Kak Ani, sekarang peluang berjaya di IPTA semakin sukar...Doa saya anak saya boleh belajar di IPTA sebab kualiti pendidikannya, kalau IPTS saya kurang yakin

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..happy birthday izzati..dah tahniah sakinah..sambung la belajar selagi boleh kan kak ani

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

dan moga Allah permudahkan urusan anak kakak...aamiin

ainnoraini berkata...

selagi boleh, belajar la setinggi mana yg mampu...sekarang ni ramai yg anak2 yg cerdik pandai..

MulutPayau berkata...

selamat hari lahir utk si comel Izzati dan tahniah utk Sakinah..

Zaitun berkata...

Selamat hari jadi baut Izzati semoga menjadi anak kebanggaan ibubapa.

Buat Sakinah pula jangan putus asa,insyaallah dimana pun kita belajar pasti mendapat kejayaan kalau belajar bersungguh2.