Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 8 Jun 2012

Datang Bertamu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Apa khabar kawan-kawan semua di hari Jumaat di bulan yang mulia ini. Semoga semua bahagia sentiasa.

Sehari dua ni merupakan hari-hari yang agak sibuk bagi saya. Semenjak hari Jumaat lepas adik ipar saya dari kampung datang untuk mendaftar anaknya bagi kursus asasi di UiTM Puncak Alam. Jadi dah kebetulan di sini, kami pun sama-sama menziarah adik beradik suami yang lain.

Semalam pula dari sebelah pagi hingga jam hampir 3.00 petang saya berada di PPUM untuk berjumpa doktor bagi rawatan penyakit tetap saya ni. Tak tau apa sebabnya semalam ramai betul orang yang berurusan di PPUM tu.

Setiba di rumah kira-kira jam 3 petang lebih kurang, kami bergerak menuju ke UiTM Puncak Alam untuk menjemput anak saudara suami yang baru selesai menjalani minggu 'suaikenal' untuk balik ke Dungun sehingga Ahad ni.

Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki di Kampus UiTM Puncak Alam. Boleh tahan besar dan cantik kampusnya. Inilah satu dua gambar yang sempat saya rakamkan dengan h/set saya.







Salah satu Asrama pelajar


Sebaik keluar dari kampus ni kami terus menuju ke arah Batu Cave melalui Lebuhraya Duke dan terus ke Tol Gombak. Hingga disini kami mengucapkan selamat jalan pada adik ipar sekeluarga dengan doa selamat tiba di Dungun. Semoga jumpa lagi.

22 ulasan:

Mila@Rimbun berkata...

tak pernah g jugak ke uitam puncak alam sana, tp dengar cerita mmg cantik n besar

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Samalah kita ni.. Sehari dua agak sebok. Ada saja yang perlu diselesaikan. Harap tak lupa makan ubat supaya sehat Dan tidak rasa sakit. Insyaallah.

ummu berkata...

Salam Kak Ani
cantiknya pemandangan di Puncak Alam tu.cam sesuai nama tu pula dgn tempat ...

akak balik Dungun juga ke?hati2 ye

Maiyah berkata...

waalaikumsalam..

sy x prnh pegi..
jga kesihatan ya.. jgn ssh2 hti.. Allah brsama kita ;)

sis intan berkata...

salam kak...dah ada UiTM Puncak Alam ye...nmpk memang cantik..

Cikli berkata...

Laluan menuntut ilmu itu manis walaupun terkadang pahit.

MulutPayau berkata...

Jaga kesihatan ya kak....

Acik Erna berkata...

ssalam kak ani..bukn di PPUM je kak ani..di klinik kesihatan pun ramai..
dari kol 2 sampi 4.30 baru selesai..

makchaq berkata...

Tahniah utk anak saudara yg dapat sambung belajar..

Sekarang ni kata kawan2 saya hospital berbayar pun jenuh menunggu..apa lagi kita yg ke hospital kerajaan ni..

apa2 pun jangan lupa makan ubat..

Kunang-Kunang berkata...

Mila,

Sekali imbas macam di genting highland.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakya,

Bila terlalu aktif memang kak ani rasa penat. Tapi seronoklah bila saudara mara datang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ummu,

Mudah2an dengan bangunan yg gah begitu dan udara yg nyaman, persekitaran yg cantik dapat memberi ketenangan pada para pelajarnya utk tumpukan perhatian pada pelajaran.

Kak ani tak balik ke dungun cuma tunjukkan jalan pada adik ipar sebab dia kurang arif jalan keluar ke gombak utk balik ke dungun.

Kunang-Kunang berkata...

Maiyah terima kasih. Kak Ani harap Maiyah juga sihat2 saja yer.

Kampus baru, dengar ceritanya di sini terletak fakulti perubatan uitm.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Intan,

Ada dua kampus uitm di kawadan ini. Dalam perjalanan ke puncak alam kita akan bertemu dulu dengan uitm utk pelajar IT (kalau silap maaf yer) iaitu di puncak perdana.

Kunang-Kunang berkata...

Bdtul tu cikli, ilmu perlu dicari.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih MP. Begitu juga dgn MP yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Tulah. Lagi banyak hospital dibina pun masih tak boleh menampung keperluan org2 yang sakit.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Terima kasih. Betul kata makchaq tu, kadang2 kalau baca surat khabar berapa kali habis pun belum tentu nama naik.

Pn Kartini berkata...

assalamualaikum kak Ani..:)

Boleh jugak tinie tgk gambar UiTM puncak ALam ni...teringat pada 2-3 anak2 didik yang berjaya ke sini..:)
Tumpang gembira !
:)

Temuk berkata...

As-salam Kunang-Kunang
Seronoknya hati dapat libatkan diri dalam hal-ehwal saudara, sambil ke sana ke mari melihat kemajuan kawasan-kawasan di sekeliling kita. Di sana sini (wow, pening kepala dibuatnya!) nampaknya berlaku pembangunan fizikal yang hebat di negara kita ni, termasuk pembangunan perumahan dan infrastruktur pendidikan. Jalan2 baru, juga jejambat2 baru, bagaikan muncul dengan tak semena-semena di setiap negeri.

Kunang-Kunang berkata...

Waalsikumussalam Sis Tinie,

Itulak keseronokan seorang gurukan. Melihat anak murid berjaya dalam pelajaran seterusnya berjaya juga dalam hidup mereka. Semoga anak2 murid tidak lupa itu semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Temuk,

Selalunya begitulah. Walaupun penat tapi hati senang. Selalunya masa daftar masuk U, daftar masuk kolej, nak konvo, Insyaallah di rumah sayalah mereka berkumpul.

Saya ni kalau kebetulan ke KL selalu macam rusa masuk kampong melihat pertumbuhan bangunan2 yg hebat2 di sana. Pesat sungguh.