Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 2 Ogos 2012

Marya Yusof - From Peru With Love di HMI TV3



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Pagi ni lebih kurang jam 8.00 atau lebih sikit, ketika sedang menonton rancangan HMI di TV3 tiba-tiba pengacaranya Nur Syuhadah dan Mzul mengumumkan yang mereka akan menyiar cerita tentang penduduk Malaysia di Peru. Ketika nama Marya Yusof dari Peru di sebut saya teringat seseorang. Rupanya betul apa yang saya bayangkan, Marya Yusof kawan blogger kita.



Seronok dapat dengar suara Marya, lembut dan peramah. Marya menceritakan tentang aktiviti rakyat Malaysia di Peru dalam bulan Ramadhan ini. Menurut Marya jumlah rakyat Malaysia di sana lebih kurang 30 orang.

2 orang Pengacara HMI tu juga ada menyebut tentang blog Marya "From Peru With Love". Semoga Marya terus menulis dan dapatlah kami kawan blogger di sini mengetahui cerita-cerita di sana dan melihat gambar-gambar yang diletakkan di blog beliau.

Kebetulan kata Marya hari ini hari lahir anaknya Iman yang ke 3. Selamat hari lahir Iman semoga sihat dan menjadikan anak yang dibanggkan ibubapa kelak.

Selamat menyambut puasa Marya sekeluarga. Semoga diberikan Allah kesihatan yang baik kepada Marya sekeluarga khasnya dan semua rakyat Malaysia di Peru Amnya.

14 ulasan:

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Ani,

Wah, Marya sgt2 terharu! Terima kasih byk2 ;)) Sudi buat entry khas utk Marya dan kami di sini... Moga ukhuwah yg terjalin kekal selamanya...insya'ALLAH... terima kasih sekali lg kak :))

Aishah Jahirah berkata...

ala saya terlepas nak tengok...

pB berkata...

As salam Kak Ani


alaaaaa ...
tadik tV kat pejabat ni bukak siaran RTM1 ...
biasa TV3 ....


melepas ...

ieja amieja berkata...

hurmm..kat umah ni bdk2(ank asuhan) dah conquer tv la k.ani..x tgk pun..btw hepi besday buat aiman..

NzA berkata...

Dah lama jugak xjengah blog Marya nie......
Moga seluruh umat Islam di seluruh negara dilindungi Allah setiap masa....

che mid berkata...

Alahai termiss la...

Kakzakie berkata...

Masa ini kakak dah di pejabatlah kak ani. Rugilah tak dapat tonton..

si para para berkata...

salam ramadhan kak..
lama jgk x singgah sini.. harap kak sehat seadanya...

~~zana@pb~~ berkata...

ala...kita pergi pasar tadi, miss la nak dengar suara Marya yg cun tu.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat ya.. kak tak sempat tengok.

~::Chenta::~ berkata...

Chenta xpat tgk HMI la ... :P
tengok menu Ramadhan kak Marya je lah dah cukup nih heheheh

Ibuhani berkata...

Saya pun x tgk...... :(((

Zaitun berkata...

Salam kak ani...saya pun tak tengok,rugi rasanya.

mamawana berkata...

Saya pun tak dpt nonton siaran Marya from Peru with Love. huhuhu