Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 26 September 2012

Canting Batik Di Lengan.......



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.   Sekarang ni saya jarang-jarang dapat masuk ke sini, apa lagi untuk BW ke blog kawan-kawan.   Mohon maaf yer.  Nanti ada masa lapang, InsyaAllah saya akan BW ke blog kawan-kawan.  Saya tak tahu apa yang menyibokkan saya.  Tapi memang saya tak ada masa langsung untuk mengadap pc ni.  Laptop saya kurang suka sebab kecik.  He he mengaku jerlah yang mata tu dah tak seterang dulu.

Hari Sabtu lepas diri saya teruji sedikit. Semoga ini adalah kifarah bagi saya. Semoga Allah ampunkan saya.

Ketika sedang leka mengoreng semosa di pagi Sabtu lepas, tiba-tiba salah satu semosa yang sedang saya angkat dari kuali terlucut balik dari sodep masuk ke kuali semola. Apa lagi tanpa sedar mulut tersebut "aduuhh, sakitnya". Dalam kesakitan tu, tangan yang sebelah lagi pantas meraba botol sos tiram yang kebetulan berdekatan. Sos tiram disapu ke tangan yang terpercik minyak panas tu, Allah maha pengampun ringan sikit penderitaan saya, tapi kepedihan masa terasa. Inilah hasilnya:


Beberapa hari lepas


Sekarang

Cantik corak yang tercipta ditangan yang penuh berisi ni. Selepas disapu pelbagai krim yang ada di rumah sesudah sos tiram dibersihkan dari tempat tu, Alhamdulillah kulit yang terkena minyak panas tu tak mengelembong dan tidak sakit atau pedih. Cuma ngeri bila pandang.

Ketika terkena minyak panas tu, saya terlupa pesan mak saya yang selalu mengingatkan saya supaya membaca doa ini dan semburkan air liur kita ditempat berkenaan. Doanya ialah:

Jika anda terkena api, atau air panas...cepat2 baca ayat 69 dari surah al-anbiyaa'.


Insyaallah akan selamat diri kita dari melecur dan sebagainya.

22 ulasan:

Kakzakie berkata...

Doa Nabi Ibrahim ketika dicampak ke dalam api yg marak.

Sakit betul tu Kak Ani. Kalau kakak biasa sapu dgn cream alano (barangan amway) dia tak melecur dan cepat kering.

Ujian sesekali kan kak.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Ini bukan nabi Ibrahim yang berdoa tetapi Allah yang menyuruh api supaya dingin terhadap nabi ibrahim.

Tulah masa baru2 kena sakit. Kak ani sapu dengan satu cream yang kak ani dah lupa namanya.

ahmad humairi berkata...

Ingatkan buat tatu tadi....

Saya dulu penah terbuat corak batik ini di muka....heeee...ngeri!

che mid berkata...

Corak batik eksklusif dari Kunang-kunang... he he, lama tanda tu nak hilang nanti.. take care kak, gitulah orang dapur namanya kan..

JunAina berkata...

Kak Ani...

Kadang2 dalam waktu kecemasan semua benda boleh lupa. Moga cepat sembuh.

Acik Erna berkata...

Assalam kak ani..acik didapur mesti ada krim burnol tu..sebab acik ni..memang jenis cuai..selalu sangat kena benda2 panas masa didapur dan masa gosok baju

Temuk berkata...

Ada yang beritahu boleh juga disapu dengan colgate. Semoga sembuh segera dan tak pedih bila bekasnya terkena air.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Ahmad Humairi,

Canting batik di muka lagi parah tu.

Begitulah yang orang tua2 selalu pesan, berhati2 malang tak berbau. Nak jadi jaga macam mana pun jadi juga mungkin tak parah sebagai yang tak terjaga.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Apa nak buat, Cuai sikit adalah padahnya.

Semoga Che Mid sekeluarga sihat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Jun,

Terima kasih doakan kak ani. Itulah juga yang kak ani harapkan.

Sekarang ni nak ambik wudukh pedih skit, he he.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Bagus cara Acik tu. Kena ikut ni. Tapi kak ani tulah ada orang ajar kalau dah emergency tu sapu jer sos tiram. Memang berkesan, sejuk dan hilang sakitnya, kalau kena sikit-sikitlah.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Temuk,

Memang betul. Ada orang beritahu begitu.

Memang kalau kena air pedih. Tapi nak ambik wuduk terpaksa tahan sikit. Ujian ni.. sabar jerlah.

insan marhaen berkata...

selalunya IM sapu ubat gigi.

Queenie berkata...

masyaAllah kak...ngeri la..nampak macam pedih, takleh bayangkan bila amik wudhu'

saya pun selalu gak mencanting tangan maklum jer duduk dapur lebih lama dari duduk dalam bilik heheh...

moga cepat sembuh ya kak...

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Ani,

Saya tengok pun terasa peritnya tu... Moga cepat sembuh... biasanya saya basuh dgn air sejuk byk2 kalau kena minyak panas... tp tulah bila dah kena tak ingat semua petua kan...

Putih gebu tangan kak ani :))

Zaitun berkata...

Salam kak ani...biasanya kalau terjadi apa2 kita panik itu sebabnya apa yang selalu diamalkan boleh jadi lupa. Semoga canting batik tu cepat hilang.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Orang lama memang banyak petua. Kita ikutlah mana yg senang dan terbaik mengikut suasana dan persekitran ketika berlaku kemalangan tu.

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

Apa yg berlaku pd kita biasanya selalu berkait rapat dengan apa yg kita buatkan.

Seperti ada hadis yang maksudnya lebih kurang "berkawan dgn org jual minyak wangi kitapun sikit sebanyak ada terlekat bau wanginya. Kalau berkawan dgn tukang besi, walaupun tak terbakar paling tidak baju kita terpercik juga dgn bunga apinya.

Begitulah kita yg banyak menghabiskan masa di dapor ni kan. Macam2 boleh berlaku. Terima kasih atas doa Queenie pd kak ani. Semoga Queenie sentiasa dipelihara Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Marya,

He he memang pedih bila terkena air. Alhamdulillah sekarang dah beransur ok.

Bab putih gebu tangan tu. Gambar tu tipu. Tapi bab padat berisi tu shahih. He he. Semoga Marya sekeluarga sentiasa dipelihara Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Panik buat kita tak boleh berfikir dgn rasional. Begitulah keadaan kita bila ditimpa sebarang musibah.

Ibuhani berkata...

Aduh......sdgkn kena percikan dr gorengan telur pn dh sakit apatah lg selebar lengan! Hrp k.ani dh ok ye......

mselim3 berkata...

assalammualikum...sekali pandang td ingatkan tatu...minta maaf andai terasa...

insaallah...kita semua kat sini doakan agar kunang2 cepat baik...k