Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 28 Ogos 2012

Kembali Ke sini



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Nampaknya 10 Syawal baru boleh singgah di blog sendiri. Blog kawan-kawan adalah satu dua yang saya dah singgah menjengok. Semoga semua kawan-kawan serta keluarga sihat dan berbahagia di hari raya ni yer.

Saya baru tiba dari Dungun malam tadi. Saya balik ke Dungun pada hari raya ke 6 iaitu hari Jumaat lepas. Balik ke sana pun bukan kerana nak beraya sangat, lebih kepada nak meraikan perkahwinan anak kepada sepupu saya. Dia mengahwinkan anaknya 2 orang sekaligus, seorang lelaki dan seorang lagi anak perempuan.

Seronok jugak bila berkumpul ramai-ramai macam begitu, dapat bertemu dengan saudara mara dan sahabat handai yang dah bertahun-tahun tak bertemu. Nampaknya sekarang ni orang buat kenduri kawin dah tak tunggu cuti sekolah dah. Dalam bulan Syawal ni boleh dikatakan setiap Sabtu dan Ahad saya ada jemputan Jamuan Hari Raya dan kenduri kawin.

Tak tahu apa yang nak dituliskan lagi, nanti ada masa saya BW ke blog kawan-kawan semua yer. Hingga jumpa lagi... bye

41 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..selamat hari raya maaf zahir dan batin

Ayu berkata...

Assalamualaikum puan KK...^_^ salam aidilfitri...^_^

ainnoraini berkata...

selamat hati raya kak ani...
Maaf dipinta jika ada terkasar bahasa..

Aishah Jahirah berkata...

minggu ni cuti merdeka,2 minggu lepas tu cuti hari malaysia lak...msg2 ambil tarikh tunang,kawen...salam aidilfitri...:)

Maiyah berkata...

slmt hr rya
maaf zahir batin
2 hr je kluar rya
pas tu x kuar dah :)

Ros berkata...

Assalamualaikum kunang-kunang,

Selamat hari raya maaf zahir batin..

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani.

Sekejap saja dah 10 Syawal hari ini. :)

Cikli berkata...

Beraya di Dungun pasti istimewa kerana penuh imbauan masa cilik.

Ibuhani berkata...

Alhamdllh....k.ani dh slmt smpi dr kg dia.rehat dulu kak lepskn penat.

ckLah @xiiinam berkata...

Jauh perjalanan rayanya tu. Syukur, semuanya selamat...

gadisBunga™ berkata...

selamat hari raya auntie...! :D

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Kak ani ucapkan selamat hari raya juga pada Acik Erna sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ayu,

Auntie jcapkan selamat hari raya juga pada Ayu. Semoga segalanya baik dibulan mulia ni.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Selamat hari raya juga pada ain sekeluarga. Salah silap harap dimaafkan yer.

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Yer jugak tu, bulan ni dan september cuti amnya berturutan dan jaraknya agak tegak. Selamat hari raya juga pada Aishah.

Kunang-Kunang berkata...

Maiyah,

Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya pada Maiyah sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Ros waalaikumussalam.

Selamat hari raya juga pada ros sekeluarga yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik dan selamat hari utk kakcik sekeluarga.

Sekarang terasa sangat cepatnya masa bergerak.

Kunang-Kunang berkata...

Cikli,

Tak berjalan raya banyak rumah kali ni. Balik 3 hari saja, jadi menziarah kerumah saudara mara yg tak sihat jer, yg sihat tu panjang umur balik lain kalilah nampaknya.

Selamat hari raya utk cikli sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Dah 9 bulan tak balik ke dungun. Lama perjalanan, sanit juga pinggang ni.

Kunang-Kunang berkata...

cKLah,

yer betul tu jauhnya rasa ke dungun ni, apa nak buatkan.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Sama2. semoga GB pun gembira yer di bulan mulia ni.

Linda Musa berkata...

Saya pun rasa tahun ni byk wedding invitation dari open house invitation utk syawal kali ini.pakat amik barakah syawal maybe. ;)

Selamat hari raya ;)

JunAina berkata...

Selamat Hari Raya kak...

Itulah kita sesekali berkumpul memang seronok. Biasanya masa kendurilah boleh jumpa semua sanak saudara.

Hanis Azla berkata...

Alhamdulillah dah selamat pulang ke akmpung dan dah selamat kembali semula ke rumah.. mmg time kenduri kendara yg seronoknya dapat berjumpa sanak saudara yg lama tak jumpa.. itulah masanya dapat berkumpul kan.. klu tak semua org sibuk dgn hal msg2 kan kak..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sentiasa beroleh kesejahteraan..

Alhamdulillah dapat beraya di kampong..kak juga alhamdulillah tahun ni dpt beraya di perak..tapi dalam masa sehari saja..balik hari..jalan sesak. Dan jemputan kahwin pun banyak hujung minggu lepas di A Star..hujung minggu ni di Arau dan di Taman Melawati..

selamat hari raya..maafkan kesilapan kak jika ada..;)

sal berkata...

selamat hari raya kak ani..
waktu raya ni, masa kita kunjung mengunjungi sama ada raya atau majlis kenduri..moga aktiviti ini dpt mengeratkan ukhuwah serta peluang untuk bermaaf-maafan..

azi berkata...

Salam Kak Ani..
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin...

Kunang-Kunang berkata...

Selamat hari raya Linda,

Begitulah nampaknya sekarang ni. Majlis kawin sentiasa diadakan. Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Selamat hari raya Linda,

Begitulah nampaknya sekarang ni. Majlis kawin sentiasa diadakan. Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Selamat hari raya juga pada Jun sekeluarga.

Kali ni kak ani dpt bertemu dgn sepupu anak2 abang mak kak ani yg sulung. Dah beranak cucu jugak mereka ni.

Kunang-Kunang berkata...

Selamat hari raya utk Hanis sekeluarga.

Sepupu anak pak long kak ani ni dah lebih 20 tahun tak bertemu sebab mereka tinggal di K Terengganu dan kampong saya di dungun. Bila balik kampong saya jarang jumpa mereka. Kenangan masa kecik2 dulu masih ingat. Mereka pun seperti kak ani dah bercucu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumssalam kak werdah
Semoga kak werdah juga dikurniakan Allah kesihatan yg baik.

Saya begitulah disamping sakit sana sini sikit2 saya alhamdulillah ok.

Jauh2 tempat undangan kawin kak tu. Hajat orang yer kak, bila terdaya ditunaikan jugak.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

itulah yang disuruh sangat kita menunaikN jemputan orang. Banyak baiknya.

Kunang-Kunang berkata...

WaLaikumussalam Azi,

Selamat hari raya juga utk AZi sekeluarga. Semoga hapi selalu.

LadyBird berkata...

salam kak.. akak org dungun ek.. satu rumpunlah kiter..

zue berkata...

tringat 18 thn yg lalu org sibuk nak buat prsiapan raya tapi zue sibuk dgn prsiapan kawin. jadi kelam kabut dibuatnya.
selamat hari raya dan selamat hari merdeka kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

LB,

Kak ani suami isteri dari dungun. Tu yg balik kampong senang. Satu hala. LB orang Dungun juga ydr.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Selamat hari raya utk Zue dan keluarga.

Alhamdulillah dan tahniah. Dah 18 tahun usia perkawinan Zue. Semoga sentiasa bahagia.

mamawana berkata...

Salam Syawal

Salam Suna Syawal :-)

Memang seronok bila dpt berkumpul dgn keluarga dan sanak saudara. Setahun sekali bleh berkesempatan berjumpa. Hari hari biasa kan sibuk dgn tugasan dan keluarga masing2. Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Mamawana,

Raya-raya macam ni walaupun penat tapi kita gembirakan.