Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 8 Mei 2012

TANGAN SI ANAK VS TANGAN SI IBU





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan hidup.

Semalam ketika BW ke rumah kawan-kawan, saya singgah di rumah mselim3. Ketika itu selim sedang bercerita tentang Tangan Si Anak VS Tangan Si Ibu. Ceritanya amat menyentuh perasaan. Saya harap saudara selim tidak keberatan saya salinkan cerita beliau tu di blog saya ni untuk tatapan kawan-kawan semua. Ceritanya begini:

Pada satu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati salah seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehingga pengajiannya di universiti. Setiap semester dia memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
"Tidak." Jawab gadis tersebut.

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi,adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?" Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal dunia semasa saya berumur satu tahun. Ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian."

Pengurus itu meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" "Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya lantas dia menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja rumah.Pengurus berasa hairan lantas bertanya, "Tidakkah awak pernah membantu ibu awak mencuci pakaian dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu saya selalu berpesan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. lagi pula ibu membasuh lebih cepat daripada saya.

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis tersebut pulang ke rumah nanti, dan berjumpa semula dengannya pada keesokan hari.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya. Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya lantas menghulurkan kedua-dua tangannya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak kesan calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air.

Lama-kelamaan, gadis tersebut menyedari bahawa tangan inilah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti. Calar balar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemelang dan demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis tersebut secara senyap-senyap mencuci pakaian ibunya yang masih berbaki.

Keesokan harinya, gadis tersebut kembali semula ke pejabat. Pengurus itu menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya, "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?" Gadis itu menjawab, "Saya membersihkan tangan ibu saya dan mencuci baki pakaian yang masih tertinggal."

"Apa yang anda rasa?" Jawab gadis itu, "Pertama, saya sedar apa itu erti pengorbanan seorang ibu. Tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mencari wang untuk hidup. ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Inilah yang saya mahukan. Saya mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain, dan tidak meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Pengajaran dari cerita ini, kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang telah banyak bekorban dan bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak. Ringan-ringankanlah diri kita untuk membantu ibu dan ayah kita serta curahkanlah bakti kepada mereka selagi kita berpeluang melakukannya di dunia ini. Hargailah dan sayangilah mereka sebagaimana kasih dan sayang mereka kepada kita. Sayang mak sangat sangat...syukran atas segala jasa dan pengorbananmu...

Kita sebagai ibubapa kadang-kadang memang tak mahu anak-anak tahu betapa susahnya kita dalam memenuhi keperluan mereka. Memberi mereka makan dan pelajaran supaya menjadi orang yang berguna satu hari nanti. Sebagai anak walaupun ibubapa tidak pernah meminta cuba-cubalah kenang jasa dan budi ibubapa kepada kita sehingga kita menjadi manusia yang sempurna seperti kita sekarang. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini.

21 ulasan:

Acik Erna berkata...

salam kak ani..acik pun turut terharu...mengenangkan ibu ayah yang telah pergi dan kita sekrang sebagi ibu

Kakzakie berkata...

Walau kakak sudah pernah membaca article ini kak ani tapi membaca sekali lagi hati tetap dipaut rasa sayu... itulah dia ibu...

kakcik berkata...

Kakcik dah pernah baca kisah ini dulu dan masih bergenang airmata bila membacanya sekali lagi.

Cik FaRiZaM berkata...

sedih nye ;(

singgah n follow sini

dr,

afasz.blogspot.com

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Moga kakak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...aamiin

Kasih sayang seorang ibu takkan pernah dapat dibalas dan mereka telah pegang amanah Allah begitu tinggi sekali sehingga sanggup berkorban apa saja demi kebaikan anak mereka.

gadisBunga berkata...

sedih...

makin hari makin saya rasa betapa mak (dan ayah) dah berkorban begitu banyak asal kita bahagia.

NzA berkata...

sedih baca n3 ni kak ani...pengorbanan seorg ibu yang tidak mengharapkan balasan...yang pasti, setiap hari adalah hari ibu....

inazamri berkata...

terharu ina membacanya.Pengorbanan ibu tiada tandingnya di dunia ini

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Saya dah pernah baca cerita ni...arwah Mak saya adalah wanita paling agung dalam hidup saya,

Dan sebagai ibu yang membesarkan anak sendirian, saya sedikit bernasib baik, tidak mencuci pakaian untuk membesarkan mereka.
Semua pengorbanan itu sudah lama berlalu. Hari ini saya menghabiskan sisa2 hidup dengan satu kepuasan untuk mampu tersenyum. *smile*

Zaitun berkata...

Salam kak ani...saya dah tak ada mak tapi setiap waktu saya mengingatinya. Siapalah saya kalau bukan dengan kudrat dan doa mak masa lalu.

LYAfrina berkata...

mgalir air mata lya mbacanya..tba2 teringat kt mama lya.. dia pon sgt2 byk bkorban mbesarkan lya 8 beradik slps kmatian arwah ayah

abu muaz berkata...

terima kasih banyak-banyak atas n3 ini.

sonata anak kancil berkata...

salam - terharu baca cite ini...ibubapa telah tiada...hanya MIL & FIL saja - kita sedar kita pernah susah - tapi anak2 tidak tahu kesusahan kita! dengan harapan semoga mereka membalas jasa dengan belajar bersungguh2 demi untuk mereka juga...

Kamsiah berkata...

seorang ibu..sentiasa ikhlas terhadap anak2nya..walau dalam keadaan apa sekalipun...

S..U..D..@..I..S berkata...

tq sungguh menyentuh hati cerita ni.... kasih ibu ayah tanpa syarat...

Maya Mayana berkata...

kasih ibu bawa ke syurga...kasih ayah spnjg jln

ariana berkata...

assalam K.ani..bila dah jadi ibu, semakin kuat rasa kasih syg pada bonda..hanya allah dpt membalas segala jasa ibu..

Kamariah Awang berkata...

Sedih dan terharu ma membacanya, Kak Ani... Begitulah pengorbanan seorang ibu yang mahukan anaknya berjaya. Teringat kasihnya ibu yang sudah tiada.....

Nieza berkata...

Assalam kak, terharu baca cerita ni kak..terlalu byk jasa ayah dan ibu yg belum saya sempat balas.Semoga saya masih lagi diberikan kesempatan utk membalas pengorbanan mereka..InsyaAllah.

makchaq berkata...

Pengorbanan ibu memang tiada nilainya...
Hanya ibu yang tau betapa dia sanggup berkorban untuk anak-anaknya

Kunang-Kunang berkata...

Salam pada semua kawan-kawan yang singgah.

Begitulah kita sebagai ibubapa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak kita. Ingin menjalankan amanah Allah sebaik mungkin.

Selamat hari ibu pada semua kawan-kawan yang dah menjadi ibu dan bakal menjadi ibu. Semoga Allah berkati hidup kita sekeluarga.