Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA SAHABAT



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita semua.

Sempena hari guru yang disambut secara rasminya hari ini 16 Mei 2012, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada semua sahabat-sahabat yang berkhidmat sebagai guru. Tak kiralah di sekolah atau di institusi pengajian tinggi. Semoga dengan kesabaran dan keikhlasan sahabat-sahabat semua dalam membimbing anak-anak kita akan sentiasa diberkati Allah dan diberi ganjaran di akhirat kelak.

Memandangkan ramai adik beradik, ipar duai dan saudara mara saya yang berkhidmat sebagai guru, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada mereka semua yang saya sayangi. Semoga ikatan kasih sayang dan persaudaraan kita erat selalu.

Saya nak ucapkan juga selamat menyambut hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia.

16 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak...

Moga kakak sihat hendaknya..

Selamat Hari Guru kepada semua guru, moga Allah permudahkan semua urusan...aamiin

Kakzakie berkata...

Begitulah Kak Ani... tanpa guru tak adalah org pandai-pandai, pangkat-pangkat bagai. Beruntung jadi cikgu - selagi ilmu dipergunakan pahala terus dicatat..

Selamat Hari Guru buat semua guru

Aju Mohit berkata...

Selamat hari guru untuk semua guru, jasa mereka mmg tidak Akan terbalas, semoga usaha yang dicurahkan untuk mendidik anak2 Akan berterusan

ummu berkata...

salam kak hanim
terima kasih atas ingatan akak
saya juga nak ucapkan selamat hari guru untuk akak
sudilah kiranya akak menerima ecard/award ucapan hari guru saya ya
http://www.myukhuwwah.com/2012/05/hari-guru-terima-kasih-cikgu-malaysia.html

ainnoraini berkata...

selamat hari guru pada cikgu2 semua..

besar betul pengorbanan jadi guru ni.mendidik anak bangsa jadi org yg berguna dan bijak pandai..

sahromnasrudin berkata...

selamat hari guru kpd semua pendidik seantero dunia..jasa mrk sgt besar..

MulutPayau berkata...

Terima kasih kak Ani...

Selamat Hari Guru jugak utk semua guru...jasa dan pngorbanan mereka amat bererti...

Pn Kartini berkata...

Assalamuialaikum to my lovely kak Ani:)

Tksh yaa kak:)
Tanpa anak2 didik...siapalah guru..
Semmg keduanya saling memerlukan..
Moga Allah permudahkan dan memberkati ilmu yang ditimba....
:)

tksh yaa kak

LIPISLADY berkata...

Sallam kak Ani,

Selamat Hari Guru juga buat
semua guru2..

ariana berkata...

assalam k.Ani..
Tanpa guru apalah jadinya kita2 semua..mmg besar pengorbanan mereka..
Saya rasa bertuah memikul tanggungjwb sebagai pendidik ni, walau pun hanya sebagai guru Kafa..:)

mselim3 berkata...

Selamat Hari Guru....

Buat guru tercinta ....
tanpa guru siapalah kita hari ini kan....

wassalam....

Nida berkata...

Kak Ani... yang berada di Malaysia je ke.. yg bercuti tanpa gaji ke luar negara ni tak nak wish sama ke..hehehe (gurau je ek Kak Ani)

sal berkata...

terimakasih kak Ani..

Aishah Jahirah berkata...

selamat hari guru....tanpa guru siapalah kita...

Nur-nba berkata...

Terima kasih Kak Ani atas ucapan dan ingatan.. Nur ambil kad akak ye.. :)

Nur Orkid71 berkata...

salam,
cantiknye...geram tengok bunga orkid yang sedang berkembang. Hilang tension bila memandangnye..