Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 28 Julai 2012

Senjata Itu Menghalang Daku



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Lamanya saya tak update blog. Hari ni lapang sikit sebab tak ikut bertadarus alquran di Masjid.

Kali ni saja nak berkongsi cerita. Ceritanya simple saja tapi berguna untuk dijadikan panduan dalam hidup seharian kita. Sesuatu yang kita kadang-kadang secara tanpa sedar terlupa akan dia.

Di suatu alam dan tempat yang entah dimana berbicaralah dua ekor syetan.

"Wahai rakan ku kenapa keadaan mu begitu menyedihkan" Tanya syetan gemok kepada syetan kurus.

Kesian dia melihat rakannya itu, tubuhnya kurus melidi, tidak berpakaian dan wajahnya pula sentiasa murung kesedihan. Keadaan itu jauh berbeza dengan syetan gemok yang sihat, berperut buncit dan lengkap berpakaian serba cantik. Wajah syetan gemok itu sentiasa riang, mulutnya asyik tertawa gembira.

"Kau lihatlah aku sentiasa 'kenyang' hasil dari godaan ku terhadap manusia pada waktu mereka makan dan minum, aku juga turut serta. Apabila mereka memakai baju pun aku ikut memakainya juga. Apa jua yang dilakukan manusia itu aku turut serta, Hasilnya hidup aku turut "mewah" kerana pemberian para manusia itu. Kata syetan gemok itu lagi.

"Jikalau begitu nasib mu amat beruntung wahai teman ku, sedangkan aku tidak dapat menumpang 'kenyang' daripada manusia yang aku goda". Jawab syetan kurus sedih.

"Mengapa begitu rakan ku? Apakah yang menyebabkan engkau terhalang menikmati kesenangan seperti aku?", tanya rakan itu lagi.

"Wahai teman ku, manusia yang aku goda itu mempunyai senjata. Setiap kali mereka hendak makan, mereka akan keluarkan senjata itu. Begitu juga apabila mereka hendak minum, hendak menyarung pakaian, hendak memegang makanan bahkan dalam segala apa yang mereka lakukan pun mereka tidak lupa pada senjata itu".

"Senjata itu menyebabkan langkah ku terhalang. Menyekat aku daripada turut sama makan, minum bersama-sama mereka. Aku tidak dapat menyertai apa saja aktiviti yang mereka lakukan sebab itu tubuh ku kurus begini. Tidak berpakaian dan aku sentiasa kelaparan dan kehausan". Jawab syetan kurus.

Lantas syetan gemok bertanya "siapakah golongan manusia itu?, apakah 'senjata' mereka yang menghalang mu wahai rakan ku?"

"Mereka adalah golongan orang mukmin dan mulut mereka tidak lekang daripada zikir dan Bismillah dalam setiap perkara yang hendak mereka lakukan. Mereka tidak pernah lupa dengan kalimah بِسْمِ الله الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ.

"Nama Allah tidak pernah lekang daripada mulut mereka sebelum melakukan sesuatu perkara, Itulah 'senjata' mereka menghalang aku daripada turut serta untuk menjamah rezki mereka dan gagal mendapat pakaian mereka". Jawab syetan kurus.

Sambil mengangguk kepala syetan gemok berkata "Jikalau begitu, aku memang beruntung malah aku berterima kasih kepada manusia yang aku goda".

"Mereka tidak pernah menuturkan kalimah yang menyebut nama Allah dalam setiap perbuatan mereka kerana itulah setiap kali mereka makan, minum dan berpakaian aku boleh ikut serta dengan mereka, sebab itu akan sentiasa kenyang dan berpakaian cantik begini".

Sabda Rasulullah "Bagi setiap perkara atau perbuatan yang tidak dimulakan dengan Bismillah maka terputuslah daripada rahmat Allah. Subhanallahuwataala.

21 ulasan:

Aishah Jahirah berkata...

senjata yg kdg2 manusia sendiri lupa..

Kakzakie berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani... kisah ini ada dalam buku cerita anak kakak. Bagus memang kisah ini apa lagi kalau nak ajar anak-anak macam anak kakak memang boleh jadi teladan supaya sentiasa bermula dgn basmallah sebelum melakukan apa-apa kerja.

che mid berkata...

Salam kak, boleh cerita semula dengan anak-anak ni.. t kasih kak

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Begitulah hebatnya lafaz بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ini.

Deru Ombak berkata...

Best !

Selamat berpuasa ya.. :)

makchaq berkata...

Terima kasih kak ani,
Dah tau tapi bak kata kak ani kdg2 terlupa.. Nak makan ingat tapi utk pakai baju kadang2 lupa...

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum KK
Memulakan sesuatu yang diizinkan oleh Dia Yang Maha Agung, dengan menyebut nama-Nya
(بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ )
pastilah menjadikannya sarat dengan segala keistimewaan. Ada kalanya, terlupa juga, menyebutnya.

Maiyah berkata...

salam..

senjata yg berkesan
jgn ditinggalkan ;)

Kunang-Kunang berkata...

Aishah Jahirah,

Begitulah kita manusia yang lemah ni. Lupa salah satu sifat yang sukar nak kawalkan. Tapi pada yang lupa selalunya dimaafkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Cerita ni kak ani terbaca dalam majalah mastika ditulis dengan tulisan jawi, jadi kak ani taip semula dalam rumi.

Berkenan dengan ceritanya. Santai tapi penuh peringatan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Che Mid,

Seronok cerita dengan anak1 ni. Cerita yang tak rasmi, sambil sembang2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Sesuatu yang begitu senang diucap tetapi kadang2 selalu terlupakannya.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Betul tu, kadang2 terlupa terutama bila nak memakai pakaian sebab kita jarang mengamalkannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Temuk,

Betul tu, kalimah yang mudah ni seringkali terlupa kalau jarang diamalkan. Tapi kalau dah biasa tu, automatik datang sendiri kan

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Terima kasih lapangkan masa singgah blog kak ani ni.

Selamat berpuasa.

Kunang-Kunang berkata...

DO,

Terima kasih yer.

sal berkata...

yang tersirat dan trsurat..
marilah kita berzikir..

kak ani..kita ni memang sukalah berzikir..tapi terkadang alpa dan sibuk sendiri..tu yg tertinggal2..

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Alhamdulillah bila zikir sentiasa dibibir dan hati. Ingat selalu padaNYA.

ibundo berkata...

salam ani,
bagus peringatan ini. Manusia yang pelupa. Sepatutnya dalam apa jua perkara kita mesti mulakan dengan kalimah itu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Pah,

Tulah, sesuatu yang dah dijadikan amalan InsyaAllah jarang kita terlupa.

Ibuhani berkata...

Waalaikumsalam k.ani.....tq ingatkn kalimah2 ni....