Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 5 Ogos 2012

Santan Dan Anak Dara Kita



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Cepat sungguh masa berlalu. Ramadhan dah tinggal setengah, syawal dah hampir menjengok kita. Di akhir-akhir Ramadhan ini semoga Allah sihatkan tubuh badan dan minda kita untuk cuba sedaya mungkin mendapat ganjaran yang dijanjikanNYA.

Semalam Salam berbuka puasa di Kompleks Sukan MSN di Seksyen 6 bersama kawan-kawan dan jurulatih group silat selangor. Makanan secara potluck. Salam bawa semosa daging dan ikan yang saya masak.

Ketika hampir waktu berbuka puasa terima panggilan telefon dari Salam beritahu kawan dia nak beli semosa ikan dan daging. Kawannya tu nak bawa balik semosa untuk emaknya di Teluk Intan. Maknya pernah rasa semosa ikan saya yang diberikan oleh Salam pada dia. Dia sanggup tunggu hingga tengahari ni baru dia balik ke Teluk Intan, janji saya buatkan dia semosa tu.

Hati terasa berat nak membuatnya disebabkan kesuntukan masa dan kebetulan santan pun tak ada untuk dibuat inti semosa ikan. Untuk semosa daging bahan-bahannya semua ada. Tapi mengenangkan hajat seorang anak yang nak memberikan ibunya makan, saya tak sampai hati nak tolak.

Terkenang saya kepada Arwah anak saya Iskandar. Iskandar ni perangainya kalau dia makan di satu-satu restoran yang makanannya sedap atau ada makanan/kuih muih yang sedap dan dia tahu saya suka. dia akan beli dan bawa balik untuk saya merasakannya. Dia sangat gembira bila lihat kami makan.

Satu peristiwa yang saya kenang hingga sekarang ialah berlaku dibulan Ramadhan terakhir dia, tahun 2006, dia telah mengajak kami berbuka di Restoran 'Big Plate' di Pinggiran Subang. Puas saya mengelak sebab saya kurang suka berbuka di luar. Kalau ada jemputan berbuka puasa di luar pun, hanya suami dan anak-anak saja yang pergi. Akhirnya kami satu keluarga berbuka di situ.

Nasib baik saya ikut, kalau tidak mungkin saya akan menyesal selamanya. Hingga sekarang setiap kali melintasi restoran tu, hati saya sayu!!!

Satu lagi peristiwa ialah sehari sebelum dia meninggalkan kami dia memesan kuih 'tat telur' dari kantin pejabatnya, tapi dia tak sempat memberinya kepada kami sebab malamnya dia kemalangan dan meninggalkan kami buat selamanya. Cerita tentang kuih 'tat telur' ni kawan sepejabatnya yang ceritakan. Paginya orang kantin tu tercari-cari dia di pejabat nak sampaikan pesanannya. Hampir terlepas kuih tu bila kawan-kawan Iskandar beritahu yang Iskandar dah tak ada.

Panjangnya mukadimah saya, sebenarnya saya nak ceritakan tentang santan yang nak saya masukkan dalam inti semosa ikan saya tu. Tiba di kedai jual santan, santan dah habis, maklumlah dah petang. Teringat nak ke kedai lain. Tapi tiba-tiba pembantu kedai tu kata "Mak Cik, biar saya parut kelapa, Mak Cik boleh dapat santan juga". Saya rasa terkedu, kenapa saya lupa, bukankah saya boleh memerahnya sendiri. Lamanya saya tak perah santan.





Saya mula membuat semosa tu kira-kira jam 11.00 malam iaitu selepas semua urusan saya selesai. Akhirnya jam 2 pagi siaplah segalanya dan saya simpan dalam freezer. Baru kejap ni Salam membawa semosa-semosa tu kepada kawannya.

Saya rasa ramailah anak-anak dara kita yang tak tahu perah santan sebab santan dah tersedia untuk diguna. Apa nak buat segalanya 'instant' sekarang ini. Satu lagi kemajuan teknologi masa kini.

20 ulasan:

Cikli berkata...

Tak balik ganu ke kak

Acik Erna berkata...

salam kak ani..acik pun tak pernah makan smosa ikan..teringin jugak nak order dengn kak ani nanti..

makchaq berkata...

Betul la kak Ani.. lama bertul tak perah santan. Dulu kat rumah siap ada pemarut kelapa..

ckLah @xiiinam berkata...

Sayu rasa hati. Semoga Marhum Iskandar dicucuri RahmatNya. Al fatihah...

Nur-nba berkata...

Sedih membaca kisah kak Ani.. Al-Fatihah untuk arwah anak akak.. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin.

sal berkata...

Al fatihah untuk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat..

kita pun klu perah santan , perah pun tak berapa kuat..tapi tetap buat juga, santan tepung tak sama,kan..

Zaitun berkata...

Al-Fatihah buat anak kak ani.

Saya lebih suka beli kelapa parut dari santan kak ani tapi saya gunakan blender tak payah nak perah cuma tapis aje.

Kunang-Kunang berkata...

Insyaallah kalau balik pun mungkin selepas beberapa hari raya pertama. Maklumlah sekarang dah ada anak menantu dan cucu yg nak balik rumah kak ani pada hari raya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Semosa ikan kak ani cara turun temurun semosa orang terengganu sebab dulu2 kami jarang makan karipap berisi kentang terutama orang tua2.

InsyaAllah kalau Acik sudi nak rasa boleh. Tapi kita jauh kot.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Kita dah mua (manja) sebenarnya. Semua dah senang. Belum lagi bab kukur kelapa.

Kunang-Kunang berkata...

CkLah,

Terima kasih sedekahkan Al Fatihah untuk arwah anak kak ani Dzul Iskandar.

Kunang-Kunang berkata...

Nur-nba,

Amin, terima kasih Nur sudi sedekahkan Al Fatihah untuk Arwah Iskandar.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Terima kasih atas doa dan sedekah Al Fatihah utk Arwah Iskandar.

Bagus juga perah santan ni, eksesais jari2 kita supaya tak kaku.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Terima kasih sudi sedekahkan Al Fatihah utk anak kak ani arwah Iskandar.

Bagus zai dapatkan sendiri santan tu sebab terjamin dari segi keaslian dan bersihnya. Kalau dalam jumlah yg banyak blendkan kelapa tu baguskan. Kesemua santannya akan diperolehi.

mselim3 berkata...

sedih baca ... kisah arwah anak kak ani, arwah iskandar...moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan di kalangan orang yang beriman. Pasal santan nie ... rasanya ramai anak dara sekarang nie ...bagaimana nk dapatkan santan daripada kelapa?...
kena belajar ....k sekian dulu dari mselim3.blogspot.com

ariana berkata...

Assalam kak..mmg betu..anak dara sy, cuma yg sulung yg berumur 21 thn tu yg ingat tolong sy perah kelapa..yg lain cuma tgk uminya beli santan fresh je..huhu

Al fatihah buat ank akak yg dh pergi dulu menyahut seruan Ilahi..moga rohnya bersama org yg beriman dan beramal soleh..

Sya Kiffli berkata...

salam kenal kak ani...sedapnya samosa ikan tu...salam takziah untuk arwah iskandar walaupun ia dah lama berlalu...

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Anie,

Al-Fatihah buat arwah anakanda Iskandar... Sedih Marya dgr, sb teringat arwah abah & kakak yg pergi meninggalkan kami pd tahun yg sama pemergian anakanda kak Anie... Moga ruh mereka tenang di sana...

Kak,

Marya pun kalau ade pilihan takmo dah perah santan kelapa... tak seberapa pandai... nnt cair jdnya :))

mamawana berkata...

Salam

Sayu membaca cerita kenangan arwah Iskandar. Alfatihah.

Saya pula akan sayu bila teringat dan lalu di pasar malam Keramat AU3 krn arwah ibu selalu pesan minta belikan wadei setiap kali gi pasar malam.. Alfatihah.