Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 30 Julai 2012

Bubur Lambuk Dan Kek Birthday Erysya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Dah lepas waktu zohor ni, mesti kawan-kawan yang menjadi suri-suri rumah atau yang belum suri lagi tu sedang sebok memasak ataupun sedang memikirkan apa makanan yang hendak di makan ketika berbuka nanti.

Semalam saya sekeluarga berbuka dengan bubur lambuk. Bubur lambuk style Terengganu. Bubur lambuk kami orang Terengganu berlainan dengan bubur lambuk orang di sebalah sini. Bubur Lambuk Terengganu dimasak bersama segala neka sayur-sayuran kampung. Pendek kata apa daun kayu yang boleh dimakan, akan dimasukkan dalam bubur lambuk ni.

Memandangkan saya tidak mempunyai cukup sayur-sayuran kampung jadi saya masukkan apa yang mampu saya dapatkan saja, antaranya daun keledek, daun kesum, daun kunyit dan daun kaduk yang kebetulan memang sengaja saya tanam sendiri untuk tujuan ini. Yang peliknya bubur lambuk ni selalunya kami akan masak dalam bulan puasa saja.

Nampaknya semua suka termasuklah kedua-dua menantu walaupun mereka bukan orang Terengganu. Kena Terengganukan perlahan-lahan termasuk makan budu.



Kebetulan semalam juga disambut hari lahir Eresya yang ke 6. Cucu saya yang kedua. Kakak kepada Muhammad Al Falah yang sekarang berusia 4 bulan. Erysya ni feveret colornya ialah pink hinggakan kek birthday pun warna pink.







Nekma doakan semoga hidup Erysya diberkati Allah selalu dan semoga tercapai cita-cita. Kata nak jadi doktorkan......

13 ulasan:

ieja amieja berkata...

salam kak ani..semoga dikala dan tika ini k.ani beroleh kesihatan yg baik2..ieja kurang ckit mkn bubur lambuk, begitu jg hb dan ank2..makanya kami jarang buat mahupun beli..klu ada org bg mkn jg lah ckit2..
selamat hari lahir jg buat cucu k.ani yg comel tu..semoga tercapai cita2nya suatu hari nnt..

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani.

Saya suka bubur yang ada banyak daun2 kayu kat dalamnya tu. :)

Comelnya Erysya. Semoga memebesar sebagai anak yang solehah. :)

zue berkata...

assalamualaikum kak ani,
lama sy x singgah sini...harap kak ani sihat selalu.

wow sedapnya bubur lambuk t'ganu.

Maiyah berkata...

salam..

x terlewat lagi kan
nak ucap slmt hr lahir :$
meriah le bubur tu
nak try ni bubuh syur2 kan kan

Kakzakie berkata...

Kakak ipar kakak bersuami org T'ganu so kami pun dah biasa makan bubur lambuk yg banyak sayur. Kakak pun sukalah Kak Ani. Siap masuk pucuk paku, pucuk manis dan bagai - sedap sebab kami suka sayur itu yg best.

Happy birthday buat Erysya..

Aishah Jahirah berkata...

slmt hari lahir erysya....
saya suka budu.hee kena dgn tekak.bubur lambuk xpnh masak tak pasti cara masakan sama ke x.

Cikli berkata...

Kalau buka puasa dgn pizza bagus jugak Nekma

MulutPayau berkata...

selamat hari lahir utk si comel erysya.....

Ibuhani berkata...

Mesti harum bau bubur lambuk tu! Happy bday Erysya. Smoga diberkati Allah SWT dunia akhirat

ahmad humairi berkata...

Selamat hari raya buat Nekma dan Erysya.....hepi besday tuyu.

....dah bercucu ni....kena layan cuculah pulakkk...

LYAfrina berkata...

sepanjang ramadhan ni..x jumpa lagi bubur lambuk...

happy birth buat arysha.. moga cita2 nk jd doktor tcapai..sama cam asya.. pon nk jd doc

salam ramadhan kak

ibundo berkata...

harini kakph ingat nak buat bubur. tak taulah lambuk ke tak haha..

happy birthday pada erysha.

mselim3 berkata...

ramadan nie ...x rasa lagi makan bubur lambuk....sedihnya. belum ada rezeki, insaallah kalu ader rezeki dapatlah tu.....