Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 12 Jun 2012

Terapi Mata, Tayang Jap




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Hari ni tak tahu apa yang nak dikongsi. Jadi apa kata kalau kita tengok gambar bunga-bunga yang ada di taman kenit saya sebagai terapi mata,

Gambar lama dari photobucket saya, nak fokus bunganya


Bunga Melur Lapis


Bunga Melur lapis ni saya ada tanam 3 pasu. Saya perhatikan kalau hujan selalu dia akan galak berbunga. Jadi rasanya kalau nak suruh dia berbunga selalu kena siram kerap. Kalau ada bunga kembang kita akan tau sebab harumnya menyapa kita bila buka pintu di waktu pagi.



Pokok Halia Baru


Pokok Halia baru ni saya tanam di tepi pakar taman kenit saya tu. Pokok halia baru ni jenis merebak, tanam sepokok saja, lama-lama dia berkembang.

Gambar dari belas ehsan google






Ros dari pokok sendiri dirumah. Ros kampung saja yang berbunga sepanjang masa.



Bunga Pecah Periok


Pokok bunga pecah periok ni saya tanam ditepi pagi di luar rumah. Terutama di bahagian dapor supaya tidaklah dapor saya nampak jelas dari luar.

Sekian untuk kali ini.

21 ulasan:

[PCL] berkata...

Assalamualaikum,
..tak faham sangat dgn bunga-bungaan nih...suka tp blm cuba utk memanamnya...segar bugar bagai taman syurga la kak.

azi berkata...

Salam Kak ani...
Akak..cantik-cantik pokok bunga yang akak tanam...saya cukup suka tengok pokok bunga kat rumah orang yang cantik-cantik....tapiii...kat rumah saya banyak pokok jenis berdaun saja...he..he...macam "lidah jin"..senang jaga...:)

gadisBunga berkata...

saya paling berkenan dengan melur lapis tu. gebu je bunga dia. :D

Kakzakie berkata...

Bunga melur lapis putih tu rumah kampung kakak tanam atas tanah sentiasa bunga kak ani. Kakak tanam kat pasu tak ada bunga pun. Tangan kakak nie tak sesuai tanam-tanamlah agaknya walaupun kakak suka tanam bunga..

sal berkata...

cantiknya bunga..
hidup subur..
segar bugar..
senang mata melihatnya..

Puan Sue berkata...

assalamualaikum Kak KK...cantik nye bunga bunga di taman..satu bentuk terapi yg amat menenangkan hati bila dpt melihat bunga bungaan ni berkembang terutama d waktu pagi.. Sue selalu ajar si kecik kami supaya ucapkan "cantiknye awak,," kat bunga2 kami tiap kali kami berdua sempat belek belek bunga waktu pagi...

makchaq berkata...

Seronok bila tanaman menjadi
Bunga pecah periok tu sama ke dgn bunga jarum yg boleh makan madu dia tu?

Cikli berkata...

Pecah periuk tu exora ke?

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak...

Moga kakak sihat hendaknya..

Jika di tempat saya bunga pecah periuk tu namanya bunga santan..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PCL,

Bunga2 yg senang dijaga semua tu. Tak banyak kerenah, tinggal siram dan baja saja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Azi,

Pokok berdaun pun cantik menyejukkan mata memandang. Lidah jin tu sebenarnya berbunga. Dulu kak ani pernah tengok pokok lidah berbunga. Bunganya seperti bunga bakong atau seperti bunga buluh taiwan bewarna putih.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Bunga tu kena siram pagi petang dan dibaja selalu baru dia galak berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Cuba dapatkan baja dari kacang soya, letak 2 minggu sekali jangan miss. Ada kawan kak ani letakkan kulit telur. Kak ani belum cuba ingat nak cuba jugak.

Bercakaplah sikit dgn pokok tu suruh dia berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Alhamdulillah subur dan berbunga pokok-pokok itu.

Kunang-Kunang berkata...

Puan sue,

Lama kita tak saling singgah. Terima kasih singgah yer.

Yerlah sue,pokok2 bunga tukan makhluk Allah yg hidup jadi elok sangat jika kita bercakap2.dgn dis, memujinya dan membelainya.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Mungkin juga, bunganya seiras dengan bunga kiantan. Di rumah kak ani ada warna kuning, orange dan merah.

Kunang-Kunang berkata...

Cikli,

Betullah tu, bunga pecah periok ialah bunga ixora.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Abd Razak,

Kak ani sihat Alhamdulillah. Akak doakan Abd Razak juga begitu yer. Oh bunga santan.

Disini ada sejenis lagi bunga yg exactly bunga ni cuma daunnya kecil2 dinamakan hunga kiantan.

Nida berkata...

Wanita dan bunga sukar dipisahkan.. tapi kalau kami terbalik pula cik suami yg suka tanam pokok bunga...hehe

azi berkata...

Salam Akak...
Singgah lagi..he..he..
betul akak, Pokok tu memang berbunga ..bunga dia warna kuning lembut bentuk memanjang..kat rumah saya banyak kali juga dia keluarkan bunga...

Acik Erna berkata...

Assalamualaikum kak ani..memang cantik..terima kasih..
melur tu jiran acik tanam..memang berbunga sentiasa acik tengok