Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 6 Julai 2012

Jangan Lupa Bawa Balik Emas Yer




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات dan salam hari Jumaat kepada semua kawan-kawan blogger. Hari ni nampaknya kita dah berada di hari ke 16 dalam bulan Syaaban yang penuh keberkatan ini.

Lebih kurang jam 7.30 pagi saya dan suami bergerak ke Kompleks Majlis Sukan Negara di Seksyen 6 Shah Alam untuk menemui Salam. Salam akan ke Pahang hari ni untuk acara sukan SUKMA. Dia mewakil Selangor dalam team pencak silat. Saja berjumpa untuk memberi semangat pada dia dan pasukannya.

Tiba di sana mereka sedang bersedia untuk bergerak ke Pusat Akuatik Darul Ehsan. Mereka akan bergerak ke Pahang dari situ. Jadi dah kebetulan ada disitu dapatlah juga tolong membawa sebahagian dari mereka ke Pusat Akuatik Darul Ehsan. Mereka terdiri dari pesilat-pesilat lelaki dan perempuan.

Yang perempuannya, ala hai!!, comel-comel belaka dan semuanya satu saiz jer badan.











Selamat jalan Salam semoga berjaya dengan apa yang diimpikan


Dari Pusat Akuatik DE tu kami terus balik kerumah. Semoga mereka semua khasnya dan team Selangor amnya beroleh kemenangan dalam Sukan SUKMA itu nanti.

15 ulasan:

Abd Razak berkata...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga kakak sihat hendaknya..

Moga Salam berjaya meraih pingat..

Kakzakie berkata...

Biasa yg aktif nie Kak Ani saiz mereka memang comel-comel, ringan badan boleh melenting-lenting, macam terbang kita tengok.

Moga berjaya semuanya..

sis intan berkata...

welkam to Pahang, Salam. semoga berjaya meraih emas :)

[PCL] berkata...

salam akak, semoga berbahagia selalu...Salam anak akak pesilat negeri selangor ye..semoga dia bawa pulang emas...insyaAllah.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat ya.. dan semoga Salam mendapat kejayaan

Ibuhani berkata...

Waalaikumsalam wbt. Smoga dipermudhkn bg Salam...n hrp k.ani sihat ye...

Maiyah berkata...

salam..

smoga brjya bwa emas

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih pada kawan2 yg singgah dan mendoakan kejayaan kepada Salam dan kawan2 mereka.

Saya mintak maaf tak dapat respon pada catatan kawan2 semu satu persatu.

sonata anak kancil berkata...

Salam - semoga berjaya !

sal berkata...

selamat bersukma dengan silatnya..moga berjaya..

MulutPayau berkata...

semoga mereka berjaya...

Cikli berkata...

Semoga dia berjaya mendapat emas idamannya

ariana berkata...

X silap acara silat kat temerloh kan..kat phg mmg tgh meriah..sy kat Kuantan..mcm2 acara ada..tp sbb sibuk dan kerja x berpeluang pg tgk pun..
Moga berjaya menggenggam emas..tp yg penting semangat kesukanan dan kenangan tu..

Temuk berkata...

KUNANG-KUNANG
Selamat menyambut Ramadhan mulia. Semoga segala amalan sepanjang bulan penuh keberkatan ini diredhai Allah. Juga semoga KK sihat wal'afiat sentiasa. Salam bahagia.

Kamariah Awang berkata...

Salam rindu, kak Ani... Semoga sehat dan bahagia berterusan.