Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 11 Mei 2012

Pencuri Berita Dari Langit




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Jumaat datang lagi. Begitulah cepat hari berputar. Yang pasti hari yang berlalu tidak akan datang lagi dalam hidup kita. Semoga Allah sentiasa memberkati hidup kita semua.

"Eh, kau tau tok bomoh yang aku jumpa tu tau apa masalah aku, aku belum cerita, dia pulak cerita masalah aku pada aku sendiri. Bijak betul dia.

Dulu-dulu takjub juga dalam hati bila mendengar cerita-cerita begitu. Alhamdulillah bila semakin meningkatnya usia dan banyak pembacaan tentang hal-hal yang berkaitan, saya jadi jelas akan duduk perkara. Dalam Majalah Solusi 43 terdapat artikel bertajuk "Pencuri Berita Dari Langit". Di bawah ini saya turunkan isi artikel tersebut.

Sesungguhnya Allah Subhanahuwataala mencipta bintang-bintang di langit dengan 3 fungsi.

Pertama - Sebagai perhiasan di langit
Kedua - Sebagai pedoman dan petunjuk arah bagi pelayar
Ketiga - Sebagai alat rejaman terhadap syaitan yang mencuri berita dari langit.

Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam ayat 5 Surah Al-Mulk yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan dan kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang".

Terdapat satu perbualan menarik antara Sayidatina Aisyah r.h.a. dengan Rasulullah s.a.w. berkenaan hakikat jin mencari berita dari langit. Beliau berkata kepada Rasulullah "Wahai Rasulullah, sesungguhnya para dukun biasa meramal sesuatu dan kami mendapati benar-benar berlaku".

Baginda s.a.w. memberi maklum balas berikut: mafhumnya "Perkataan itu memang benar. Jin mendengarnya lalu membisikkannya ke telinga walinya (penolong syaitan seperti bomoh) dan ia menambahkannya dengan 100 pendustaan." (Riwayat al-Bikhari dan Muslim).

Iman Al-Bukhari dalam Sahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: "Apabila Allah s.w.t. menentukan sesuatu dilangit, maka para malaikat mengepak-ngepak sayap mereka yang berbunyi hebat laksana rantai besi yang dihentam ke atas batu keras kerana tunduk terhadap firman-NYA. Ketika rasa takut telah hilang daripada hati mereka (para malaikat) maka salah satu malaikat bertanya kepada yang lain "Apakah yang difirmankan oleh Tuhan mu" Mereka menjawab "Kebenaran dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar". Lalu syaitan-syaitan mencuri dengar dan para pencuri dengar itu seperti ini (periwayat hadis ini mengisyaratkan dengan kedua-dua tangannya yang jari-jarinya saling bertindih berurutan ke bawah)".

Mereka yang dapat mendengar berita itu menyampaikan kepada yang berada dibawah Begitulah seterusnya berita tersebut disampaikan pula kepada mereka yang di bawah hingga berita tersebut sampai ke telinga tukang sihir atau bomoh.

Boleh jadi suluh api telah menghentam salah satu daripada syaitan-syaitan tersebut sebelum ia menerima berita tersebut. Tetapi boleh jadi juga mereka sempat mendengarnya sebelum suluh api menghentam mereka. Syaitan yang sempat mendengar ini terlepas daripada diburu suluhan api mencipta dan menambah ratusan pendustaan terhadap berita yang didengar dari langit. Berita tersebut pun tersebar.

Menurut Ihb Hajar al-/Asqalani rhm, bunyi kuat laksana rantai besar yang menghentam batu itu ialah bunyi yang terhasil oleh pukulan sayap para malaikat.

Dr. Shauqi Dhaiyir menyebutkan dalam bukunya Tafsir Surah al-Rahman, khususnya dalam surah al-Hajir terdapat ayat yang menegaskan mengenai syaitan-syaitan yang mencuri berita dari langit.

Ayat yang dimaksudkan ialah ayat 16 hingga 18 surah Al-Hijr yang bermaksud: "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (dilangit) dan kami telah menghiasi langit itu bagi orang yang memandang(nya), Dan Kami menjaganya daripada setiap syaitan yang terkutuk. Kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (daripada malaikat), lalu ia diburu oleh suluh api yang menyala-yala kelihatan."

Diceritakan juga terdapat jin-jin yang mati terbakar kerana dihentam panah api ketika ia mencuri dengar berita dari langit. Mungkin ada yang mempersoalkan, adakah jin juga mengalami kematian? Dalam kitab al-Uzmah daripada Zariah bin Khumairah, beliau berkata bahawa ada yang bertanya Ibn Abbas "Adakah jin yang meninggal". Ibn Abbas menjawab "Ya, selain iblis". Wallahuwa'lam.

Jadi kita janganlah terlalu taksub terhadap kebijaksanaan sesama manusia. Syaitan tidak berhenti menggoda manusia supaya terpedaya dengan tipu dayanya.

45 ulasan:

Cikli berkata...

Rencana yang baik untuk menambah ilmu di dada.
Allah Maha Mengetahui, manusia tahu setakat nak pass periksa je kebiasaannya.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak..:)

Semoga kakak sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...aamiin

Syaitan berusaha untuk menyesat anak Adam dengan apa cara sekali pun agar manusia menemani mereka di neraka kelak. Usaha mereka kebanyakan berjaya. Buktinya ramai dari kalangan kita terbabit dalam perbomohan dan maksiat yang lain.

Moga kita terhindar dari hasutan mereka.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani.

Semoga kita terlindung dari tipu daya syaitan yang direjam itu.

Kakzakie berkata...

Kakak pun beli majalah ini Kak Ani dan dah baca juga article ini. Takut kan kita bila dunia hari ini semakin ramai yg tidak sedar akan keujudan itu semua hingga membawa kepada kekufuran/syirik...

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Terima kasih. Semoga kita lebih memahami bagaimana seseorang yang dinamakan bomoh dapat mengetahui hal-hal yang diluar pengetahuannya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Alhamdulillah sihat, sakit sikit2 tu biasalah. Semoga Abd Razak pun berada dalam kesihatan yang baik.

Dah tugas syaitankan nak menggoda manusia supaya tidaklah dia keseorangan di neraka besok.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

InsyaAllah, itulah yang sentiasa kita doakan.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Elok juga kita membaca artikel2 begini, walaupun mungkin kita dah sedia tahu dulu2, tapi yerlah iman kita pun pasang surutkan, jadi dengan membaca artikel2 begini dari majalah2 yang bermutu, ada baiknnya kan sebagai mengingatkan semula.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Alhamdulillah, kami dilarang sama sekali mempercayai bomoh. Dari DIA kita datang, biarlah kepadaNYA jua kita meminta, memohon apa jua pertolongan.

sissyira berkata...

salam

bomoh sekarang ramai y tak betull..

percayakan takdir itu lebih indah ;)

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak

terima kasih atas peringatan ini...semoga akak sekeluarga senantiasa dipelihara ALLAH SWT dari segala gangguan syaitan dan jin yg direjam

mselim3 berkata...

sebenarnya manusia nie yang salah kan...mengapa minta bantuan selain daripada Allah.....

Hanya kepada Allah yang kita sembah ...dan kepadanya kami memohon pertolongan....kan,kan.

wassalam....

Zaitun berkata...

Semoga kita menjauhkkan diri dari perbuatan syirik, syaitan akan sentiasa menggoda orang yang lemah jiwa dan imannya.

Tinta Lana berkata...

Assalammualaikum kak.. :) terima kasih singgah blog lana ya :)

Lana baru ja nak kenal2 majalah solusi..hurmm, time book fair baru ni..sempat beli edisi yang akak sebutkan lam entry ni.

Terima kasih kerana berkongsi :)

Kunang-Kunang berkata...

Kakya,

Sekarang ni dah banyak tempat2 yg mengubat secara islam jadi bila ada keperluan org2 begini ayg patut kita dapatkan pertolongan.

Kunang-Kunang berkata...

Syira,

Bila sakit kita disuruh berikhtiar jangan menyerah pd takdir saja. Kita kena berusaha.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shahrom,

Apa yg dibaca ma.a yg bagus kita manfaatkan.

Kak ani alhamdulilla sihat semoga

Kunang-Kunang berkata...

Selim,

Betul dalam susah atau senang ingatlah selalu padaNYA. Itu yg baik dan sepatutnya dilakukan.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Takut berlakunya syirik tanpa sedar. Semoga kita sentiasa beringat.

Kunang-Kunang berkata...

Lana,

Terima kasih singgah. Kak ani suka buku tu. Boleh dijadikan panduan tambahan pd apa yg kita kemungkinan dah dan mungkin yg belum tahu.

makchaq berkata...

Terima kasih kerana berkongsi..
Cerita P Ramlee pun ada pasal bomoh temberang ni,
tapi ramai juga yang masih takjub dengan keupayaan orang2 begini..

Kunang-Kunang berkata...

Makchaq,

Mudah2an kita tidak terpengaruh lagi dengan bomob2 yg menggunakan makhluk bertanduk tu sebagai perantaraan dalam mengubati org sakit.

sal berkata...

syaitan memang tak henti2 menggoda manusia...moga kita tidak alpa dengan godaannya..bertuahlah kita umat islam dibekalkan dengan AQ yg menjadi pedoman..moga kita memanfaatkannya selalu..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya.

Peranan syaitan menampakkan yang tidak elok itu sebagai elok, sebab itulah menusia mudah terpedaya dengan permainannya. Dengan itu ada yang percaya bomoh dan sebagainya.

Semoga kita tidak terpedaya.

NzA berkata...

byk ilmu yg sy dpt dr n3 ni kak ani....Jin tu punya kehidupan mcm kita juga, ada family dan branak pinak...dan seorg ustazah pernah maklumkan pd sy yg "org Bunian" tu adalah dr kalangan keluarga jin.....

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kita berusahalah supaya tidak terpedaya dengan godaan syaitan tu.

Dengan percaya telekan bomoh boleh menjadi fitnah juga dan menjadikan hati kita dah tak bersih kerana timbul rasa syak wasangka terhadap seseorang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga kak werdah sihat. Saya Alhamdulillah seperti biasalah sakit sikit2.

Dalam keadaan sekarang memang kita kena perlu berhati2.

Kadang2 ramai yang mengaku ustaz dan melakukan perubatan secara islam tapi bila tengok cara yang dibuat kita tahu ianya adalah bertentangan dengan amalan pengubatan islam.

Jadi kita jangan terpengaruh dengan gelaran ustaz yang diberikan kepada seseorang pengamal perubatan tradisional.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Sama-samalah kita mengambil faedah dari N3 ni kan.

~Sweet Honesty~ berkata...

oh begitu rupanya cerita d sebaliknya..terima kasih ats perkongsian ini puan..

insan_marhaen berkata...

tak boleh bayangkan kalau bintang dijadikan bahan rejaman

ckLah @xiiinam berkata...

Hasbunallah wani'mal wakil....(cukuplah Allah sebagai penolongku, dan Dialah sebaik baik pelindung- al Imran 173.)

Ibuhani berkata...

tipu daya syaitan yg cuba memesongkn aqidah manusia yg lemah.......nauzubillaminzalik!

Kunang-Kunang berkata...

Sweetie,

Itulah sebenarnya yg tersirat.

Kunang-Kunang berkata...

Sweetie,

Itulah sebenarnya yg tersirat.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
LYAfrina berkata...

tenkiu for sharing kak...

sesungguhnya hanya allah swt y mgetahui sgalanya.. dulu lya selalu sakit2 teruk..n selalu org suggest jumpa bmoh ... dan mmg ada mde y dia org ckp mcm mgarut & blh pesongkan akidah.. apa2 pon..hnya pd tuhan tmpat kt memohon

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Itu yang Allah telah firmankan dalam Surah Al=Mulk dan lain-lain surah.

Kunang-Kunang berkata...

ckLah,

Begitulah sepatutnya, tapi dah tabiat manusia, bila lambat Allah sembohkan sesuatu penyakit, mereka tidak sabar. Akibatnya terdorong kearah bertemu dengan bomoh2 yang tidak mengikut syariat islam.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Apa nak buatkan dah itu yang syaitan minta kepada Allah. Cuma kita kenalah berjaga-jaga supaya tidak terpengaruh.

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Jumpa bomoh2 dan tilik2 ni takut terjadi fitnah. Kesian orang tak berdosa dah kita berwasangka dengan mereka akibat dengar apa yang bomoh kata.

gadisBunga berkata...

dah byk dengar cerita yang bomoh2 ni kelentong je lebih....hihihi~

izan mama mia berkata...

saya suka entry ni...

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Dahlah kelentong kenakan duit ribu riban. Memang ambik kesempatan, tapi kerana terdesak dan inginkan sangat sesuatu terutama nak semboh menjadi orang yang berjumpa mereka, ikut saja.

Kunang-Kunang berkata...

Izan,

Terima kasih, mudah2an ia memberikan kita sedikit maklumat.

Ros berkata...

Assalamualaikum Kunang kunang,

N3 yang sangat baik buat renungan kita semua..
Semoga kita semua dilindungi Allah daripada segala gangguan syaitan...