Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 31 Ogos 2012

Orkid Berkembang di Rumah Mak Alang



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Selamat menyambut ulang tahun hari kemerdekaan negara kita yang ke 55 pada hari ini. Usia 55 tahun tu kalau manusia dan nak maghrib dah, tapi pada sebuah negara mungkin sedang matang kot.........

Kali ni nak cerita sikit-skit tentang bunga orkid. Bunga orkid yang saya tepekkan gambarnya di bawah ni adalah milik biras saya di Dungun Terengganu. Anak-anak saudara suami saya semua panggil di Mak Alang. Mak Alang ni banyak tanam pokok-pokok bunga di sekeliling rumahnya.

Dia mula minat menanam orkid bila melihat orkid-orkid di rumah saya yang sedang berbunga pada masa itu. Sekarang dirumah saya orkid banyak yang dah mogok. Biarkanlah mereka berehat.

Orkid pertama yang dia beli ialah Phalenopsis. Gambar di bawah. Masa tu pokok tu belum berbunga. Setahu saya pokok ni susah nak berbunga, tapi saya diam saja tak gamak nak beritahu dia takut dia patah semangat. Tapi jangkaan saya meleset, pokok tu berbunga tak berapa lama selepas itu, berbunga dan terus berbunga sehinggalah hari saya mengambil gambar ini. Kiranya sejuk juga tangan dia. Sekarang usia pokok ni dah nak masuk 2 tahun.



Lepas tu setiap kali saya balik ke Dungun saya perhatikan pokok-pokok orkidnya kian bertambah. Antara pokok-pokok orkid tu ada juga yang saya berikan pada dia. Semuanya subur dan berbunga. Sekarang saya pulak yang tanya dia baja apa yang dia letak. Jawabnya baja tahi kambing. Baja tahi kambing memang booster untuk orkid berbunga. Di bawah ni antara orkid-orkidnya yang saya snap gambar untuk kenangan.







Dendrobium dia juga cantik-cantik dan menarik. Di bawah ni ada saya snapkan 2 jenis dendro dia.









Sayangnya pasu-pasu orkid ni hanya digantung dipagar saja. Sementara buat rumah orkid kata Mak Alang. Nampaknya kali ini, inilah cerita saya. Nak tunjuk kuih-kuih raya pun semua 'kuih tunjuk', satu pun tak ada yang buat sendiri. Sehingga jumpa lagi.

17 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam kak anii..betul2 sejuk tu kak ani..serasi pokok orkid dirumah dia..cantik je berbunga

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani.

Cantik bunga2 anggerik itu. Pandai Mak Alang menjaganya. :)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak..

Moga kakak sihat hendaknya..

Tengok bunga orkid ni memang cantik tapi nak tanamkannya memerlukan kesabaran dan ianya sangat teliti...betul tak kak?

Maiyah berkata...

sy suka bunga orkid
cantik dan ceria melihat

Farid berkata...

Wah...tengok je dah tenangkan jiwa

Zaitun berkata...

Salam kak ani...cantik bunga orkidnya, saya juga peminat orkid.

sal berkata...

cantiknya kak ani...senang hati melihat bunga, terhibur dgn keindahannya..

Aishah Jahirah berkata...

salam kemerdekaan....
cantik bunga orkid dia...mmg sejuk tangan....suka tgk yg kaler purple tu.

Norzie hany berkata...

Cantik sungguh bunga2 orkid tu.

MulutPayau berkata...

cantiknya bunga2 orkid tu.....tak jemu menatapnya....

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.

Sangat cantik orkid-orkid Ani.. kakpun berminat namun tak berupaya.. dapat menatap bunga-bunga di sinipun syukur alhamdulillah.

Ibuhani berkata...

As Salam k.ani....mmg x rugi berbudi pd tanah. Cantik2 bunga okidnya.

Cikli berkata...

Orkid cantiknya...

Marya Yusof berkata...

As salam K.Ani,

Tetiba rasa cemburu... seuknya tangan dia ye :))

Betul ke benar2 wuud 'tangan seuk' ni ye atau kepercayaan org2 tua sh? ermmm :)

Temuk berkata...

As-salam
Ayu-ayu orkid tu semuanya. Saya pun akan cuba cari baja tahi kambing (batakam)lah. Cuma, kadangkala, hati berkata-berkata juga, yang dipaketkan sebagai batakam tu tulen atau bataentahapaapa!

Puluhan tahun tak ke Dungun + Pantai Timur. Insya Allah nak kesana bulan 10 nanti, "meratah angin" + mengidam nak ambil gambar pantai + gigi ombak.

azi berkata...

Salam Kak ani...
Cantiknya bunga orkid tu...saya ni suka pokok orkid, tapi tangan panas...memang tak berbunga punya le...pokok ros pun baru ni dah mati 2 pokok...

memang saya "tabik" betul le orang yg.pandai jaga pokok orkid ni....:)

Mak Wardah berkata...

Salam. Sukanya...nampak indah sekali