Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 27 Mei 2012

Pesanan Dari Kubur.......



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Semoga kita diberikan Allah kesihatan yang baik supaya dapat menambahkan ibadat di bulan Rejab yang mulia dan dibesarkan ini.

Kali ini saya nak berkongsi mengenai satu kisah yang boleh menginsafkan kita dan boleh dijadikan panduan dalam kita menjalani hidup kita terutama pada diri saya sendiri. Kisah ini merupakan N3 ulang tayang kerana saya pernah ceritakan di blog saya ini beberapa tahun lalu.

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu?. Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri


Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."

Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."

Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

Justeru itu, marilah kita mohon kepada Allah supaya diberikan kekuatan agar kita mampu melaksanakan ketaatan kepadaNya dalam mengharungi dunia yang akan ditinggalkan ini. Ini adalah kerana sebaik-baik permintaan, ialah permintaan agar mampu melaksanakan ketaatan. Wallahuwa'lam.

36 ulasan:

Aju Mohit berkata...

Semoga kita Akan sentiasa muhasabah diri untuk peringatan bagi melaksanakan Ibadah harian kita

makchaq berkata...

Terima kasih kak ani, kalau tak diingat2kan kita selalu lalai dan leka

sal berkata...

Trimakasih kak Ani krn sering mengingatkan...syahdu kan, jika kita sentiasa ingat padaNya..tenang rasanya..

Kamsiah berkata...

salam
ada pun kubur itu salah satu dari taman2 syurga atau salah satu dari lubang neraka...

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Betul tu imam shafie kata mihasabab diri tu lebih baik.dari sholat malam.

LYAfrina berkata...

terima kasih atas peringatan ini..
sama2 kt renung2kan..

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Sama2 semoga kita mendapat rahmatNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Sama2. .Betul, bila kita ingatkah, Allah akan sentiasa ingatkan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Taman sorga atau pintu neraka semuanya ditangan kitakan. Kita kena berusaha ke arah itu.

Kunang-Kunang berkata...

Lya

Yang baik kita ambik sebagai panduan dlm menjalani hidup.

NzA berkata...

terkadang kita leka bila tidak diingatkan sdgkan perkara2 itu bukan sukar utk dilakukan.....Terima kasih kak ani.

shameel Iskandar berkata...

Terima kasih kak atas info yg bermanfaat ni. Tak sabar nak ziarah kubur ayah. dah dua bulan(25.5.2012) ayah saya bersemadi di sana.

PELABUR EMAS PERAK berkata...

asalam .. kak ... ingatan untuk kiter semua turr ... i like ..tq

Aishah Jahirah berkata...

banyak kekurangan diri yg perlu diperbaiki....kena istiqamah dan lebih tekad..insyaallah.

Ibuhani berkata...

terima kasih atas ingatanya k.ani..... :))))

Kunang-Kunang berkata...

Salam nur,

Apa nak buatkan. Iman kita ada pasang dan surut.

Kunang-Kunang berkata...

Al fatihah untuk almarhum ayahanda Shameel.

Kunang-Kunang berkata...

Ajak,

Sama2 sekadar berkongsi info.

Kunang-Kunang berkata...

Aishah,

Sama2lah kita membentuk diri supaya kita sentiasa ingat suruhan dan larangn Allah.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mselim3 berkata...

Masa baca artikel nie...dapat saya rasakan...kubur ini tidak kira siapa pun yang masuk....dalam kubur raja,PM,Menteri,rakyat biasa miskin atau kaya kalu amalan x cukup seksa tetap seksa...kalu amal baik maka baik lah layanan yang kita dapat...

Nauzubillah...

Pn Kartini berkata...

assalamualaikum my lovely kak Ani:)

Sesungguhnya..hanya amalan dapat dibekalkan ke sana...tanpa kira apa darjat sekalipun..Kita disisiNya sama..hanya amalan masing2 yg membezakannya.....

Tksh yaa kak utk peringatan ini..
Moga akak dirahmati dan dilindungiNya selalu..Amin...

Kunang-Kunang berkata...

Ibu hani,

Sama2, semoga semua yg kita laku adalah dalam redha Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Selim, hanya yg sentiasa beramal baik saja akan disambut baik oleh mungkar dan nakir.

Kunang-Kunang berkata...

Sis Tinie, Betul tu orang yg membuat kebaikan sentiasa disayangi Allah.

Intan SRM berkata...

salam kak ani
jemput ambil award ye krn akak sudi letak url blog bisnes saya di blog akak.terima kasih kakak...

Cikli berkata...

Subhanallah. Moga dipermudahkan perjalanan ke akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

Intan,

Terima kasih. InsyaAllah nanti saya singgah bloh intan.

Kunang-Kunang berkata...

Cikli,

Mudah2an begitilah yg kita harapkan.

gadisBunga berkata...

terima kasih kerana mengingatkan ye auntie. :)

Marya Yusof berkata...

As salam Kak Ani,

Pertama sekali, bila Marya masuk blog akak ni sy rs sgt tenang & syahdu sekali... Lg2 dgn dendangan lagu 'sayang padaku' tu... One of my fav song :)

Lama dah tak dgr arini dok ulang2 agak2 ada 10x... hehehe ;))

Terima kasih kak... Sama2 kita berusaha memperbanyakkan amalan buat pencen kubur nnt... Kdg-kala kita ni mcm xsedar yg mati itu adalah pasti & bila2 masa shj klau DIA berkehendakkan... Semoga kita mati dlm keadaan khusnul khotimah... Amin YA RAB...

etuza berkata...

mari jauhikan 4 perkara. Takut pula yg ke empat .kancing berdiri..

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Marya,

Terima kasih singgah. Begitulah hidup kita nikan. Mudah2an kita dipermudahman perjalanan kita nanti, Insyaallah.

Kunang-Kunang berkata...

Etuza,

Bab kencing berdiri tu banyak diperbincangkan. Ianya dibimbangi air kencing.tu terpercik pada pakaian kita tanpa disedari dan lepas itu kita menunaikan sholat pula.

ch000tz axoera ヅ berkata...

inshallah...