Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 9 Ogos 2012

Aduhai Kemboja Alahai Alamanda



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan.

Saya ni memang penggemar bunga. Pada saya semua bunga cantiknya tersendiri. Alangkah bunga senduduk pun cantik. Antaranya bunga kemboja. Bunga kemboja selalu dikaitkan dengan perkuburan, sebabnya dulu-dulu bunga ni ditanam di kawasan perkuburan saja terutama kemboja putih.

Saya suka melihat bunga kemboja, tapi saya tak nak tanamnya di laman rumah saya. Sebab ada yang kata bunga kemboja ni tempat makhluk halus berbuai. He he saya bukan orang yang superstitious sangat tapi yerlah makhluk tukan ujud. Jadi saya tak naklah....Bunga kemboja ni selalu saya nampak bila ke perkuburan anak saya. Tapi cantik mana pun bunga kemboja di perkuburan tu saya tak berani nak snap gambarnya.

Di bawah ni ada beberapa keping gambar bunga kemboja yang saya snap sendiri satu ketika dulu dan ada yang terbaru.











Kemboja putih berbau harum sweet dan lembut, Saya pernah menghidunya sendiri. Nama Haniman yang tercatit dalam sesetengah gambar tu sebenarnya saya sendiri. Gambar-gambar ni saya ambik satu ketika dulu. Di bawah ni gambar bunga kemboja yang saya petik dari google







Alamanda juga menarik hati saya. Dulu saya panggil bunga alamanda ni bunga loceng saja. Di rumah, saya ada tanam alamanda siam. Itu orang nurseri yang kata namanya begitu. Warna kuning bercampur 'maroon'. Saiz bunganya lebih besar dari saiz alamanda kuning yang biasa kita tengok tu. Usia pokok alamanda siam ni dah bertahun-tahun. Tahan usianya.









Sekian dulu yer!!!.

16 ulasan:

❤Kamsiah❤ berkata...

yg kaler merah tu...biasa dibuat bonsai,kan...cantik...

Kakzakie berkata...

Betullah Kak Ani kemboja sinonim dgn kubur. Kalau di Pusara Aman di S'pore semua yg ditanam bunga kemboja.

Alamanda kuntum dulu masa kakak kecik kakak potong letak pada hujung jari buat main menari-nari kuku jadi macam panjang kan. Kelakar bila ingat balik..

Taman pokok jenis ini kena halaman besar rumah kakak tak bolehlah..

ainnoraini berkata...

sama mcm kakzakie..ingat bunga kemboja terbayang kat kubur...

Rumah saya tak ada tanam pokok yg berbunga yg ada pokok yg berdaun jer..,

sal berkata...

kak ani, Hati terhibur melihat keindahan bunga yg segar berwarna-warni...

Aine Ainun berkata...

segala ciptaannya memnag indah kan kak=)))

tak pernah jemu nak tengoik

MulutPayau berkata...

cantik bunga2 tu....tak jemu mata memndang....

JunAina berkata...

Kemboja memang cantik...kebiasaannya dikuburan cuma kemboja putih.

LYAfrina berkata...

kat rmh ada y kaler merah

Cikli berkata...

Kemboja sinonim dgn kuburan.

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Ani,

Rupanya kita punya minat yg sama...saya juga sgt gila dgn bunga-bungaan...terasa tenang tengok ciptaan ALLAH yg satu ni kan... ALLAHUAKBAR! :))

Tak tahu pula nama bunga loceng tu ALAMANDA namanya... baru saya tahu...ilmu baru :))

Pernah dulu di rumah jiran saya ada ditanam pohon kemboja, besar & rendang cantik sgt...tp lepas anaknya meninggal kemalangan terus ditebang katanya seolah2 pokok tersebut mengetawakan dia... sy yg mendengar cerita pelik jugaklah... tp pendapat peribadi Marya biasanya pohon kemboja ditanam dikuburan kerana kesan mendamaikan, suci serta menenangkan... kuburkan tmpt yg sedih jd bila ada bunga ni sedikit sbyk menceriakan suasana... Kemboja dipanggil juga sbg fragipani... betul tak?

Maaf panjang berjela pulak komen Marya..hehehe...selamat berpuasa Kak Ani & family ! :))

Temuk berkata...

As-salam Kunang-Kunang
Perkuburan Kota Damansara cantik dihiasi dengan pelbagai jenis bunga, buka kemboja saja. Lama-lama kita mungkin tak akan kaitkan kubur semata-mata dengan kemboja. Dan bolehlah KK mula menanam kemboja. Kemboja saya sudah lama mati, sebab tanahnya kurang baik. Namun, Alamanda kuning dan maroon masih ada dan subur.

Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

Kunang-Kunang berkata...

Pada semua kawan2 yg disinggah dan tinggalkan ulasan. Terima kasih banyak2. Mintak maaf tak dapat respon satu persatu pada kawan2 semua. Ditakdirkan masa terlalu ketat.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
inazamri berkata...

selamat menyambut lebaran dan maaf zahir batin dari ina sekelurga

mamawana berkata...

Salam,

Cantiksssssssssss alls....