Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 18 Julai 2012

Ramadhan Al-Mubarak - Saya Mohon Ampun Dan Maaf




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga semuanya diberikan Allah kesihatan yang baik disepanjang bulan Syaaban dan seterusnya di bulan Ramadhan yang akan datang berjumpa kita sehari dua lagi.

Lama sungguh saya tidak menjengok blog ni dan tidak membuat BW ke blog kawan-kawan. Maafkan saya.  Keadaan dan masa yang terhad menjadikan saya tidak dapat langsung nak mengadap pc ni. Tapi hari ini saya usahakan juga kerana untuk memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan semua sebelum kita sama-sama memulakan puasa di bulan Ramadhan.

Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda. ”Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Semoga semua ibadah kita pada bulan Ramadhan, baik yang wajib mahupun yang sunat, diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.

21 ulasan:

putrylady berkata...

Mohon maaf segala salah silap saya pada kak hanim...
Semoga kita semua dapat beribadah dengan lebih sempurna tahun ini...

makchaq berkata...

Makchaq pun sama.. manalah tau dalam berceloteh tak sedar bahasa yg diguna terlampau ke apa..

sal berkata...

Assalamualaikum kak Ani..Syahdunya nak menyambut ramadhan..
Oleh itu ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

Moga mendapat keberkatan dan rahmat yang melimpah dariNya..AMIIN..

Kakzakie berkata...

Bagaikan cepat saja ramadhan dah datang lagi kan Kak Ani. Kakak pun mohon ampun dan maaf juga.

Moga ibadah kita lebih baik dari yg lepas-lepas. Amin.

che mid berkata...

Salam Ramadhan Kak, Mid pun minta maaf banyak2. Mana tahu ada rezeki kita jumpa raya ni he he

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Saya pun begitu juga kak, maaf atas segala silap dan salah saya..

Selamat berpuasa kak! :)

Aishah Jahirah berkata...

salam ramadhan...
salah silap sepanjang kenal di alam maya saya ambil kesempatan memohon kemaafan...selamat menyambut ramadhan...;)

NzA berkata...

Saya pun sama dengan kak ani..menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya tanpa saya sedari, ada komen-komen yang saya tinggalkan menguris hati dan perasaan kak ani....
Selamat Menyambut Ramadhan.

mselim3 berkata...

sama-samalah saya akak jika akak ucapand dan percakapan saya yang menyinggung perasaan mintaklah kiraan maafkan saya k...

sempena bulan ramadan yang akan menjelang tiba ini.

salam ingatan yang tidak pernah putus dari rakan blog semua...
amin moga akak sihat dan ceria selalu disamping anak2 dan suami tercinta....

Zaitun berkata...

Salam kak ani...saya pun minta ampun dan maaf jika terdapat kata2 saya yang menyinggung perasaan.Selamat menyambut Ramadhan buat kak ani sekeluarga.

Zulkbo zulkboCom berkata...

Salam Kak..
semoga sihat hendaknya seisi keluarga..
kemaafan dari saya juga andai ada salah silap..selamat berpuasa dan menyambut Ramadan kali ini

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...
Selamat menyambuat Ramadhan....saya juga memohon maaf andai ada kesilapan yg saya lakukan....

aby berkata...

salam k hanim ..
wak pun mohon kemaafan dari k hanim sepanjang entri2 wak yg kurang menyenangkan ..
semoga k hanim diberi kesihatan utk menjalani ibadat puasa dgn penuh keimanan ..
ameenn ..

insan_marhaen berkata...

teringat naqib IM ada cakap semalam;

"Ana malu nak cakap ana tak ada masa. tapi tu la..... ana cukup sibuk!"

ibundo berkata...

selamat menyambut ramadhan al mubarak

Kunang-Kunang berkata...

Putrylkadu,

Sama-samalah kita, mudah2an kita dicucuri rahmatNYA disepanjang bulan Ramadhan ini dan sehingga bila-bila. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Sama2lah kita berusaha mendapat rahmat dan pahala sebanyak yang mungkin dibulan yang penuh keberkatan ini. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Memang betul, sekarang ni dari bulan ke bulan, tahun ke tahun cepat sangat masanya. Kata orang waktu dah tak seberkat dulu.

Semoga Ramadhan ini Allah kurniakan kita kesihatan yang baik untuk membolehkan kita beribadat kepadaNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Che Mid,

Mudah2an Ramadhan yang akan hadir ini sempat kita menyambutnya.

Jodoh pertemuan semua ditangan Allah yer che mid.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Semoga Allah beri kita semua kesihatan yang baik dibulan yang penuh keberkatan ini untuk kita beribadat kepadaNYA.

Acik Erna berkata...

salam kak ani..maaf jugak dari acik