Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 25 Mei 2012

Lama Sudah Tidak 'Kesana'



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

السلام عليكم ورحمة الله وبركات semua sahabat yang dirahmati Allah. Jumaat datang lagi. Hari ni merupakan hari Jumaat pertama dalam bulan Rejab ni. Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan kita dalam bulan Rejab ini menjadi pemangkin untuk kita yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Bulan Rejab dah tiba dan akan disusuli pula oleh bulan Sa'aban dan bulan Ramadhan. Bila bercerita tentang bulan Ramadhan mesti kita teringatkan bulan Syawal Terutamanya 1 Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri. Seperti kita maklum lazimnya pada 1 syawal berpusu-pusulah kaum muslimin dan muslimat menziarahi kubur sanak saudara.

Kenapa bila hari raya saja orang-orang kita berpusu-pusu menziarah perkuburan walaupun tidak ada sebarang dalil yang terang tentang menziarahi kubur pada pagi Hari Raya Aidifitri maupun Hari Raya Aidiladha. Ianya seolah-olah dah menjadi kebiasaan kita orang-orang Islam sama ada di bandar atau kampung berbuat demikian. Mungkin memandangkan yang pada hari raya kita menziarahi kaum kerabat dan sahabat handai kita yang hidup maka eloklah kita menziarahi juga mereka yang sudah meninggalkan kita.

Saya dah melalut jauh. Sebenarnya tujuan sebenar N3 ni nak meleraikan rasa sedih hati saya kerana dah lama saya tidak menziarah pusara anakanda saya Dzul Iskandar yang mana pada 27 Mei 2012 ini genaplah 5 tahun pemergiannya meninggalkan kami. Cepat sungguh masa berlalu terasa seperti semalam. Walau 5 tahun berlalu, setiap kali bercakap tentangnya, mata ni masih tak kuat nak menahan airnya dari mengalir. Semoga Allah ampunkan kelemahan saya ini

Dulu ketika saya masih kuat dah sihat, boleh dikatakan setiap hari saya kesana. Keadaan ini berlarutan sehingga berbulan-bulan. Tapi semakin masa belalu, akhirnya masa menziarah pusaranya juga berkurang, dari tiap-tiap hari ke seminggau sekali, akhirnya hingga sebulan sekali. Dan sejak akhir-akhir ini dah lama sungguh saya tidak menziarahi pusaranya. Bukan saya tidak rindu dan tidak ingat untuk ke sana tetapi keadaan saya sendiri tidak begitu kuat lagi untuk kerap kesana. Hanya adik-adik dia akan kesana sekerap yang mereka mampu, membersihkan rumpat rumpai di pusaranya.

Tapi hati saya sedetik pun tidak pernah lupa mendoakan semoga dia mendapat belas kasihan Allah. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Amin....

Bila bercerita tentang menziarahi kubur yang dibenarkan oleh Islam rasanya kita perlu juga mengetahui hukum membuat makam dikubur.  Menurut yang afdal dalam Islam, kubur seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikan sejengkal dari dataran bumi dan diratakan bahagian atasnya dan ditandakan dengan sesuatu tanda untuk dikenali supaya mudah diziarahi.  Ini pernah ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw apabila Baginda ditanya mengapa Baginda meletakkan tanda di kubur saudara susuannya Othman Bin Maz'un. Baginda menjawab yang bermaksud: "supaya saya kenal kubur saudara saya."Wallahuwa'lam

26 ulasan:

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..alfitahah untuk arwa hDzul Iskandar.
tak ape lah kak ani...bila keadaan diri tidak mengizinkan.
Insyaallah walau dimana saja doa ibu yang utama kan.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak Ani...

Al-Fatihah utk arwah...

~Sweet Honesty~ berkata...

salam jumaat kak.. al-fatihah utk arwah ank akak yea..

makchaq berkata...

Semoga rohnya dicucuri rahmat,
w/pun tak dpt ke pusaranya kita masih boleh kirimkan doa dan bersedekah bg pihak arwah..

inazamri berkata...

Al Fatihah buat arwah anak kak ani.

Kakzakie berkata...

Walau tubuh tak menziarahi tapi doa yg dititip setiap kali sujud pada ALlah itu lebih bermakna buat yg telah pergi Kak Ani...

Jujur kakak tak tak ziarah pun kubur tapi insya-allah setiap kali kakak solat tak pernah kakak lupa menitip doa buat arwah mak walaupun solat dhuha/tahajjud. Sedihlah pulak kak ani.. macam nak mengalir pulak air mata kakak...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya...

Takpe kak, walaupun tak sempat ziarah, doa seorang ibu kepada anaknya setiap kali selepas solat pun sudah memadai...

Moga arwah anak kakak mendapat tempat terbaik di sisi~Nya

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak Ani..:)

InsyaAllah kak..
dengan doa seorang ibu yg berterusan..pasti mengatasi segalanya...

Al-fatihah utk arwah..

ajak berkata...

asalam ... kak ... al fatihah ... sama sama kiter doakan ...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Betul tu kita boleh berdoa tanpa ke pusara arwah, cumanya kalau pegi kesana tu hilang rindu sikit pada dia.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Terima kasih MP.

Kunang-Kunang berkata...

Sweetie,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Makchaq doakan arwah anak kak ani.

Kunang-Kunang berkata...

Ina,

Terima kasih yer.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,
Begitulah juga harapan kami semoga Allah mengampuni dosa2nya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Abd Razak,

Kak ani Alhamdulillah sihat. Semoga Allah ampunkan dosa2nya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam sis tinie,

Semoga Sis Tinie sekeluarga sihat.

Terima kasih

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ajak,

Terima kasih.

sonata anak kancil berkata...

Assalamulaikum - al-fatihah untuk arwah anakanda.Amin

sal berkata...

Memang terasa akan kehilangan orang-orang yang di sayangi..

Tapi apabila difikirkan..mungkin dia lebih bahagia di sana..apatah lagi kita selalu hadiahkan ayat2 suci..InsyaAllah..

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..amin..

ckLah @xiiinam berkata...

Al Fatihah.....


Sebak membaca.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam sonata,

Terima kasih mesedekahkan alfatihah utk arwah Iskandar.

Kunang-Kunang berkata...

Sal, Sebagai Ibu itulah juga do saya.

Kunang-Kunang berkata...

Cklah,

Terima kasih yer.

aby berkata...

salam k hanim ..
kejap jer rasa dah 7 tahun arwah meninggalkan kita ..
yg dah pergi kita tk boleh buat apa2 cuma selagi masih bernafas kita boleh mengirim doa utk kesenangan arwah dialam sana ..
semoga k hanim diberi kesihatan utk meneruskan beramal ..
selamat menyambut rejap dan ketibaan ramadhan ...
al fathihah utk arwah dzul ..
alhamdullillah wak dak masuk ke klas ke 3 di PSy tu ..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Aby,

Sebenarnya Wak bukan 7 tahun tapi 5 tahun, Kak ani tersilap taip, dah betulkan iaitu 5 tahun. Arwah meninggal pada 27 Mei 2007.

Kak Ani masih ingat wak datang kerumah masa tu. Terima kasih yer wak. Entah mana kawan2 kita sekarang. Alhamdulillah kita masih berhubungan.

Anak2 wak pun dah besar sekarang yer, yang sulung pun dah melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Alhamdulillah dengan kehidupan yang Allah berikan pada kita.