Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 2 Julai 2012

Letih




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan blogger.

Hari ni saya rasa letih dan penat seperti daun kering dalam gambar di atas. Seri cantik daun tu dah hilang, gamaknya gitulah juga diri saya hari ini. Semenjak pagi tadi badan merasai keletihan dan mengantuk yang amat sangat.

Hasilnya, hari ni saya tak buat kuih untuk dijual. He he. Namun begitu dalam mengantuk-ngantuk tu saya sempat juga ke pasar untuk membeli keperluan harian. Alhamdulillah letih-letih pun, lauk untuk makan tengahari dah masak.

Saya tahu punca keletihan ini. Ini adalah kerana semalam seharian saya kesana kemari meraikan adik ipar yang datang dari Dungun. Ingat tak pada awal bulan Jun dulu saya ada ceritakan tentang adik ipar saya yang datang mendaftarkan anaknya di UiTM Puncak Alam.

Kesian saya fikirkan adik ipar saya dan isterinya ni. Memandangkan mereka hanya mempunyai seorang anak sahaja, iaitu anak perempuan, tak pernah berjauhan jadi sekarang bila berjauhan, mereka saling rindu-rinduan. Sekarang semenjak si anak belajar di UiTM Puncak Alam.

Jadi, nampaknya dalam tempoh sebulan, ini dah kali kedua mereka le sini. Kebetulam bila search internet untuk mencari tempat tinggal di Puncak Alam, bertemulah dengan sebuah rumah yang dijadikan 'homestay' berdekatan dengan UiTM Puncak Alam.

Jadi saya pun berulang-alik jugalah kesana semalam, Mungkin keletihan inilah hasil dari berkereta sana sini semalam.

21 ulasan:

Kakzakie berkata...

Alahai Kak Ani tak adalah macam daun terkulai tu. Penat sebab ke sana-sini ye. Usah kata yg anak satu yg anak 2-3 pun sama Kak Ani. Bila seminggu-dua tak jumpa rindunya sampai nak tidur pun tak lena..

Farid berkata...

..bawa2lah berehat...muga kak
ani dicucuri rahmat dan kesihatan.

Cikli berkata...

Sayapun penat hari ni sebab tidur lewat. Konon nak tgk bola. Last last bola tgk saya. Pi opis ngantuk ....

~~zana@pb~~ berkata...

Assalammualaikum, kalau bnyk berfikir pun bdn jd letih juga. Kena pula fikirkan yg bukan2....apatah lagi kehulu kehilir seharian. Rihatkan diri ye KK.

azi berkata...

Salam Kak ani...
Akak, letih akak ni, letih berbaloi tau..sikap akak yang meraikan tetamu tu harus dipuji...bukan semua tau orang yang sanggup bersusah payah gitu...:)

p/s..akak, saya dah 3 kali ke Uitm puncak alam tu, adik ipar kat situ..

Kamsiah berkata...

salam
mcm ni la kita...bila usia makin bertambah,kudrat makin berkurang..

Temuk berkata...

As-salam
Untuk diri sendiri, saya selalu ingat, jasad dah gayat, hayat dah lewat, kudrat dah terhad. Tapi bila ada niat, nak juga buat! Bila letih yang "over" mula terasa, hati takut juga.... Itulah, kerja entah apa-apalah, kat keliling rumah.

Anyway, take care!

Aishah Jahirah berkata...

mmg penat kalau ke sana ke mari.nak2 kalau drive sangkut dlm jem ke.xpe letih pun berbaloi....;)

Syimama berkata...

Salam kak.

Lama tidak singgah sini, tetiba terbaca ni, ingatkan akak sakit ... alhamdulillah jika hanya kepenatan. Semoga akan lega sepepas berehat secukupnya.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Begitulah kalau dah senja2 ni tak boleh berlebih aktif sikit pun, adalah part yang tak berapa sihat.

Betul tu kakzakie, kita ni kalau berpisah dengan anak, nak masak makanan feveret dia pun kita sedih.

Kunang-Kunang berkata...

Farid,

Terima kasih doakan kesihatan kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Zana,

Memang kadang2 untuk menjaga hati kita terpaksa korban diri. Tak mahu ada hati yang terluka, maklumlah ipar duai datang sesekali dari jauh, kenalah jagakan.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Kesian tv tu terpasang didepan orang yang dah tidor.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Azi,

Begitulah Azi dan kekalkan kemesraan ikatan kekeluargaan antara kita dan ipar duai. Kalau tak dijaga, ada yang terasa hati, susah pulakkan.

Yerlah, bila kita balik kampong, mereka mereka pulak yang kita tuju, jadi begitulah sebaliknya.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Betul sangatlah tu. Tapi hati tu berhajat nak buat macam-macam. Tak sedar tenaga dah kurang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Temuk,

Betulkan. Kadang2 saya merasa frust sangat bila nak berbuat sesuatu tapi saya tak ada kudrat nak melakukannya sendiri.

Dan paling frust bila minta tolong orang buatkan, orang akan berkata "nanti". Akhirnya benda tak menjadikan pun....

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Nasib baiklah waktu kami berulang alik tu tak jem. Kalau tidak bergandalah penatnya.

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..berkereta ke mana mana sekarang ni memang terasa sangat meletihkan..acik pun sama kak ani..semoga kak ani kembali sihat ye..banyakkan berehat

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Akak pun minta maaflah tak singgah di blog Syimama. Bukan sengaja. Tapi semenjak senarai blog rakan2 hilang dari blog kak ani ni, ada banyak lagi blog rakan-rakan yang tertinggal yang kak ani tak dapat nak senaraikan.

Terima kasih singgah menjenggok. Kak Ani sihat, semoga syimama sekeluarga pun begitu juga yer.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Betul tu. Sebab tu kak ani cukup malas nak ke mana-mana melainkan terpaksa.

Semoga Acik Erna pun sihat sentiasa yer.

ummu berkata...

salam kak ani
memang letih kan kalau multiple purpose yang perlu kita lakukan dlm keadaan kita tak berapa unfit.apapun, inshaAllah semoga keletihan kita tu Allah nilaikan sebagai suatu ibadah amal solehah kita,amin