Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 7 Mei 2012

Orangenya Mak Ngah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni,

Saja buat tajuk yang gembak. Kekdahnya nak cerita perihal pokok duri tujuh saja.

Pagi tadi ketika menjejak kaki di luar rumah untuk membeli sarapan pagi saya terpandang bunga duri tujuh yang sedang berkembang dipokoknya. Teringin nak snap gambarnya sebab saya nampak bunga tu cantik sangat. Sekali pandang seperti bunga ros. Sayangnya bunga ni tidak berbau.

Titik hujan masih basah dikelopak dan daun-daunnya
ketika saya snap gambarnya


Sekembali dari membeli sarapan pagi, saya snap gambar-gambar di bawah. Pokok ni dulunya saya beli dengan MARDI ketika pihaknya mengadakan pameran di kompleks PKNS, Shah Alam. Menurut kata staf MARDI tu daun ni jika dimakan sehelai pada tiap-tiap hari boleh mengelak penyakit kanser.

Jiran-jiran saya ada minta batang pokok ni dari saya untuk disemai di rumah masing-masing. Saya perhatikan pokok mereka pun subur. Kiranya pokok ni senang hidup.






Kadang-kadang tanpa kita sedar secara tak langsung kita ada menanam pokok-pokok herba di sekitar rumah. Sayangnya kita tak tahu kegunaannya, contohnya sayalah.

38 ulasan:

Kakzakie berkata...

Oh... kakak pun tak tahu khasiat daun dia kak ani. Kakak nie lagilah nama pokok bunga tu pun tak tahu sebab cuma suka tanam sebab cantik...

Kamsiah berkata...

salam
cantik bunganya kak ani..tp takut dek durinya tu...

Che Rosliza Che mat berkata...

cantiknya bunga kak ani...follow sini...

mselim3 berkata...

xper kak x tahu tanya aje pakcik google...mesti dapat jawapannya...heheh...tima kasih kak kerana sudi visit blog saya,,,,

wassalam.....

salam ingatan yang x pernah putus....

sissyira berkata...

salam

mmg cantik bunga ni. warna oren lak tu..
tp saya pun sama, x tahu sgt kelebihan pokok ni,

ajak berkata...

asalam ... kak ... cantik bunga turr ... siap ada titisan air pulak turr ... pandai akak tangkap gambor yer.. tq

ieja amieja berkata...

assalamualikum kak ani..
sy x tahu pun nama pokok ni, selain dr penyakit kanser arwah FIL sy kata blh ubat drh tinggi jg..FIL mmg org jabatan pertanian dulu..sy tanam pkk ni tp skrg dah mati..

Hanis Azla berkata...

berseri2 warna bunga oren tu.. emak saya pun ada amalkan makan daun pokok tu kak..

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..cantiknya bunga warna oren tu

ainnoraini berkata...

Cantik bunganya dan byk khasiatnya jugakkan..

Zaitun berkata...

Salam kak ani...warnanya cantik sekali dan boleh digunakan pula untuk mengubati penyakit.

LYAfrina berkata...

cantiknyer bunga ni..skali tgk mcm bunga ros pon ada.. huhu..lya lg la..pokok2 bkn kenal sgt..untung sape y tahu kgunaan pokok herba kan..byk manfaatnya

S..U..D..@..I..S berkata...

ada juga tahu tapi buat2 tak tahu sehingga ia sangat keperluan baru nak cari agaknya....

Ibuhani berkata...

Pokok herba ni. Dulu saya ada pokok ni tp asyik tertusuk duri dia aje. Bunga mmg cntk! Akhirnya saya buang sbb kami sekeluarga asyik tertusuk durinya yg sgt tajam!Daunnya boleh direbus buat ubat tu, k.ani!

Kunang-Kunang berkata...

Salam Kakzakie,

Bunganya memang cantik, dulu pun beli kerana berkenankan bunganya.

Kakzakie ada tanam yer.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Tapi pokok ni berduri kena berhati2kan. Durinya bisa jugak.

Kunang-Kunang berkata...

Che Ros,

Dengan cara ni kita belajar mengenal pokok sikit2. InsyaAllah mana tahu satu hari kita memerlukannya.

Kunang-Kunang berkata...

selim,

Pak Chik google yang serba tahukan!!

Dah tugas sebagai seorang kawan blogger saling kunjung mengunjung bila ada kelapangan.

Kunang-Kunang berkata...

Sissyira,

Tak aper sama-sama kita mencari rahsianya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ajak.

Pandai tu tidaklah. akak guna h/phone jer ambik gambar, malas nak ambik kamera.

Kunang-Kunang berkata...

Ieja,

Tulahkan kadang pokok herba ni ada dalam taman kita sendiri, tapi kita tak kenal.

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Baguskan. Kak ani ni rajin menanam jer tapi tak pernah makan walaupun tahu khasiatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Kuntum yang dipagari duri. Kena berhati2 mendekati pokoknya.

Kunang-Kunang berkata...

Ain,

Begitulah yang dikatakan.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Banyak guna rupanya pokok ni disamping bunga yang cantik.

Kunang-Kunang berkata...

Lya,

Tapi tulah, sama ianya sesuai dengan seseorang itu atau tidakkan.

Kunang-Kunang berkata...

Sudais,

Betul tu, bila ada keperluan barulah kita mencarinya.

Kunang-Kunang berkata...

Ibuhani,

Pokok ni memang berduri. Dulu kak ani tanam dalam pasu dan letak di laman rumah dalam pagar rumah, tapi asyik terkena duri, akhirnya kak ani letakkan dia di tepi pagar di luar rumah dan akan jauh sikit dari lalu larang orang. Bimbang durinya tu.

Cikli berkata...

saya mesti cari satu dan tanam.

Kamariah Awang berkata...

Cantik tapi tak berbau... itulah kelebihan dan kekurangan diberi Allah akan setiap ciptaanNya..

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Lamanya kakya tak dtg bertandang. Maaf ya. Photo yang pertama tu sgt menarik, kembang bunga di tengah daun2 yang penuh dengan titisan air. Cantik.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Kalau dekat boleh kak ani bagi cuttingnya. Nak pos pun bimbang durinya.

Kami kaki bunga ni selalu main pos mengeposnya guna pos laju.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Kekayaan Allah, ros yang sememangnya berbau tu pun manusia boleh dengan izin Allah kacokannya menjadi tidak berbau dan ada yang tidak berduri.

Kunang-Kunang berkata...

Kakya,

Tak aper bila free singgahlah di rumah kak ani ni.

Best yer pergi Terengganu. Kalau lalu di Dungun, di belakang hospital dungun tulah rumah-rumah saudara mara kak ani dan abang. Mereka sengaja bina rumah berdekatan dengan mak mereka iaitu rumah mak mertua kak ani.

Kazman / Sue berkata...

sejuk mata memandang kehijauan...

Ros berkata...

Assalamualaikum,

Baru hari ni Kak Ros tau yang daun pokok ni boleh dimakan dan jadi ubat lagi....Kalau kita tanam kat rumah pun amat berbaloi kan,dah la bunganya sangat cantik... daunnya pulak boleh dibuat ubat....

izan mama mia berkata...

cantik laa..warna bunga nie...sesekali warna oren ..ok gak dr dok layan warna merah jer...

Kunang-Kunang berkata...

Izan,

Yerlah Orange sesekali. Merah dah selalu, he he