Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 3 Ogos 2012

Nostalgia Kad Ucapan Hari Raya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Alhamdulillah hari ni dah masuk 14 Ramadhan. Nampaknya malam esok sholat tarawih kita kena baca qunudlah kan.

Bila dekat nak raya ni teringat zaman raya dulu-dulu. Dah lama tak hantar kad raya pada kawan-kawan dan saudara mara. Rindu pulak zaman muda-muda dulu, terutama zaman sekolah-sekolah dulu, sanggup simpan duit belanja semata-mata nak beli kad raya nak hantar pada kawan-kawan. Zaman sekolah menengah la paling banyak dapat kad raya. Bersusun-susun dapat kad raya.

Masih saya ingat selepas SPM dulu dalam tahun 70an, masa tu dah tinggal di KL dengan mak ayah, kawan-kawan ajak kerja sambilan di Pejabat Pos Besar kerana nak uruskan kad-kad hari raya yang membukit di Pejabat Pos. Tapi mak tak beri ikut kawan-kawan kerja.

Sekarang ni keadaan dah berubah, mungkin ada yang masih meneruskan amalan menghantar kad raya tapi dah tak ramai dan tak semeriah dulu. Saya pulak dah dua tahun beli kad raya dengan niat nak hantar pada kawan-kawan dan saudara mara, tapi malangnya hingga sekarang kad-kad tu masih dalam plastiknya lagi dan tersimpan kemas di dalam almari buku saya.





Semenjak IT semakin canggih manggih ini budaya menghantar kad raya sudah semakin pupus. Sekarang ucapan selamat hari raya sama ada Hari Raya Aidilfitri atau AidilAdha mencurah-curahlah masuk ke h/fon kita terutama pada malam raya. Sehinggakan malam raya jem line dibuatnya. Cara ni lebih murah dan cepat. Tapi tak adalah gambar-gambar yang cantik seperti dilakarkan di kad-kad raya.

Walau bagaimanapun saya akan rasa lebih seronok bila menerima kad ucapan selamat hari raya. Kad-kad ni boleh disimpan hingga bila-bila sebagai kenangan. Boleh buat kita tersengih-sengih bila membacanya kembali. Masa tu terbayanglah rupa si pengirimnya.

Jom kita hantar kad ucapan selamat hari raya, mungkin belum terlambat.

26 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Ya kak, dunia IT mengubah segala-galanya.

kakcik berkata...

Kad raya menambahkan kemeriahan suasana raya, kan Kak Ani? :)

mselim3 berkata...

Betul tu..dunia IT telah mengubah segala-galanya..kad raya nie ada sentimental value sebenarnya...betul x?....apa nak buat dunia dah berubah kan....xper janji kita masih kita kan..janji persahabatan dan persaudraan sesama kita x pernah berubah kan...amin

ckLah @xiiinam berkata...

Saya ucapkan selamat hari raya kat sini nanti ya kak....

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat di sana ya.

Benar tu, zaman teknologi terkini dah tak banyak lagi terima kad raya.. ada satu dua sahaja.. yang banyaknya melalui pesanan ringkas.

Maiyah berkata...

yelah.. teringat juga
zaman saya, sibuk cari
kad nk bg kat kwn skolah je :)

Zulkbo zulkboCom berkata...

salam kak..
semoga sihat hendaknya..
kad raya..?alahai..lama dah tak
hantar ke orang, terima banyak juga
dari syarikat pelanggan saya

Ayu berkata...

Assalamualaikum puan KK...

alhamdulillah tahun ni, sy dapat 1 kad raya dari sahabat sy...
saya masih simpan kad2 raya dr saya sekolah rendah..seronokkan puan dapat kad raya...
masih mempunyai niat utk hantar kad raya kat kawan2 juga raya kali ni..InsyaAllah..

salam Ramadhan puan..moga sht sjhtera..

inazamri berkata...

dah bertahun tak penah dpt kad raya.Dunia IT dah ambik alih semua tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Abd Razak,

Kak ani Alhamdulillah. Harapnya Abd Razak juga sihat.

Sesuatu yg lenyap dalam hidup kita kadang dirindui.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Bigitulah. Tak semua yg baru tu elok segala seginya.

Kunang-Kunang berkata...

Selim,

Kesian pada penjual kad2 raya. Kalau dulu macam pesta menjual kad raya dlm bulan ramadha.

Kunang-Kunang berkata...

CkLah,

Silakan, silakan.

sal berkata...

kita menghampiri syawal ye kak Ani..
sekejabnya masa berlalu..
ucapan2 yg diterima sekarang dah tak melalui kad, tapi melalui sms..zaman cepat berubah ye kak ani..

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...
Nostalgia betul bila ingat pasal kad raya...berlumba2 nak suruh dapat bnyak kad..lepas tu siap gntung di dinding dan pokok bunga....

aby berkata...

salam k hanim ..
kad2 raya yg dari kumpulan forum dulu masih wak simpan ..
sesekali tengok juga ..
mengingatkan kembali nostalgia kemeriahan nya ...

apapun ..
semoga k hanim sihat utk tingkatkan amal sempena ramadan ni ..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,
Semoga akak sihat.

Begitulah kecanggihan teknologi, ada baik dan tidaknya. Kita kenalah hidup mengikut masakan..

Kunang-Kunang berkata...

Maiyah,

Indahnya zaman tu kan, sepatutnya kad raya diberi pada orang yang jauh dan kita tak dapat jumpa di hari raya, tapi kita pulak, jumpa hari2 pun beri kad raya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ayu,

Tal usahlah Ayu berpuan-puan dengan kak ani, panggil saja kak ani atau auntie.

Ayu ni seorang yang sentimental yer, menyimpan kad raya begitu lama masanya. Betul seperti kata orang menghargai pemberian orang adalah sangat baik.

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Miss pada semua tu kan!!!, kenapa tidak kita yang mulakan dulu yer..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulk,

Alhamdulillah akak sekeluarga sihat. Doa akan semoga Zulk sekeluarga juga sihat di bulan Ramadhan ni dan seterusnya.

Zaman kerja tu, tradisi kad raya masih diteruskan sebab masih menerima kad-kad dari kawan2 terutama kawan bangsa asing (tapi perayaan mereka kak ani tak pernah hantar kad, cuma wishedkan mereka selamat bercuti).

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Syawal makin hampir dan Ramadhan semakin dekat nak meninggalkan kita. Semoga Allah berikan kita kekuatan untuk memanfaatkan bulan yang pernuh kemuliaan dan keberkatan ini.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Akak juga masih ingat mencari ranting kayu yang banyak cabang untuk digantungkan kad raya, lepas tu dimasukkan kedalam pasu, seronok waktu itu.

Sekarang dah tak ada kad raya nak digantung. Kesian, He he

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Betul tu, indahnya saat itu kan. Tapi sekarang kita dah terpisah, cuma tinggal sorang dua saja lagi yang masih berhubungan.

Wak, dalam FB ada FB Group ODC, Seri Dewi dan Danna ada juga di situ, singgahlah....

Cikli berkata...

Di akhir kad ada tulis,

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

mselim3 berkata...

Assalammualaikum....datang kembali utk ziarah member blog ....
untuk kunang-kunang..terdahulu saya menyusun 10 jari minta maaf andai ada kata2 dan perbuatan yang menyinggung perasaan ...sepanjang berblog nie....maaf zahir dan batin .

daripada mselim3

pls: Pape nanti jgn lupa komen ...k..kad raya dah saya sediakan utk kekawan...k.

salam ingatan yang tidak pernah putus....