Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 16 Jun 2012

Dari Beranda Rumah Saya





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah.

Semalam ketika memandu saya berkali-kali mengosok cermin mata saya. Saya perhatikan cermin mata saya okey jer. Tapi kenapa pemandangan tak jelas dan berhabuk. Oh mungkin cermin kereta ni yang kotor agaknya.

Petangnya bila dengar berita di tv baru tahu betapa teruknya keadaan jerebu di Shah Alam di samping beberapa tempat lain seperti Kuala Selangor. Khabarnya jerebu dari negara seberang terbang ke sini. Jerebu seberang setiap tahun nampaknya datang melancong ke Malaysia.

Pagi tadi ketika menyiram pokok-pokok saya diberanda rumah ketika jam 9.00 pagi saya perhatikan keadaan sekeliling redup sekali dan berasap seolah-olah waktu dah nak maghrib. Lihatlah beberapa gambar yang sempat saya snap pagi ni.









Tadi ketika saya ke pasar Seksyen 16 untuk membeli keperluan, saya sempat snapkan gambar-gambar berikut untuk tatapan kawan-kawan.











Dari segi definisi teknikal, jerebu (haze) di takrifkan sebagai debu, garam atau zarah asap yang terampai dalam titisan air menyebabkan keadaan atmosfera yang sama atau jarak pandangan yang pendek. Jerebu boleh berlaku sepanjang tahun mengikut tahap keadaan semasa, ianya menjadi teruk pada masa tertentu apabila habuk terlalu banyak berkumpul di udara dalam keadaan atmosfera yang stabil.

Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Penyakit-penyakit selesema dan batuk akan mudah merebak. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit pernafasan lain.

46 ulasan:

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum KA.

Keadaan yang membimbangkan. Perlukan hujan turun.

ckLah @xiiinam berkata...

Assalamualaikum,
Moga Allah turunkan hujan untuk bersihkan udara ni ya.

ainnoraini berkata...

memang mendung pun...cuaca mcm ni tak sesuai nak gi jln2kan...udara tak berapa elok..

MulutPayau berkata...

teruk jugak jerebu tu ya...Tak sesuai utk berada di luar rumah...

Syira berkata...

salam..

mata sy dah pedih skrg..x taulah bila semua ini akan berakhir

Aishah Jahirah berkata...

saya ingat asap mula2 tu.jenguh dok perati sape la dok bakar sampai berasap2 ni.rupa2nya jerebu.jerebu ni eloklah dok dalam umah je, kena kurngkn aktiviti luar.dah mula sakit tekak, mata pun berair2...

Temuk berkata...

Orang bersawah-sawahan, kita berjerebu-jerebuan. Si jerebu pun PATI juga, tapi tak mungkin dapat dikawal, sebab angin yang membawanya. Yang orang bawa itu yang sepatutnya boleh dikawal. Salam ceria.

Acik Erna berkata...

assalam kakani..Pagi tadi masa ke pasar nampk tebal jerebunya

Amie berkata...

Nampak benar awan warna kelabu... atau langit yang biru jadi kelabu, memang persekitaran yang kurang menyihatkan, itulah sebabnya banyak yang sakit tekak, batuk dll ye KunangKunang.

ariana berkata...

Asmkm kak..kalau x de hal penting, baik dok umah je kan..dlm keadaan mcm ni..

insan_marhaen berkata...

Penang pun panas seminggu dua ni.

Tapi ada juga jiran IM yang selamba je bakar sampah hingga asapnya masuk ke dalam rumah jiran!

Cikli berkata...

Jerebu hati siapa yang tahu

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakya,

Tulah hari nampak agak terang selepas hujan semalamnya. Alhamdulillah/

Kunang-Kunang berkata...

ckLah,

Alhamdulillah, nampaknya dah ada perubahan pada hari ini. Hujan dah turun walaupun tak lebat sangat.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Jerebu ni kalau kena pada orang yang ada asma memang bahaya.

Kunang-Kunang berkata...

MP.

Hari ini nampaknya dah berkurangan. Semoga terus ada perubahan.

Kunang-Kunang berkata...

Syira,

Sama-samalah kita berdoa semoga suasana dan cuaca yang tak sihat ni cepat berlalunya.

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Kalau kat bandar ni orang bakar sampah memang teruklah nampak asapnya kan. Kalau kat kampong tak heran.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Temuk,

Betul PATI udara tanpa sempadan, apa nak buat, imigresen pun tak boleh buat apa, hanya Allah yang mampu megatasinya.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Jerebu tak jerebum, aktiviti tetap diteruskan.

Harap-harap jerebu tak berpanjangan seperti tahun-tahun sebelum ni sehingga sekolah terpaksa ditutup.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Betul tu. Kesian pada yang bekerja terdedah pada keadaan persekitaran yang tak sihat ni kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ariana,

Betul tu. Berehat2lah terutama kanak-kanak. Tapi budak2 ni mana mau dia kita larang jangan bermain di luarkan.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Susahkan nak fahamkan orang tentang merbahayanya pembakaran terbuka, terutama dalam keadaan berjerebu sekarang ni.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

He he tak dapetlah den nak menolong.

JunAina berkata...

Hadkalah aktiviti kat luar buat sementara waktu ini. Tekak pun dah mula sakit2 almaklumlah merempit dalam jerebu.

Kunang-Kunang berkata...

Jun,

Semoga cuaca dan persekitaran kita bertambah baiklah.

Hanis Azla berkata...

bila keadaan jerebu, rasa tak puas mata memandang.. Alhamdulillah, semalam hujan sebelah pagi.. jadinya kurnag sikit keadaan jerebu di tempat saya..

LYAfrina berkata...

assalam kak..

syg bumi kt kan..dicemari.. dimana ada pmbangunan..di situ ada jerebu.. lya pon pg2 biasa nyaman & tenang..tp tganggu dengan kabus gelebu.. bukan kabus pagi..smpai rsa perit tekak ni

Nieza berkata...

Assalam kak, teruk juga jerebu kat sana yer..kena banyakkan minum air tu harap tak mudaratkan kesihatan la kan.

Kunang-Kunang berkata...

Niezza,

Alhamdulillah sekarang jerebu dah bekurangan, udara pun dah rasa segar sedikit.

Kunang-Kunang berkata...

Betul tu Lya sekarang ni di mana2 pun ada pelbagai projek pembangunan. Di lembah klang selain jerebu, turun hujan, he he banjirlah pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Tulah, syikur Alhamdulillah cuaca nampaknya beransur pulih.

Nida berkata...

Ya Allah kak.. risaunya.

Sebab anak-anak Nida ni ada asthma... macam mana ler keadaan mereka nak balik Malaysia nanti..

S..U..D..@..I..S berkata...

jerebu sakannn...sini pun sama jg

pB berkata...

peristiwa lama berulang kembali ...



rindunya pada Shah ALam

LadyBird berkata...

salam akak kunang2... :D

skrg jerebu di mana2.. di trg sendiri pun pg2 mmg nmpok sgt lain cuacanya.. agak kelam...

Kunang-Kunang berkata...

Nida,

Mudah2an suasana akan berubah dan udara bersih seperti sediakala.

Norzie hany berkata...

Salam kenal kak.
Baru2 ni saya hantar anak balik uiam,nampak teruk juga jerebu kali ni.Syukur Alhamdulillah kat tempat saya(Melaka)tak kena pulak.

makchaq berkata...

Kat putrajaya pagi tadi hujan lebat, walaupun sekejap lega la sikit, dah tak berjerebu lagi...

sal berkata...

Assalamualaikum..
Apa khabar kak Ani..moga sihat selalu ye..
teruknya jerebu sekarang yee..
kena berjaga2 dan berhati2 terutama yg ada asma..

Kunang-Kunang berkata...

Sudais.

Hari ni dah 23 Jun, nampaknya udara kita dan okey sikit.

Mudah2an cepatlah kembali normal.

Kunang-Kunang berkata...

pB,

Kat mana sekarang dah pindah dari SA yer.

Kunang-Kunang berkata...

LB,

Nampaknya kebanyakan negeri di Malaysia mengalami jerebukan.

Kunang-Kunang berkata...

makchaq,

Alhamdulillahlah bila hujan mudah2an jerebu akan lesap.

Kunang-Kunang berkata...

Norzie,

Salam kenal juga dari kak ani. Terima kasih singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

Kak ani Alhamdulillah. Semoga Sal begitu juga.

Semoga kita diberikan kesihatan yang baik di musim jerebu ni.