Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 9 Jun 2012

Bertemu Dan Bercerita





Ini orkid terbaru berbunga di rumah saya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Dah sarapan ker. Saya hari ni bersarapan nasi lemak. Ini tak boleh diamalkan selalu. Ketika ke PPUM baru-baru ni, bila timbang, amboi dah naik hampir 2 kilo berbanding 6 bulan dulu. Makin kembanglah saya ni.

Pada hari Khamis lepas, ketika menunggu untuk berjumpa doktor di PPUM saya telah terserempak dengan seseorang yang dah lama saya kenal. Ini kali kedua saya bertemu dengannya di situ. Kami bersalam dan duduk dikerusi sebelah menyebelah sambil bertanya khabar masing-masing.

Memandangkan betapa lamanya kami menunggu giliran untuk bertemu doktor, banyak cerita-cerita terkini yang dibicarakan, terutama aktiviti orang pencen. Biasalah mulanya bercerita hal anak-anak dan cucu. Lama-lama berlarutan kepada cerita lain.

Rupaya hobi selepas pencen dia lebih kurang sama dengan hobi dan aktiviti saya. Bertanam orkid dan lain-lain pokok sebagai salah satu eksesais badan dan minda. Selain tu masuk kelas alquran untuk menambahbaik ilmu alquran dan lain-lain kelas yang dirasakan perlu bagi orang bersara seperti kami.

Kebetulan pada hari Khamis lepas memang hari yang lama berada di PPUM berbanding sebelumnya. Semenjak jam 8.30 pagi hingga hampir jam 3 petang baru saya selesai mendapatkan ubat. Memandangkan ada beberapa ubat yang saya perlu beli sendiri, saya membelinya di farmcare, PPUM. Di sini harga ubatnya lebih murah hampir separuh harga berbanding jika dibeli difarmasi luar.

Malangnya bila saya menekan nombor giliran, saya dapati saya terpaksa menunggu sehingga hampir 100 orang lagi baru tiba giliran saya. Akhirnya saya mengambil keputusan pulang dulu dan hari besoknya yakni semalam (Jumaat) datang membeli ubat tu.

Semalam ketika nak bergerak ke PPUM untuk beli ubat, saya terpandang beberapa pokok orkid saya yang dah ada keiki serta dah boleh dipotong untuk disemai. Akhirnya saya potong 2 batang orkid anosmum, sebatang mimi palma, serumpun orkid cattleya dan 2 batang keiki gutton sunray untuk diberikan pada kawan saya tu sebagai tanda ingatan.

Jadinya semalam selepas beli ubat di Farmcara PPUM, saya kerumahnya di PJ New Town, Petaling Jay. Saya dah kerap ke sini satu ketika dulu. Wah di persekitan rumahnya yang luas tu, saya nampak ros-rosnya cantik dan sihat berkembang. Orkidnya pun banyak berbunga berbanding dengan orkid saya.

Saya tanya dia macamana jaga, dia kata dia habiskan masa 2 jam setiap hari untuk menyiram dan membelai pokok-pokok bunga dan pokok-pokok orkidnya yang ada lebih kurang 30 pasu.

Saya terfikir sendiri, saya tidak boleh habiskan masa 2 jam dalam hidup saya setiap hari untuk gardening, kenapa yer. Sibok sangat ke saya. Tak pandaikan saya mengatur masa. Dia ada penyakit lebih kurang macam saya juga. Tapi dia bersemangat. Sedangkan saya..........Kena muhasabah diri nampaknya ni.

Kesimpulannya, seluruh yang berlaku dalam kehidupan kita merupakan ujian dari Allah s.w.t., samada dalam bentuk kesenangan atau dalam bentuk musibah. Apa yang penting, seseorang hamba yang memahami rahsia di sebalik ujian tersebut, maka dia perlulah sentiasa beradab dengan Allah s.w.t., samada di waktu susah atau senang, dengan kesabaran dan kesyukuran, kerana ianya merupakan pintu-pintu untuk meningkatkan darjat seseorang hamba di sisi Allah s.w.t..

29 ulasan:

Nanie@NMS berkata...

Salam KK,

Cantik orkid tu, saya pula tangan tak hijau utk orkid..huhuhuhuhu

Aju Mohit berkata...

Seronoknya punya hobi yg sama dgn Kwn kakak ni, boleh bertukar2 Bunga nnti hihi, cantik Orkid Akak ni kak

Farid berkata...

Salam kak
Setiap kali menatap laman orang yang cantik dng bunga orkid mesti terlintas difikiran untuk menanamnya juga...tapi belum berpeluang..tiba masa nanti harap dapat tip berguna dari akak yer

inazamri berkata...

sampai skrg ina tak beli orkid lagi..mahal harganye ye.Cantiknya orkid purple tu

Acik Erna berkata...

assalm kak ani..alhamdulillah bertemu kwan yang sama minat..saya pun insyaallah panjung umur akan bersara jugak tak lama lagi kak ani..tapi saya tak de bunga untuk dijaga..kelas al quran pulak saya dah mulakan kan awal lagi..sampai kini msih teruskan..

MulutPayau berkata...

cantik orkid kak ani...
Saya dah serik utk tanam orkid...masa beli tu ada la bunga..tapi lepas tu tak keluar2 bunga...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nanie
Semoga sihat.

Saya sebenarnya dah tak jaga sangat orkid2 tu. cumanya mungkin pokok tu dah matang.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Memang seronok sebenarnya kalau bercerita tentang apa yg kita suka.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Farid,

Kalau begitu lena mulakan. Kak Ani pulak mana yg tahu tu bolehlah dikongsikan.

azi berkata...

Salam Kak Ani..Cantiknya bunga orkid akak tu....
Bagi saya, orang yang suka tanam pokok orkid adalah seorang yang rajin sebab pokok orkid kan kena penjagaan yang baik...kiranya akak rajinlah berbanding dengan saya ni...suka sangat orkid tapiiii....sepokok pun tak ada kat rumah tu...:)

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Ha ha bila nak start tu. Jangan tangguh2 sebab akak nampak di rumah Ina pun banyak ditanam pokok2.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Tak apa Acik Erna, bila dah bersara esok, kita carikan sesuatu yang boleh memenuhi harian kita.

Bukan kata masa bersara banyak masa lapang cuma nak biasakan diri bila kita dah tak bekerja tu. Masa tu kawan-kawan dah tak ada disekeliling kita macam biasa. Walaupun seronok tapi kerana tidak bersara tetapi keadaan harian dah berubah.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Betul tu tanam orkid ni tak selalu berbunga. Begitu juga dengan kak ani, sebenarnya yang berbunga tu tak banyak, tapi kerana ada banyak jugak yang ditanam, jadi sentiasalah ada yang berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

Azi,

Memang betul. Kalau ikutkan bila kita tanam pokok orkid seelok2nya kita sembur baja selang sehari bergilir antara baja daun dan baja bunga.

Kak Ani taklah ikut sangat. Buat mana terdaya saja. Tapi kawan kak ani yang kak ani ceritakan dalam N3 betul2 mematuhinya.

Temuk berkata...

As-salam Kunang-Kunang
Ayu orkid biru tu. Entah biru apalah namanya, ye? Tak mengapalah kawan KK boleh fokus 2 jam buat "gardening" dan KK tak sempat buat begitu. Tentu ada yang KK sempat buat, dia pula tak sempat buat, ye tak? Yg penting kita seronok dgn apa yg dapat & sempat kita buat. Stay happy & healthy, insya-Allah.

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum auntie ani :)

Untie, harap untie teruskna berblog..memberi sedikit panduan n nasihat buat muda mudi..untie pasti bnyk pnglmn bukan.. muga diberi kekuatan dan kesihatan lebih baik buat untie ya :)

Terkenang ibunda saya, disini, duduk flat, takda ruang untuk bercucuk tanam..kasihan dia. semasa duduk dirumah bawah dulu..hari2 menghabiskn masa dengan membelek pokok2 ksygnnya..

S..U..D..@..I..S berkata...

indah sungguh ciptaan ....nikmat melihat bunga nih.....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Temuk,

Semoga sihat dan bahagia selalu.

Mungkin begitulah seharusnya. Kita selalu terlupa apa kelebihan yg ada pada kita dan apa yg ada pada kawan ini. Saya sering terlupa.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Saya suka tengok jer kak, nak tanam memang tak jadi.

Kunang-Kunang berkata...

Sudais,

Allah Pencipta teragong. Semuanya atas kehendakNYA.

mselim3 berkata...

Akak memang terkenal dengan orkid...
orkid cantik.....blog pun cantik.
saya kenal blog ini , mula2 krn orkid,

CiptaaNya memang Maha Sempurna.....
tidak akan sama dengan ciptaan manusia....

makchaq berkata...

Masa sama saja 24 jam, tp priority masing2 berbeza..
Makchaq sekarang tumpuan lebih pada anak2.. Masih ada Nafisah yg diharap jadi kawan bila pencen..

ckLah @xiiinam berkata...

Assalamualaikum kak...
Pasal orkid, tiba tiba teringat jiran /kawan saya. Disahkan kanser dan dr memaklumkan jangka hayatnya tak lama. Dia jadikan bunga orkid sebagai teman dan terapi. Penuh orkid keliling rumah, dan suami yang tak minat orkid pun dirikan dua bangsal untuk orkidnya sbg sokongan.

...7 tahun lebih dia begitu, akhirnya dia pergi jua. Melintas rumahnya, nampakmorkid orkid tu tetap segar, diuruskan suaminya yang tk minat orkid, dan 2 anak lelakinya.


(sekadar berkongsi ya kak.... :-)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam sdr Abd Razak,

Kak Ani Alhamdulillah, sihat. Semoga Abd Razak juga dikurniakan Allah kesihatan yg baik juga.

Tanam tak menjadi rezeki masing2lah agaknya yer. Tapi menyukai dah cukup pd org yg menanam.

Kunang-Kunang berkata...

Selim,

Aduh bila dipuji ni yg buat segan ni. Terima kasih.

Yerlah Allah mencipta sesuatu tu selain utk keperluan dam kegunaan ia juga mahu kita merenung keindahan ciptaanNYA yg tiada tandingannya.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Allah maha adil. Semua antara kita ada masa 24 jam sehari semalam.

Tinggal bagaimana kita mengaturnya seperti kata saudara Temuk, waktu 2 jam yg kawan kak ani guna utk membelai pokoknya dah kak ani gunakan utk perkara lain mengikut keperluan masing2.

Bila dah tua dah pencen ada anak yg boleh menemani kita di rumah alangkah baiknya. Semoga makchaq hepi selalu yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ckLah,

Alhamdulillah kalau suami juga minat apa yg kita minat. Tapi kalau dia tak minat pun beri sokongan dah Alhamdulillah.

Kak ani pun begitu, suami kak ani rasanya tak minat pokok2 ni, waima siram pun tak pernah. Tapi Alhamdulillah bila nak beli pokok dia rajin bawa kak ani ke nurseri. Dan bila pokok subur dan berbunga
dia suka.

Banyak yg kak ani nampak bila org yg suka pokok/orkid dah tak ada selalunya meranalah juga pokok2 tinggalannya.

Ibuhani berkata...

betullak k.ani....mmg terapi minda gardening ni selain dr kelas agama kan. Harap saya jugak akan begitu bila pencen nanti....

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Selepas bersara ni terus teranglah katakan, kadang2 ada juga hati rasa sunyi walaupun ada anak cucu yang biruh pikuk, jadi kalau kita buat gardening ni kita terlupa seketika apa yang ada dihati.