Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 19 Julai 2012

Alhamdulillah - Rezeki



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات kepada semua kawan-kawan. Semoga hari ini juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Sambungan kepada cerita saya membuat sedikit kuih muih untuk dijual dulu, nak ceritalah sedikit perkembangannya. Alhamdulillah, nampak semuanya berjalan lancar, malah sejak akhir-akhir ini adalah juga menerima tempahan nasi dagang dan kuih muih.

Minggu lepas ada tempahan nasi dagang untuk kenduri seramai 100 orang. Komen pelanggan, puashati dengan nasi dagang dan lauknya. Nasi dagang ni lawannya gulai ikan tongkol dan acar mentah (lobak merah dan timun). Masjid berhampiran rumah saya juga dah 3 kali menempah puding jagung daripada saya.

Kali ini saya nak ceritakan tentang semosa ikan saya. Semosa ikan ni pun nampaknya mendapat sambutan. Ada yang nak sejuk beku kerana nak goreng sendiri di rumah dan ada juga dijual setelah digoreng.

Semosa daging disebelah kanan dan semosa ikan disebelah kiri




Ada juga kawan-kawan yang meminta saya menjualnya secara sejuk beku untuk membolehkan mereka menggoreng sendiri ketika berbuka puasa (puasa sunat bulan Syaaban).



Semosa Sejukbeku


Alhamdulillah saya cuba juga menunaikan hasrat kawan-kawan saya tu dan terhasillah seperti di atas. Saya jual semosa ni sama ada daging atau ikan sepeket rm4.00 ada 10 biji semosa di dalamnya.

Pada kawan-kawan yang tinggal di persekitaran Shah Alam kalau nak cuba semosa sejukbeku saya ni bolehlah berhubung dengan saya. Cara penghantaran kita boleh bincang. Yang jauh dari Shah Alam tu, tak mampulah saya. He he bisness pulak pagi-pagi ni.

16 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani.

Alhamdulillah. Murah rezeki Kak Ani.


Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. :)

~~zana@pb~~ berkata...

Rezeki bulan yg mulia, alhamdulillah. Dulu kakpb selalu buat samosa frozen utk jualan. Akk minta maaf juga sempena masuk bulan posa ni ye..

Aishah Jahirah berkata...

alhamdulillah berjalan lancar bisnes akak...moga makin maju....;)

ieja amieja berkata...

alhamdulillah..semoga tempahan berterusan..lbh2 lg dibulan ramadhan nnt kak ani..

Aine Ainun berkata...

Rezeki kak...
Alhamdulillah...

sis intan berkata...

salam kak Ani, agaknya klu org duk puchong nak order...tak jauh mana kan nak gi amik :))

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Alhamdulillah, rezeki Ani.. Kak jauh ni..

Semoga kita dapat bertemu dengan Ramadhan yang dinanti-natikan.. kak mohon ampun dan maaf jika ada kesilapan ya..

sal berkata...

Alhamdulillah..murah rezki akak Ani..good luck kak ani..

Selamat menjalani ibadah puasa..
syahdu menyambutnya..Allah memberi kesempatan kita meniti ramadhan..Sykran..

Zaitun berkata...

Salam kak ani...alhamdulillah tak sia2 usaha yang dilakukan.

Kalau saya order boleh kak ani...adik saya duduk kat Shah Alam.

mselim3 berkata...

Boleh order nie....sedap nie.....alhamdulilah...murah rezeki

a.samad jaafar berkata...

assalamualaikum kak..

samosa tu saya panggil kuih 3 segi hihihi..

selamat menjalani ibadah puasa ye kak..

LYAfrina berkata...

salam ramadhan buat k.ani n family

Temuk berkata...

KUNANG-KUNANG
Salam Ramadhan. Wow, baru tahu KK ada bisnes makanan. Walau wajahnya tak ketara, si nasi dagang berikan tongkol itu memang menggamit. Tentulah juga para samosa.... saya amat suka yang berinti tuna. Semoga lebih hebat bisnes sepanjang Ramadhan & semasa perayaan hariraya nanti. Stay healthy & be happy!

Zulkbo zulkboCom berkata...

salam Kak..
rezeki tu..alhamdulillah
semoga perniagaan maju jaya

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam pada semua kawan2 yg singgah. Semoga kawan2 semua diberikan Allah kesihatan yg baik untuk membolehkan diri beribadat dgn lebih kuat lagi di bulan yg mulja dan penuh keberkatan ini.

Minta maaf sangat2 tak dapat nak menjengok blog sendiri. Dan minta maaf juga kerana tak dapat nak BW blog kawan2 semua. InsyaAllah ada kelapangan saya singgah.

Cikli berkata...

Kalau boleh hantar Kuala Terengganu kan best.