Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 5 Mei 2012

Gangguan Tidor





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni,

Saya rasa serba salah hendak menulis N3 ni. Tapi mungkin dengan berkongsi masalah ini dengan kawan-kawan semua, saya boleh mendapat sesuatu dari kawan-kawan yang singgah dah boleh membantu saya mencari ketenangan dari keresahan yang saya alami akhir-akhir ini.

Sekarang ini boleh dikatakan setiap malam saya akan mengalami mimpi-mimpi yang menakutkan. Dalam mimpi tu saya tak takut dan saya sedaya upaya cuba melawan apa yang ujud dalam mimpi saya dengan membaca ayat-ayat suci al quran yang boleh menghindarkan kita daripada diganggu oleh makhluk-makhluk yang sering mengganggu kita manusia. Selalunya ketika itu suami saya akan mendengar seolah-olah saya menyebut sesuatu yang kurang jelas. Saya akan hanya terjaga bila dia sendiri membaca ayat-ayat suci alquran sambil mengejutkan saya.

Bila terjaga dan saya menyambung balik tidor saya, mimpi ngeri tu akan datang lagi walaupun ketika terjaga tadi saya telah melaku akan yang disarankan oleh Rasulullah apabila terjaga dari mimpi ngeri.

Sebenarnya boleh dikatakan semenjak akhir-akhir ini saya sering terasa letih dan mengantuk. Saya kurang sihat. Lepas satu, satu penyakit yang datang. Kadang-kadang saya rasa resah dan sedih. Saya cuba mencari punca masalah ini tapi tak terurai simpulnya.

Minta maaf saya nak katakan ni, tak ada niat lain sekadar nak menceritakan keadaan yang biasa saya buat dalam rutin hidup saya. Kebiasaannya saya akan mebaca alquran boleh dikatakan setiap hari kalaupun tidak setiap kali selepas sholat. Selepas sholat saya akan membaca wirid dan ayat-ayat alquran seperti yang biasa dibaca sebagai wirid termasuk ayat Amarrasul, ayat kursi, 3 kul dan lain-lain ayat alquran.

Semasa nak tidor pun macam tu juga, saya akan baca apa yang biasanya disarankan kita baca dan lakukan sebelum tidor. Tapi mimpi ngeri dan mengigau sering mengganggu saya. Kadang-kadang ada ketika saya langsung tak lelapkan mata pada satu-satu malam, jalan terbaik saya lakukan apa sepatutnya dilaku bila tak boleh tidor waktu malam.

Saya ada layari internet tentang gangguan dan mimpi-mimpi ngeri ni, saya terjumpa artikel dari Ustaz Dr. Harun Din yang menyatakan tanda-tanda seseorang tu diganggu makhluk halus atau jin. Antara tanda-tanda yang dinyatakan dalam artikel beliau ada juga pada saya.

Saya ingin berusaha mengatasi masalah ini. Adakah patut saya berjumpa dengan pengamal perubatan islam, atau ini gangguan biasa pada orang seusia saya.

17 ulasan:

Ibuhani berkata...

mcm symptom wanita matang menopause jer k.ani. Saya pernah baca yg wanita bila dh menopause selepas beberapa tahun mmg mcm tu....susah tdo, resah, berdebar2 mcm x tentu rasa n tumpuan akan berkurangan. Kalau ada jin /syaitan yg mengganggu....kita akan rasa berdebar2 apabila azan berkemundang.....wallahualam. Entahlah.....smoga k.ani bwh perlindungan Allah SWT n dpt mencari punca permasaalahan ini. X der masaalah yg x dpt diselesaikn.....insyaallah. TQ share ini. Semua akan mengalaminya nanti. Do take care ye!

Ibuhani berkata...

mcm symptom wanita matang menopause jer k.ani. Saya pernah baca yg wanita bila dh menopause selepas beberapa tahun mmg mcm tu....susah tdo, resah, berdebar2 mcm x tentu rasa n tumpuan akan berkurangan. Kalau ada jin /syaitan yg mengganggu....kita akan rasa berdebar2 apabila azan berkemundang.....wallahualam. Entahlah.....smoga k.ani bwh perlindungan Allah SWT n dpt mencari punca permasaalahan ini. X der masaalah yg x dpt diselesaikn.....insyaallah. TQ share ini. Semua akan mengalaminya nanti. Do take care ye!

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Terima kasih memberi pandangan yg baik ni. Kemungkinannya ada. Symptom menopause. Tulah saya akan berusaha lagi menguatkan hati melawan semua ni.

sal berkata...

akak ani..apb ayah dan ibu saya meninggal dunia, saya baru peka dengan benda2 halus ni..
so kena kuat semangat ye kak..selain baca AQ dan surah2 halau jin..,masa membaca tu,jgn lupa letak pada air sekali,minum airnya. kaset AQ pun sentiasa ada. Akhir sekali Akak jumpa juga ustaz yg pandai2 bab ini..minta nasihatnya..benda2 macam ni boleh membuat kita sakit..

Acik Erna berkata...

salam kak ani..tak salah jugak berjumpa dengan ustaz untuk meminta pandangan dan nasihat.
acik sendiri pernah mengalami sukar tidur..pernah jugak berjumpa doktor..nasihat doktor..supaya..
bersenam..mnalah larat nak bersenam..acik ikut juga nasihat doktor dengan cara berjalan petang2..jalan laju jugak la dalam kawasan perumahan..

S..U..D..@..I..S berkata...

elok juga hasrat nak jumpa pakar perubatan islam... tengok macammana

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum Kak.
Saya rasa elok juga kak jumpa pakar perubatan islam, tapi tanya juga doktor sbb mungkin juga ia gangguan biasa.

Aju Mohit berkata...

Kak, elok juga berjumpa dengan ustaz utk mdptkan pandangan beliau, Moga Akak sihat sentiasa Dan berada di bawah lindungan Allah

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Terima kasih atas cadangan tu. Ksk ani nak cuba jugalah letakkan si tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Dulu kak ani buat juga berjalan dipersekitaran tasik shah alam tapi semenjak sakit lutut ni makin serius dan doktor pun tak galakkan berjalan sangat takut damage dilutut makin teruk, jadi akak dah berhenti rksesais berjalan.

Kunang-Kunang berkata...

Sudais,

Terima kasih singgah. InsyaAllah akan kak ani ikhtiarkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Terima kasih atas saranan Shameel tu. Mudah2an ada perubahannya nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Terima kasih atas cadangan berjumpa ustaz tu. Kalau keadaan tak berubah, Insyaallah akan akak ikhtiarkan.

Marya Yusof berkata...

As salam kak,

Sy tak pandai sgt bab2 ni tp ade kemungkinan jg adalah disebabkan oleh gangguan tu krn pernah juga dgr ustaz ckp perkara yg serupa dulu... Apa yg ibu hani ckp kan tu pun mungkin juga... Take care & salam perkenalan~

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Marya.

Salam kenal juga dari kak ani. Terima kasih sudi singgah. InsyaAllah akak singgah blog marya nanti yer.

Terima kasih atas cadangan marya tu.

ajak berkata...

asalam .. kak ... cadangan saya agar selain daripada membaca ayat ayat al quran .. sebelum tidur jangan banyak berfikir ... tenang tenang kan fikiran ..tq

Kunang-Kunang berkata...

Ajak,

Betul tu apa yang ajak kata. Maklumlah orang tua seperti akak ni banyak benda nak difikirkan. Mungkin itu juga salah satu sebabnya.

Terima kasih.