Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 3 Jun 2012

Pesan Nenek



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Laju sungguh waktu berlalu, sekarang dah 13 Rejab. Dah dekat nak purnama. Semoga kita diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat menambahkan ibadat di bulan Rejab yang mulia ini.

Dibulan yang berkat ni mari kita sama-sama bercerita sikit mengenai zikir. Zikir ni elok sangat diamalkan sama ada zikir panjang atau pendek, terpulanglah kepada masa dan kemampuan kita. Seperti kata ulamak iman kita ni ada masa ia naik dan ada masa ia turun. Jadi semoga dengan sentiasa berzikir ni mudah-mudahan hati kita akan sentiasa mengingati Allah.

Seperti kita tahu amalan berzikir memang dituntut sebagaimana firman Allah s.w.t. mafhumnya: "Maka ingatlah kepada Ku supaya Aku pula ingat kepada mu (surat Al-Baqarah ayat 152). Alangkah beruntungnya mereka yang boleh membaca zikir dalam bahasa arab apa lagi jika mereka mempunyai ingatan yang kuat sehingga boleh menghafal zikir-zikir tu.

Beruntungnya kita seandainya selepas sholat maghrib atau subuh atau selepas semua sholat fardhu yang kita kerjakan tu kita dapat luangkan sedikit masa untuk membaca zikir-zikir al-Ma'thurat iaitu zikir-zikir yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w., membaca manzil dan sebagainya.

Berdoalah selepas sholat. Jangan selepas sholat terus bangun. Tingkah laku begini menunjukkan seperti kita sombong dengan Allah, dibimbangi perbuatan kita itu seolah-olahnya kita rasa kita sudah mempunyai segalanya dalam hidup kita tanpa perlu bantuan Allah s.w.t. lagi. Tak sempat berzikir pun paling tidak kita berdoa.

Pilih zikir yang tertentu dan istiqamahlah dalam mengamalkannya. Zikir boleh mententeramkan hati dan mencukupkan kita daripada kekurangan,. InsyaAllah dengan berzikir, Allah akan mengurniakan keikhlasan dalam jiwa kita untuk menghadapi pelbagai ujian dan cabaran dalam kehidupan yang serba mencabar ni.


Zikir yang diajar oleh Rasulullah kepada puterinya Sayidatina Fatimah r.h.a. ketika Sayidatina Fatimah mengadu kepada Baginda kesusahan beliau dalam menguruskan rumahtangganya dan memohon mendapatkan seorang pembantu.

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya "Wahai anaku Fatimah, inginkah ayah berikan kamu sesuatu yang lebih baik daripada itu". Bacalah tasbih (Subhanallah) sebanyak 33 kali, tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan takbir (Allahu Akbar) 34 kali". Selepas mengamal zikir tersebut Sayidatina Fatimah r.h.a. merasakan dirinya terlepas daripada bebanan yang ditanggung beliau. Jom kita amalkan juga zikir ini dalam kehidupan kita.

53 ulasan:

makchaq berkata...

Saya ni biasanya sempat zikir pendek tu saja kak ani.. tak tau apa yg tak sempat... dulu2 selalu jugak zikir mathurat..
Terima kasih kak ani, bagi semangat balik...

ainnoraini berkata...

Terima asih kakain...saling ingat mengingati...

Selamat berhujung minggu ye kakani...

Aju Mohit berkata...

Selalu bila tiba hari "cuti" barulah tingat nak bzikir, sememangnya ia wajib menjadi amalan harian kan kak

Kump. Abang2 Keluar UMNO berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
maiyah berkata...

Assalamualaikum..

zikir akan menenangkan hti ;)

insan_marhaen berkata...

IM pasang Mathurat kat komputer bila masuk ofis pagi-pagi...

sal berkata...

Terimakasih kak Ani di atas pesanan ini...

dh pertengahan rejab ye..cepat masa berlalu..nak sambung puasa setelah hari bekerja dah tak de jemputan..

izan mama mia berkata...

tq kak ani...berkongsi info...

Queenie berkata...

terimaksihkak Ani...
moga dpt dimanafaatkan bersama...

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Apa nak dibuatkan. Ketika masih bekerja, apa lagi ada yg masih bersekolah, selepas sholata subuh memang susah sikitlah nak berlama di tikar sembahyang. Buatlah mana yg sempat.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Sama2 ain, semenjak pencen ni sentiasa jer rasa har cuti, kadang2 terlupa hari apa, apa lagi haribulan. Nampaknya sebok macam masa kerja jugak.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Bagus apa yg Aju amalkan tu. Memandang mas "cuti" kita boleh membaca alquran.

Tapi mana ayat quran yg aju dah hafal boleh baca dan nilah ia sebagai zikir.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah.

Insyaallah hanya pada dia kita mengadu dan mohon pertolongan

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Bagus amalan tu. Semoga Allah memudahkan urusan kita setiap hari.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Sama2. Sekarang ni boleh dikatakan pada setiap sabtu dan ahad ada jemputan kenduri kawin.

Kunang-Kunang berkata...

Izan,

Terima kasih singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

Sama2 sekadar saling berkongsi.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak ani...
Terima kasih atas prkongsian ...

Acik Erna berkata...

assalm kak ani ..terima kasih..insyaallah

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Ani,

Betul sgt iman kita ni ada pasang & surutnya... Terima kasih atas perkongsian ini... Insya'ALLAH marya cuba amalkan mana yg mampu... istiqamah itu yg penting :)))

ummu berkata...

Salam kak ani
sebentar saja kan masa berlalu,pejam celik pejam celik rejab datang lagi.ramadhan pun dah tak lama ....
rupanya dah lama juga kita sembang dan bertemu tanpa wajah dan suara di blog kan kak,tak silap saya sejak tahun 2009 dulu.masa tu saya punya banyak masa berjalan tinggalkan komen di blog akak dan kawan2 sebab saya cuti (CTG).
apa pun terima kasih atas sokongan akak dan tazkirah akak di sini.wassalam

Kakzakie berkata...

Kakak kat tempat kerja memang tak boleh buat banyak kak ani - kalau di rumah insya-allah bolehlah...

inazamri berkata...

ina selalu baca zikir pendek je kalau time hari kerja.terima kasih kak ani sudi kongsi ilmu/tazkirah pada kami semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Marya,

Semoga Marya sekeluarga sihat.

Yerlahkan, kita ni manusia biasa. Kadang2 kita up kadang2 kita down. Jadi kenalah kita selalu mendengar ceramah2 agama tak kiralah kalau dari cd atau apa, janji hati kita selalu diingatkan.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Sama-sama. Kak ani sekadar berkongsi apa yang tahu sikit sebanyak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Sama-sama sekadar untuk renungan bersama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,
Kak Ani doakan Ummu sihat dan ceria selalu yer.

Yer sekarang ni masa memang cepat rasa bergerak dari sehari ke sehari. Ini mungkin kerana kesibukan kita seharian.

Betul tu Ummu kita dah mula berkenalan di maya ni mulai tahun 2009 lagi. Semoga ukhwah ini berpanjangan.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Betul tu, seperti nak buat sholat dhuha dalam waktu kerja, tak kena rasanya sebab sepatutnya waktu tu kita bekerja dan kita dibayar gaji.

Kita buat setakat yang kita terdayalah rasanya.

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Ada ustaz tempat kak ani belajar tu beritahu, kata sebolehnya setiap kali selepas sholat, kalau tak boleh berwirid dan berzikir panjang, tapi jangan lupa bacakan alfatihah dan ayat kursi serta 33x subhanallah, 33x Alhamdulillah dan 33 kali Allahu Akbar dan berdoa.

LYAfrina berkata...

bzikir blh dilakukan bila2 masa n d mana-mana saja.

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum auntie..

cam lana auntie, tak sure lana buat ni salah ke tak..tapi kalau lana susah sangat nak tidor, atau dalam ketakutan, lana buat ikut apa yang baginda pesan..tpi, kdg2 berterabur..hee..

urmm, pa pun, terima kasih kerana saling ingat mengingatkan..

#terima kasih juga untuk kata2 semangat berkenaan dgn pendakian bukit broga..hee, bermacam2 gaya mendaki n menurun tadi auntie..letih, tpi alhamdulillah,selamat semuanya :)

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Betul tu, dimana-mana seeloknya hati sentiasa berzikir.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Lana,

betullah tu apa yang Lana buat. Zikir ni maksudnya ingat, jadi bila kita berzikir tu bermakna kita ingatkan Allah.

Dengan cara itu mudah2an Allah sentiasa juga ingat pada kita.

Deru Ombak berkata...

Alhamdulillah..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam rahmat kasih sayangNya.

Tak rugi sentiasa ingat Dia dalam apa keadaan sekalipun.. banyak ruang dan peluang yang Dia berikan kepada kita untuk sentiasa ingat kepadaNya.. tenang bila sebut namaNya.. insyaAllah.

Lynn berkata...

Allahuakbar kak...dalam keadaan lynn yg sunyi dan kosong nie..rasa tersentak bila membaca blog akak..sungguh kdg2 kita lupa untuk tenangkan hati dengan berzikir...tq sebab sedarkan lynn dan yg lain..suami kat kota kemuning..keje kat shah alam..lynn dah setahun setengah kat Penang..sedih kak..memang mak abah, anak2 dgn lynn..tp lynn dah 8tahun setengah hidup dgn dia..sian anak2..tengah try untuk mohon pertukaran harap2 tak ada masalah..huhuhu..sedih pulak..hehehe...

Kunang-Kunang berkata...

Kakya,

Semalam akak cuba berkali untuk singgah blog kakya, tapi tak tahu aper sebabnya line tak clear agak.

Pagi tadi ke TM semak sama ada line kena potong, tapi TM kata tak, tadi balik rumah suruh suami kodek2 sikit modem, Alhamdulillahlah nampaknya ni.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Werdah,
Saya sihat kak semoga kak Werdah pun sihat juga.

Memang kita sepatutnya sentiasa ingat pada dia, tapi kadang2 tanpa sedar kita terlalai.

Semoga Allah ampunkan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Lynn,

Memang perkahwinan jarah jauh ni begitu menguji keimanan suami isteri. Kedua2 kena tabahkan.

Berdoalah sentiasa semoga satu hari nanti Lynn sekeluarga akan dapat hidup dibawah satu humbung.

ariana berkata...

Asmkm. Moga K.ani sihat dan berbahagia..maaf, lama x singgah,ternet problem..:)
Dlm x sedar dah bln Rejab ye..sempatkah kita ke bln Ramadhan dan Syawal..Ya allah..

Temuk berkata...

As-salam KK
Zikir yang Rasulullah ajar kepada puterinya itu memang membantu. Insya-Allah, setiap kali selepas membacanya, terasa ringan kita daripada belenggu pelbagai kekusutan. Semoga KK dan famili sihat berpanjangan.

ajak berkata...

asalam ... kak ... ingatan yang baik turr untuk diri saya ...tq tq

Kamsiah berkata...

zikir..amalan yg boleh dilakukan dimana2,bila2 masa...berzikir dalam hati..

S..U..D..@..I..S berkata...

zikir tu yg hebat untuk jadi kuat fizikal dan rohani
info terbaik

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ariana,

Tulah kak ani teringat jugak, lama Ariana tak singgah dan tak nampak blog Ariana aktif.

alhamdulillah dah okey sekarang.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Temuk,

Apa yang diajar dan disarankan oleh Rasulullah mesti baikkan. Sebenarnya zikir tu ada yang kata elok diamalkan sebelum tidur jadi bila bangun kita terasa bertenaga.

Terima kasih, kami semua sihat. Semoga saudara Temuk sekeluarga pun begitu juga, InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Betul tu seharusnya begitulah kan, hati sentiasa ingat kepadaNYA supaya kita tak lalai.

Kunang-Kunang berkata...

Sud@is,

Betul tu, dengan mengingatkan bahawa Allah maha kuat dan maha segala2nya.

Kunang-Kunang berkata...

Ajak,

Sama-samalah kita berusaha kearah itu.

Nur-nba berkata...

Assalamualaikum Kak Ani.. Bagus ingatan dari Kak Ani ni.. Amalan berzikir memang dapat memberi ketenangan hati... Moga kita senantiasa ingat padaNya.

aby berkata...

salam k hanim ...
ada banyak pilihan zikir2 ..
tujuan banyak pilihan zikir adalah disebab kita dapat memilih yg sesuai dgn jiwa kita .. membuat pilihan yg sesuai adalah lebih baik dari mengamal satu tp mendatangkan kebosanan ..
apapun kalimah toyyibah adalah sebaik baik zikir ..
ianya umpama nasik bagi kita ..
yg lain2 umpama makanan2 sampingan yg lain ..
sbb tu tiap kali berzikir semasa tahlil mesti disebut.
afdalul zikri atau sebaik baik zikir .. laaaillahaillullah ..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur-nba,

Sekadar perkongsian mana yg baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Kak ani ni kurang pandai tentang zikir2 ni. Kak ani amalkan yg lazimnya saja.