Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 23 Jun 2012

Apa Ada Di HatiNya,





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Sekarang kita dah berada dalam bulan Sha'aban. Nampaknya bulan Ramadhan dah makin hampir.

Maaflah lamanya saya tak masuk ke blog saya ni dan jalan-jalan ke blog kawan-kawan.  Saya cuma sempat singgah mana yang sempat saja.  Maaflah pada kawan-kawan yang tak sempat saya singgah.  Sejak ada kerja baru ni, saya langsung tak ada masa nak mengadap pc. Bila kuih-kuih dah dihantar ke tempat jualan, saya rasa mengantuk. Jadi masa terluang saya ambik kesempatan untuk berehat. Saya belum pandai nak adjustkan masa.

Kali ni saya nak cerita satu peristiwa yang saya alami ketika membelibelah di Maidin Seksyen 18, Shah Alam. Saya rasa saya perlu berkongsi kisah yang berlaku dengan kawan-kawan supaya kawan-kawan berhati-hati bila membeli belah tak kiralah di mana pun pasaraya.

Kisah ini berlaku kira-kira 3 hari lepas.  Ketika saya sedang menghulurkan resit belian saya kepada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk Maidin tu untuk dicopkan, tiba-tiba saya telah datangi oleh seorang lelaki dalam usia 40an dengan cara tergesa-gesa dan terus meminta kad dari saya, "mintak kad, mintak kad sambil menghulurkan tanganhya meminta kad daripada saya",.  Saya pelik, mulanya saya fikir dia orang Maidin, tapi saya tanya juga "kad apa", dia jawab "kad Maidin, awak ada kad Maidinkan, saya beli barang banyak tu, minta kad".

Pengawal keselamatan tu pun terperanjat bila dengar dia cakap macam tu.  Nasib baik saya sempat berfikir, memanglah kalau saya beri kad saya pada dia, secara dasarnya saya akan dapat 'point' dari beliannya,  maksudnya dia berniat nak berikan point beliannya kepada saya.  Tapi saya ni bukan jenis 'heran' sangat dengan 'point' tu, jadi saya terus jawab "saya tak nak.saya nak cepat", terus saya berlalu dari situ menuju ke kereta yang mana suami sedang menunggu.

Mentang-mentang dia nampak saya sorang diri terhegeh-hegeh bawa barang, dia ingat saya kelabu mata bila dibuat begitu.

Balik ke rumah saya berbincang dengan anak-anak dan suami peristiwa yang berlaku. Kata menantu saya yang pernah bekerja di Jusco, katanya orang yang macam ni selalunya akan minta kad keahlian kita dan kemungkinan dia akan menggunakan kad kredit palsu atau kad kredit curi untuk membayar selepas pihak casher scan kad keahlian kita.   Jadi bila timbul masaalah dan  disiasat nama kita akan naik kerana kad keahlian kita yang digunakan.

Itu andaian kami, atau mungkin ada rancangan lain yang dirancang.  Kalau orang tu orang yang baik, dengan pakaian yang segak dan bergaya dia tidak akan merendahkan maruahnya meminta kad keahlian orang lain sekadar nak beri point beliannya pada seseorang yang tidak dikenali.  Cara dia meminta kad tu  begitu mengejut dan tidak memberi kita ruang untuk berfikir.  Dia juga ingin menyakinkan pengawal keselamatan tu supaya berfikir dia datang bersama kita.  Maksudnya ada pertalian.  Tak semua orang ingin sangat pada 'point' yang akan diperolehi.

Jadi pada kawan-kawan berhati-hatilah yer kalau terserempak orang seperti yang nak pinjam kad saya tu.


Semoga Allah jauhkan kita daripada ditipu oleh insan yang berhati jahat begitni"

39 ulasan:

insan_marhaen berkata...

Kekadang, di saat 'cepat kena buat keputusan ini' kita kena tepat pula tindakannya!

Puan Sue berkata...

elok juga kak KKtak bagi org tu pakai kad akak,, kita tak tahu kalau kalau ada hidden agenda..

kakcik berkata...

Seperkara lagi, dibimbangi selepas bagi point dia minta duit pulak!

sal berkata...

Nasib baik kak Ani beritahu..
jadi lain kali berhati-hati, tak terfikir pekara2 spt ini boleh terjadi..mekasih kak ani..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga kakak sihat hendaknya..

Terima kasih atas peringatan dari kakak. Sekurang-kurangnya saya boleh beringat dengan apa yang berlaku kepada kakak.

mselim3 berkata...

Nasib akak x kasi kad kat orang yang x kenal tu kan?....
Syukur lah , takut pape terjadi bukan kita tahu kan....xper janji beringat aje,,,k .

pls; Hati2 kak rambut sama hitam , hati lain-lain warnanya...

azi berkata...

Salam Kak Ani..
Macam-macam perangai manusia yang tak boleh dijangkakan...semoga kita semua berhati-hati dan dijauhkan dari perkara yang tak diingini...

makchaq berkata...

Bukan nak bersangka buruk, tapi zaman sekarang memang kena sentiasa berhati2 dan berwaspada.... Semoga kita sentiasa dlm perlindungan Allah...

ainnoraini berkata...

Tima kasih kakani...
Sebab zaman sekarang manusia susah nk dipercayai, byk yg hendak menipu jer...

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Dalam keadaan begini kita jangan terikut sama gopoh macam org yg buat tu. Relaks.

Kunang-Kunang berkata...

Sue,

Kak ani pun tak sangka perkara2 seperti ini pun terfikir oleh org yg suka menyusahkan org ni.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Tulah hingga pada peringkat terkejut kita utk memikirkanya.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Sama2lah kita beringat. Mudah2ankita sentisa dilindungi.

Kakzakie berkata...

Macam-macam hal sekarang nie Kak ani. Kadang kalau yg tak peka memang tak sedar dan terkena. Selau org macam ni sedia di depan pintu keluar shopping kompleks..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Kak Ani Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik. Kak Ani doakan semoga Abd Razak jua berada dalam keadaan yang sihat.

Zaman sekarang ni, kadang perkara2 yang tak baik ni dilakukan dengan cara yang tak terfikir dek otak kita orang biasa ni. Bijak tak bertempat.

Kunang-Kunang berkata...

Selim,

Alhamdulillah Allah berikan kak ani membuat keputusan yang tidak menyusahkan kak ani.

Kena lebih berhati2 lain kali.

Kunang-Kunang berkata...

Azi,

berdoalah kita selalu supaya kita dilindunganNYA daripada angkara orang-orang yang berniat tak baik pada kita ni.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Sungguh tu, kita kena extra berhati2 dalam apa juga keadaan pun.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari angkara mereka yang berniat jahat ni.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Bijak yang diberikan Allah kepada mereka disalahgunakan.

Sekarang ni menjadikan kita takut nak mempercayai orang. Orang kita kenal pun boleh kelentong kita.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Itu yang membuat kita menjadi takut nak kemana-mana bersendirian. Apa lagi orang macam kak ani yang tak berapa cergas ni. Takut juga.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Itu yang membuat kita menjadi takut nak kemana-mana bersendirian. Apa lagi orang macam kak ani yang tak berapa cergas ni. Takut juga.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Kadang-kadang dalam kita berhati-hatipun terkena juga. Syukur Ani dapat buat keputusan yang baik ini. Ya kita tak tahu apa yang ada di hatinya.

ajak berkata...

asalam .. kak .. sama sama lah kiter ambik iktibar ... macam macam skrang nie kan ..tq

Kunang-Kunang berkata...

Waalaimussalam Ajak,

Betu, sekarang ni di mana-mana pun kita kena berhati2.

Cikli berkata...

Apa bersungguh sangat dgn point maidin tu.

ckLah @xiiinam berkata...

Macam macam cara orang nak menipu dan mengena ya kak....

LYAfrina berkata...

y pasti..mmg kt msti bhati-hati dgn org2 sekeliling kt..adakala nmpak baik..tp di hati??

apa2 pon.moga kt dilundungi n dijauhi oleh mnusia bhati busuk..

Zaitun berkata...

Salam kak ani...semoga kita sentiasa dilindungi yang maha Esa.

Nur-nba berkata...

Assalamualaikum Kak Ani.. Lama Nur tak singgah ke mari.. Bagus ingatan akak ni. Nur pun tak tahu tentang ni..

Boleh Nur mohon izin untuk linkkan entri ini di blog? Terima kasih banyak Kak Ani... :)

Hanis Azla berkata...

mmg sgt mencurigakan caranya itu.. skrg ni mmg kena lebih berhati2 kan kak.. lebih2 lagi dgn org yg tidak kita kenali.. mungkin niatnya baik, tapi berjaga2 tentunya lebih baik..

Deru Ombak berkata...

Terimakasih berkongsi cerita. :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Harap akak sihat yer.

Saya ni memang jenis susah sikit nak percaya pada orang yang tak dikenali. Sebab tak masuk akal langsung cara dia tu.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Tulah dia ingat kita ni hadap sangat dengan point Maidin tu.

Kunang-Kunang berkata...

CkLah,

Memang pun. Kadang2 kita rasa pelik sanggup buat macam tu. Pakaian bukan main segak lagi, lagak orang ada duit.... tapi sanggup kejar orang nak bagi point. He he....

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Betul tu!! berhati-hati bukan dijalanraya saja kan, di mana jua berada.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Itulah harapan kita, semoga Allah lindungi kita semua dari segala tipu helah mereka yang ada niat tak baik ni.

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Sekarang ni buat kita keliru antara orang yang jujur dengan tidak.

Apa pun berhati-hati cara terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

Nur-nba,

Tak aper ni kan dah singgah. Kita ni memang macam tu, masa terhadkan.

Kunang-Kunang berkata...

Kakya,

Sama-sama, sekadar untuk kita lebih berhati2.