Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 3 Julai 2012

Sila - Jemput-Jemput Jer



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan blogger.

Dari semalam lagi Sakinah berpesan supaya hari ni saya masakkan jemput-jemput ikan sebagai sarapan sebelum dia ke tempat kerja. Jadi pagi tadi berjemput-jemputlah saya sebagai sarapan.






Bagi kami orang Terengganu jemput-jemput ikan ni biasalah. Maklumlah orang Terengganu memang gemar makanan berasaskan ikan, contoh paling ketara keropok lekor, sata, otak-otak, ikan goreng tepung dan macam-macamlah lagi sehingga karipap pun kami berintikan ikan. Karipap berintikan ikan ni dinamakan semosa.

Jemput-jemput saya ni saya masukkan bawang besar yang dihiris nipis, isi ikan yang dah direbus serta ubi kentang yang dipotong dadu halus-halus. Kebetulan semalam saya masak kari kepala ikan tenggiri, jadi saya makan jemput-jemput bercicahkan karilah.

Walaupun dah puluhan tahun tinggal di SA ni, namun jemput-jemput ikan masih feveret.



Sata




Otak-otak


Ikan Goreng Celup Tepong


21 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani.

Jemput2 ikan Kak Ani tu nampak sedap sangat. :)

Kakzakie berkata...

Dekat JB sekarang nie baru lepas hujan lebat rasanya kalau makan jemput-jemput Kak Ani nie bestnya...

azi berkata...

Salam Kak Ani...
Mesti sedapkan jemput-jemput ikan tu...teringin betul saya nak makan...ikan apa dalam tu kak?

Norzie hany berkata...

Jemput2 ikan...sedapnya.

inazamri berkata...

saya tak penah lg makan jemput2 isi ikan ni.menarik utk dicuba.

sis intan berkata...

salam kak Ani, mesti sedap jemput2 ikan tu..terliur sy dibuatnya :)

S..U..D..@..I..S berkata...

semua sedap my fvrt juga...tunggu pasar tiap2 minggu

Aishah Jahirah berkata...

selalu wat jemput2 blander ikan bilis dgn cili....boleh try ni letak ikan rebus...:)

makchaq berkata...

Anak2 makchaq memang suka makan jemput2, tapi jemput2 ikan makchaq tak pernah pulak buat/makan..Nak try la....

S..U..D..@..I..S berkata...

Belum pernah makan apa lagi mencoba, mungkin selepas ni, mana tau bila dah coba jemput2 lain tu kurang laris...

Ros berkata...

Assalamualaikum kunang-kunang,

Sata ni kak Ros tak pernah makan pun...kalau dah masuk ikan tu mesti sedap kan Kunang-kunang....eeemmmm...teringin nak rasa...

Nida berkata...

Salam Kak Ani...

tengok gambar sata tu terliurlah pulak.. tak sabar rasanya nk balik Kuantan, nak makan sata puas-puas..hehehe

p/s: maaf lama tak menjengah.. tengah sibuk mempacking barang..

sal berkata...

assalamualaikum kak ani..dah lama tak makan sata..sedap yee..baru sekali makan dah jatuh cinta pd sata..tpi jrg beli sebb susah nak jumpa..

mselim3 berkata...

Pehh..terliuh kak ani mcam mana nie....sata sedap tu....dah jatuh cinta makan sata...heheh...

Allahu Akbar ...baru makanan kat dunia kan belum makanan akhirat lagi...heheh..

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum KK..
Sejak berbesankan org Ganu ni, banyak mknan belah sana yang kakya belajar.

Kak Ani SA seksyen berapa?

ummu berkata...

salam kak hanim
ummu suka dengan satar.suami suka jadi saya akhirnya pun terjatuh cinta dengan sata ni.oh ya otak2 ikan di terengganu lain sikit kan kak dengan otak2 ikan gelang patah johor.
p/s; air tangan ibu adalah yg terlzat di dunia ni kan kak.kalau saya dmeam atau pregnannt mesti ada yg saya teringin nakkkan dari air tangan ibu saya

fuad ansari berkata...

ali: jemput-jemput ke meja makan.. kita makan jemput-jemput..
abu: berapa banyak jemput daa..

(",)

faraherda. razalan berkata...

Eh, Cik Ani org Ganu ke? Mak sy org Ganu. Tapi sy tak biasa mkn jemput2 ikan ni. Mak sy tak pulak msk cucur ni. Walau apapun, cucur tu nmpk menyelerakan. Nak2 time ujan mcm ni. Fuh! Menarik betul!

Pn Kartini berkata...

Salam kak Ani:)

Jemput2 memamnggggggg faveret tini..:)

Cikli berkata...

ICT best. Ikang Celup Tepong

Ibuhani berkata...

Waalaikumsalam wbt k.ani. x pernah cuba pulak jemput2 ikan...ikan bilis biasalh!