Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 1 Jun 2012

21 Tahun Yang Lalu



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga kita diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat menambahkan ibadat di bulan Rejab yang mulia ini.

Kira-kira jam 12 malam semalam terima sms dari Nur Sakinah, pada hal duduk dalam bilik dia jer. Mesaj dia "Jangan lupa birthday salam esok". Alhamdulillah ingat dia birthday adik dia. Lepas tu kami ber sms jerlah dengan Salam.

Hari ini 1 Jun 2012 genap usia anak bongsu saya Muhammad Nur Salam 21 tahun. Sayangnya hanya doa yang dapat diberikan buat masa ni semoga Salam dikurniakan Allah kesihatan yang baik dan diberkati Allah hidupnya di dunia dan akhirat.

Hari ni tak dapat nak raikan hari lahirnya kerana dia masih di UIA Gombak. Examnya masih belum berakhir. Kemungkin 4 Jun baru habis exam. Barulah kita raikan yer.






Kami Sentiasa Doakan Yang Baik-Baik Belaka Untuk Mu

28 ulasan:

JunAina berkata...

Apa yang penting ingatan kita buatnya. Semoga hidupnya sentiasa dirahmati.

Zaitun berkata...

Salam kak ani... semoga kak ani sihat sejahtera.

Selamat hari jadi buat Salam semoga menjadi anak yang membanggakan ibubapa.

Sedap namanya.

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..selamat harilahir untuk hero bongsu kak anie..semoga sentiasa dirahmati..siht dan berjaya dalam peperiksaan yang sedang dihadapinya

Kakzakie berkata...

Selamat ulangtahun ke 21 buat anakanda kak ani, salam. Kakak pun ingatkan birthday adiknya. Walau dah bujang tapi anak bongsu tetap keluarga menganggap dialah yg manja dan kecik...

sal berkata...

Selamat hari ulang tahun pada anak KAK Ani,Salam..moga Allah merahmati dan memberkati kehidupannya dan jadi anak yg soleh dan taat..menambah penyejuk hati..Amin..

kakcik berkata...

Selamat hari ualngtahun kelahiran ke 21 buat MuhamMad Nur Salam (macam nama pendakwah terkenal dari Indonesia satu masa dulu). Semoga sentiasa mendapat kejayaan dan keberkatan di dunia serta akhirat. Amin.

Kunang-Kunang berkata...

Jun,

Terima kasih bagi pihak Salam.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zai,

Terima kasih bagi pihak Salam, itulah juga harapan kami.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Terima kasih bagi pihak Salam.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Terima kasih. Betul tu dah besar panjang pun terasa kecik jugak.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Terima kasih yer bagi pihak Salam.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Terima kasih bagi pihak Salam.

Tepat sekali apa yang kakcik fikir. Memang nama dia sempena nama Ustaz Nur Salam cuma akak tambah Muhammad saja.

Masa mengandungkan dia Ustaz Nursalam sedang femes dan akak selalu juga mengikuti ceramah beliau. Dan nama ni pun dah minta kebenaran beliau, masa tu kak ani mengandung dan minta izin dia untuk namakan anak yang kak ani kandung sempena nama beliau jika dapat anak lelaki.

Sayang ni lepas tu dia diban dari Malaysia, tak tahu sebab sebenar, tapi sekarang dengarnya dah masuk balik.

Queenie berkata...

harap tak terlewat lagi untuk ucapan selamat Hari Lahir buat anakanda Salam...moga terus sehat walafiat dan jadi anak yg soleh..

Pejam celik pejam celik dah besar anak2 kita, kan kak?

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

He he Q, kak ani ukur usia cucu pulak sekarang. Diam tak diam dah sekolah tahun 3 cucu pertama kak ani.

insan_marhaen berkata...

masih panjang perjalanan hidupnya ini.

SHL juga dari IM!

Aju Mohit berkata...

selamat hari lahir buat anak akak, dah bujang pon ye, semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki kan kak aminn

Amie berkata...

Selamat ulang tahun ke 21 Muhamad Nur Salam... cantik namanya, usinya pun sedang naiknya...moga sentiasa dalam kerahmatan Ilahi.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga kakak sihat hendaknya..

Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran buat anak kakak, moga usianya diberkati Allah SWT

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Betul tu, banyak lagi pengalaman hidup yg petlu dicari utk bahagia di dunia dan akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Terima kasih aju bagi pihak salam.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Terima kasih Amie bsgi pojak salam.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Abd Razak.

Kak Ani sihat sahaja. Semoga Abd Razak begitu juga. Terima kasih bsgi pihak Salam.

Aine Ainun berkata...

doa dan ingatan sahaja,
sungguh mesti buat dia bahgia=)))

makchaq berkata...

Selamat hari jadi makchaq ucapkan..
Anak makchaq pun tengah periksa kat UIA juga.

Kunang-Kunang berkata...

Aine,

Harapnya begitulah.

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Terima kasih bagi pihak Salam. Semoga anak2 kita diterangkan hati dan diberikan kekuatan ingatan utk menjawab peperiksaan dgn cemerlang.

etuza berkata...

hargailah keindahan alam semulajadi termasuk bunga2an..
selamat hari lahir buat anak ya..

Kunang-Kunang berkata...

Etuza,

Terima kasih bagi pihak anak kak ani yer.