Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 14 Jun 2012

Harap Doakan Saya ......



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Sekarang ni saya dah ada aktiviti baru. Ia memenatkan tapi tak aperlah saya cuba teruskan tengok bagaimana kesudahannya. Larat ker saya.

Kisahnya, setiap kali saya melintasi kawasan masjid di taman perumahan saya, saya sering terpandang satu notis kecil yang memerlukan pembekal kuih muih, anika jenis mee dan apa saja yang dirasakan boleh dijual di kawasan Masjid berkenaan. Saya juga selalu membeli kuih-muih dan nasi lemak bungkus di sini. Kalau lambat datang membeli, contohnya jam 7.30 pagi baru kesitu, jangan haraplah ada kuih lagi, semuanya habis.

Dah lama tergerak hati ingin mencuba letakkan kuih muih saya disitu.  Lagi pun semenjak bersara ni saya tak ada apa perkara pasti yang saya buat.  Saya tanya pada Pak Haji penjual kuih tu, bolehkah saya hantar nasi dagang dan kuih-kuih saya di situ. Pak Haji tu setuju. Nasib baik suami saya setuju dengan apa yang saya nak buat, malah dia tolong menghantarkan kuih muih tu pada Pak Haji berkenaan setiap pagi sebelum subuh on the way ke masjid,.

Jadi mulai hari Isnin lepas saya mula meletakkan nasi dagang bungkus dan kuih-kuih yang saya buat digerai berkenaan.

Nasi dagang ni saya bungkus


Semosa Ikan


Semosa ikan ni adalah karipap ala Terengganu dipanggil semosa. Tapi saya ubahsuai menggunakan kulit popia, tak larat nak uli tepung buat kulit karipap.

Puding Jagung


Cucur Badak, tapi tak letak udang di atasnya


Saya letakkan nasi dagang dan sedikit saja kuih muih di situ kata orang untuk test market. Hari pertama semua habis. Hari kedua juga macam tu. Hari ketiga ada sikit-sikit yang tak terjual dan hari ini pun ada sikit-sikit yang tak terjual, biasalahkan, 'berniaga' takkan selalu jualan habis.

Perkembangan positif, hari Ahad ni, pihak masjid minta saya buatkan 150 keping puding jagung. Mudah-mudahan ini satu permulaan.

Anak-anak tak menegah saya membuat kuih muih jualan ni malah menyokong, tapi mereka bertanya, 'untung' ker saya. Dan mereka bimbang saya tak larat.

Tak aper saya mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya. Mana tahu ada orang sudi order nasi dagang dari saya untuk jamuan raya besok, rezeki kita tak tau kan.

Doakan saya berjaya dengan apa yang saya lakukan ini.

24 ulasan:

ariana berkata...

Asmkm kak . Bagusnya.. Nmpk sedap sgt n.dagang dan kue samosa tu.. Kalau dekat nak saya singah beli ni..

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..mudah2an kak ani sentiasa sehat supaya boleh mneruskannya..mesti seronok kan kak ani

ckLah @xiiinam berkata...

Semoga berjaya. Amin.

azi berkata...

Salam Kak Ani...
Saya doakan agar akak diberikan kesihatan yang baik oleh Allah dan dapat meneruskan jualan kuih muih tu...:)

p/s nampak sedap kuih samosa tu..kalau dekat, mungkin saya pelanggan yang terawal membelinya...he..he..

kakcik berkata...

InsyaAllah Kak Ani.

Kalau Kak Ani buat dengan ikhlas dan 'penuh kasih sayang', usah Kak Ani itu tidak akan sia-sia. :)

Deru Ombak berkata...

Salam ...
Sangat bahagia membaca aktiviti baru kak ani. Kakya sokong sepenuhnya dan sudah tentu mendoakan usaha kecil2an ini membawa berkat. Sikit2 lama2 nanti akan berkembang, insyaallah. :)

Aishah Jahirah berkata...

saya doakan berjalan lancar bisnes akak...insyaallah...perniagaan yg xpnh rugi ialah makanan.mcm mana pn org ttp nak mkn.kalau dah bertambah maju nanti mungkin blh ambil pembantukan kalau rasa tak menang tangan..:)

aby berkata...

salam k hanim ...
semoga berjaya sebagai ushawan sajian .. bermula dgn buat sendiri ..
lambat laun buat guna mulut bg arahan jer, yg guna tangan adalah pekerja2 ..
pernah rasa nasi dagang kt hanim ..
memang sedappp

Kakzakie berkata...

Alhamdulillah... kakak dari jauh doa dan sokong penuh aktiviti Kak Ani ini. Sebenarnya kakak rasa aktiviti ini boleh membuat Kak Ani lebih sihat dan cergas. Ada keseronokan, ada ganjaran dunia dan akhirat.

Tahniah. Teruskan Kak Ani...

Aju Mohit berkata...

Alhamdulillah semoga usaha Akak membuahkan hasil, seronoknya klu Ada kemahiran mcm ni, campak mana2 pon boleh hidup kan kak, mcm kakak saya ;), kalau boleh saya pon nak rasa air tgn akak

Pn Kartini berkata...

InsyaAllah kakAni..:)
Moga Allah berikan kak Ani kesihatan yang baik serta kemudahan buat kak Ani..:)
Rajin kak Ani..:)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..:)

Moga kakak sihat hendaknya..

Selamat berjaya, moga Allah permudahkan...saya suka cucur badak

makchaq berkata...

Saya doakan semoga kak Ani dimurahkan rezeki dan di berikan kesihatan untuk teruskan usaha ni.
Bila ada yg nak dibuat mesti kita tambah semangat

makchaq suka nasi dagang dan samosa

JunAina berkata...

Buat sekadar mampu, insyaallah kalau kita buat secara ikhlas akan murah rezeki.

sis intan berkata...

salam kak, nasi dagang pure terengganu tu kan... :))

che mid berkata...

Salam.. teruskan usaha tp jaga diri ok..

sal berkata...

kalau kita minat..insyaAllah dpt dilakukan dengan jayanya..moga dipermudahkan urusan..

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih pada semua kawan2 yg mendoakan kak ani.

Kak ani juga mengharapkan agar Allah berikan kesihatan yg baik pada kak ani. Tspi seandainya kedihstan terjejas kak ani tak kan paksa diri.

Kesihatan paling perlu.

Farid berkata...

Salam kak
...kalau dekat mau saya menerjah ke sana...nak merasa air tangan akak...mesti sedap...mudah2an berjaya dalam bisnes yang baru akak ceburi ini.

mselim3 berkata...

Sedapnya samosa,cucur badak dan nasi dagang...pehhh...terliuh lah...hehe..

pls: Terasa lapar lah pulak...

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...

semoga kak ani diberi kesihatan yg baik utk meneruskan usaha tersebut....

Sedapnya nasi dagang...

Amie berkata...

Insya-Allah Kak Ani, perjalanan yang panjang dimulakan dengan langkah pertama... mudah2an usaha Kak Ani akan berhasil.

fuad ansari berkata...

nampak sedap je tu.. kat mana sy boleh membelinya, ye? (",)

sy rasa masih ok lagi kerja macam tu.. sekurang2nya tak sukar utk bercuti.. kalau kerja seperti mengasuh anak orang, mungkin sy kurang setuju.. cuti pun susah.. orang pencen kena bagi rasa nikmat bercuti bila2 masa sahaja yg mereka perlukan.. (",)

S..U..D..@..I..S berkata...

semoga usha murni berjaya..sy suka samosa ituu....